PINJAMAN BSN COVID

PINJAMAN BSN COVID-19 PADA 0% FAEDAH

Permohonan pinjaman BSN COVID Micro Kredit yang berjumlah sehingga RM75,000 bagi usahawan yang terjejas dengan wabak Coronavirus COVID-19 telah dibuka. Bagi pinjaman BSN Covid ini, tiada faedah akan dikenakan. Ya, faedah yang dikenakan adalah 0% sahaja.

Pada 6 April 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “PRIHATIN PKS TAMBAHAN”. Peruntukan Khas PRIHATIN berjumlah RM500 juta bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan melalui pinjaman BSN COVID Micro Kredit tanpa faedah.

Pinjaman BSN covid micro kredit

Kerajaan secara khusus telah mewujudkan pinjaman BSN COVID Micro Kredit yang menyediakan pembiayaan suntikan modal pusingan kepada usahawan sedia ada dan usahawan mikro yang terjejas kesan daripada wabak COVID-19.

Selain itu, pinjaman BSN COVID Micro Kredit juga bertujuan untuk memulihkan dan meningkatkan semula perniagaan sedia ada.

Pembiayaan bermula dari RM1,000. Namun, kelulusan maksima yang diberikan oleh pihak BSN adalah sebanyak RM 75,000 kepada setiap syarikat PKS yang lulus.

Tempoh bayaran balik pembiayaan maksima pula sehingga 5.5 tahun, iaitu 66 bulan dengan penangguhan selama 6 bulan

CIRI-CIRI PINJAMAN BSN COVID MICRO KREDIT

  • Kadar pinjaman sehingga RM 75,000
  • Kadar keuntungan / faedah adalah 0%
  • Tempoh pembiayaan antara 1 hingga 5.5 tahun atau 66 bulan
  • Tempoh permohonan adalah sehingga 31 Disember 2020
  • Penangguhan bayaran 6 bulan pertama bagi pembiayaan yang telah lulus
  • Pembiayaan ini terbuka kepada semua sektor perniagaan 
  • Tempoh kelulusan permohonan adalah 6 hari bekerja sekiranya permohonan yang dihantar adalah lengkap bersama dokumen yang diperlukan
  • Tiada sebarang cagaran diperlukan biarpun penangguhan bayaran dibenarkan untuk 6 bulan pertama

CARA MEMOHON PINJAMAN BSN COVID MICRO KREDIT

  1. Layarai laman web rasmi BSN bagi semakan syarat pinjaman: BSN 
  2. Jika anda belum ada akaun, sila buat pendaftaran terlebih dahulu di sini bagi memudahkan urusan permohonan pinjaman : MyBSN
  3. Hubungi  Pegawai BSN yang berhampiran dengan anda bagi membantu anda menyiapkan borang permohonan. Klik sini untuk dapatkan senarai Eksekutif Pembiayaan Perniagaan BSN di seluruh negara.

SYARAT MEMOHON PINJAMAN BSN COVID MICRO KREDIT

Berikut adalah syarat-syarat bagi pinjaman BSN COVID Micro Kredit:

  1. Perniagaan usahawan mikro yang terjejas akibat wabak Coronavirus COVID-19
  2. Merupakan warganegara Malaysia
  3. Mestilah berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan maksimum adalah sehingga umur 65 tahun)
  4. Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
  5. Perniagaan anda telah beroperasi tidak kurang daripada enam bulan
  6. Mempunyai daftar perniagaan yang sah seperti Milikan tunggal atau Enterprise, Perkongsian atau PLT, dan juga Sendirian Berhad atau dokumen lain yang mengesahkan pemohon menjalankan perniagaan.
  7. Tidak disenarai hitam dengan institusi kewangan lain
  8. Bebas daripada tindakan kebankrapan

DOKUMEN PERMOHONAN PINJAMAN BSN COVID MICRO KREDIT

Dokumen yang diperlukan bagi pinjaman BSN COVID Micro Kredit adalah seperti berikut:

  1. Sijil Pendaftaran Syarikat atau Perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah bagi syarikat Sdn Bhd; Pemilik Tunggal bagi syarikat Milikan Tunggal atau Enterprise ; dan Rakan Kongsi bagi syarikat PLT
  3. Salinan penyata akaun bank untuk 3 bulan terkini
  4. Lain-lain dokumen sekiranya diperlukan

NILAI PINJAMAN BSN COVID MICRO KREDIT

Permbiayaan ini terbuka kepada semua sektor perniagaan dengan skim pembiayaan serendah RM 1,000 hingga RM 75,000.

TEMPOH MASA PEMBAYARAN PINJAMAN BSN COVID MICRO KREDIT

Tempoh pembiayaan maksima pula adalah 5.5 tahun atau 60 bulan, manakala tempoh penangguhan pula adalah selama 6 bulan.

TEMPOH MASA KELULUSAN PERMOHONAN PINJAMAN BSN COVID MICRO KREDIT

6 hari bekerja selepas borang permohonan yang lengkap diterima. 

MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN BSN COVID MICRO KREDIT

Laman web utama: https://www.mybsn.com.my/

Emel:  customercare@bsn.com.my

Nombor Telefon: 1300 88 1900

Waktu operasi: Isnin-Jumaat
9 pagi-5 petang

Permohonan hendaklah dilakukan melalui BSN atau Eksekutif Pembiayaan Perniagaan BSN yang sah sahaja. BSN tidak pernah melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga dalam mengurus pinjaman BSN COVID Micro Kredit