KEPENTINGAN AUDIT TAHUNAN

FRAZ Corporate Services merupakan one stop centre bagi perkhidmatan pengurusan syarikat di Shah Alam. Kami menyediakan servis akaun, penyediaan audit shah alam dan pengiraan cukai

Audit tahunan merupakan satu proses penilaian bebas dari sesuatu pihak yang tidak berkepentingan. Didalam konteks pensyarikatan, audit adalah wajib bagi setiap tahun. Adalah menjadi kesalahan undang- undang sekiranya penyata kewangan tidak diaudit.

AUDITOR

Auditor adalah pihak yang menjalankan proses audit. Bukan semua orang boleh menjalankan proses audit. Kesemua auditor memerlukan lesen yang dikeluarkan oleh Malaysia Institute of Accountants (MIA) dan dikawal selia oleh badan-badan kerajaan yang berkaitan seperti Bank Negara, dan Securities Comission.

AUDIT TAHUNAN

Seperti yang dinyatakan audit tahunan adalah proses penilaian dan semakan. Auditor akan mendapatkan bukti bagi memastikan perkara yang dilaporkan adalah betul. Untuk itu, bisnes owner atau pihak pengurusan perlulah menyediakan DOKUMEN AUDIT bagi memenuhi keperluan audit. Auditor juga akan memastikan laporan yang dikeluarkan adalah mengikut undang-undang dan piawaian akaun yang ditetapkan

PENYATA KEWANGAN BERAUDIT

Adalah menjadi kewajipan bagi syarikat sdn bhd untuk menyerahkan penyata kewangan beraudit setiap tahun kepada SSM. Bagi mengeluarkan penyata kewangan beraudit, auditor akan melakukan semakan terhadap penyata kewangan yang disediakan. Dari situ, auditor akna cuba mendapatkan bukti dan maklumat yang berkaitan. Setelah berpuas hati, barulah auditor akan menandatangani laporan audit bagi mengesahkan audit terhadap penyata kewangan

KEPENTINGAN AUDIT TAHUNAN

  • Keperluan di sisi undang-undang(serah simpan di SSM setiap tahun)
  • Memastikan laporan kewangan perniagaan adalah betul
  • Memastikan laporan kewangan adalah mengikut akta syarikat, piawaian perakaunan dan undang-undang lain yang berkaitan
  • Menambah keyakinan pelabur dan pelanggan
  • Memberi motivasi kepada pemilik bisnes berdasarkan laporan kewangan yang disediakan
  • Mencipta peluang untuk menilai dan menyediakan langkah strategik bisnes yang seterusnya
  • Menyediakan ruang pengurusan kewangan yang teratur bagi pemilik bisnes

SERVIS AUDIT SHAH ALAM

FRAZ Corporate Services merupakan one stop centre bagi perkhidmatan pengurusan syarikat di Shah Alam. Kami menyediakan servis akaun, penyediaan audit shah alam dan pengiraan cukai.

audit shah alam