pendaftaran syarikat sdn bhd

4 KEKURANGAN ENTERPRISE ATAU MILIKAN TUNGGAL BERBANDING SYARIKAT SDN BHD

Antara kekurangan enterprise atau milikan tunggal ialah: 

1. KEKURANGAN ENTERPRISE: LIABILITI TIDAK TERHAD 

Dari sudut perundangan, perniagaan enterprise tidak terpisah dari pemilknya. Dengan kata lain, sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik akan turut sama menjadi muflis dan harta benda mereka akan disita.

2. KEKURANGAN ENTERPRISE: TIADA KESINAMBUNGAN

Perniagaan enterprise akan terbubar sekiranya berlaku kematian kepada salah seorang pemiknya 

3. KEKURANGAN ENTERPRISE: KURANG KREDIBILITI

 Perniagaan enterprise secara asasnya merupakan sejenis perniagaan yang ditubuhkan dengan kos yang sangat murah. Perniagaan ini juga tidak mempunyai kewajipan untuk menfailkan laporan audit dan kewangan kepada SSM.

4. KEKURANGAN ENTERPRISE: KADAR CUKAI YANG TINGGI

Pengiraan cukai enterprise adalah berdasarkan kadar cukai individu iaitu bermula dari 0% dan boleh naik sehingga 28%.