NMZ CORPORATE HOUSE

MalaysiaBiz.Net adalah portal informasi bisnes di Malaysia dibawah seliaan NMZ Corporate House.

MalaysiaBiz.Net diuruskan oleh NMZ Corporate House, merupakan sebuah syarikat setiausaha yang berpengalaman luas dalam membantu syarikat-syarikat sendirian berhad (Sdn Bhd) dalam proses penubuhan dan pematuhan agar ianya mematuhi keperluan dan kehendak Akta Syarikat 2016.

NMZ Corporate House mempunyai jaringan network terdiri dari akauntan bertauliah, ejen cukai dan peguam dengan kumulatif pengalaman lebih dari 10 tahun. Dengan kepakaran seperti ini, kami dapat membantu anda mencapai tahap yang lebih cemerlang dalam dunia perniagaan.

Melalui portal kami di  MalaysiaBiz.Net, kami berharap agar para peniaga dan usahawan mempunyai akses kepada maklumat penting berkenaan perniagaan di Malaysia. Selain itu juga, kami menyediakan penyelesaian mudah kepada mereka yang ingin menubuhkan dan mengemaskini syarikat secara atas talian tanpa perlu merempuh kesesakan lalu lintas mahupun kesukaran mencari ruang parkir.

Bagi menjayakan misi kami untuk menjadi pusat solusi perniagaan setempat, kami juga menyediakan perkhidmatan akaun, audit, cukai dan pengiraan zakat.

Maklumat perniagaan


Alamat: No 16, Plaza Azeala, Persiaran Bandaraya, 40000, Shah Alam, Selangor
No telefon: +60 10-788 9844
Email: info@malaysiabiz.net
FB: https://www.facebook.com/MalaysiaBizNet/
Waktu Operasi: 9 pagi- 5 petang, Isnin hingga Jumaat