PEMBAYARAN KWSP i-LESTARI
Pakej bayaran KWSP i-Lestari telah diwujudkan oleh kerajaan Malaysia berhadapan dengan cabaran kemelesetan ekonomi akibat serangan wabak covid. Melalui pembayaran KWSP i-Lestari, pencarum dapat mengeluarkan sebanyak maksima RM 500 mulai April sehingga September 2020 setiap bulan. Walaubagaimanapun tarikh pembayaran KWSP i-Lestari pertama akan bermula pada bula Mei 2020 dan pembayaran seterusnya pada bulan-bulan permohonan.
TARIKH BAYARAN KWSP i-LESTARI
Bagi anda yang telah memohon pengeluaran KWSP i-Lestari pada bulan April yang lalu, anda akan mendapat pembayaran 4 Mei 2020. Pembayaran KWSP i-Lestari akan dilakukan secara terus ke akaun bank anda. Jadi anda tidak perlu ke pejabat KWSP yang terdekat bagi mendapatkan pengeluaran bayaran KWSP i-Lestari anda
SEMAKAN STATUS BAYARAN KWSP i-LESTARI
Berikut adalah langkah-lengkah semakan status bayaran KWSP i-Lestari:
Ikut langkah di bawah:
- Layari i-Lestari online di sini: https://ilestari.kwsp.gov.my
- Klik bahagian Semakan Permohonan
- Masukkan Nombor MyKad seperti dalam kad pengenalan anda
- Masukkan Nombor Telefon Bimbit yang betul dan tepat
- Tick Saya bukan robot
- Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
- Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan
- Pastikan pilihan semua selesai
- Klik Semak
- Anda akan dapat masuk melihat satus permohonan i-Lestari
KONSEP AM PEMBAYARAN KWSP i-LESTARI
- Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
- Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
- Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:
Ilustrasi:
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.
TINDAKAN PERSEDIAAN PEMBAYARAN KWSP i-LESTARI
- Pastikan anda telah memohon pengeluaran pembayaran KWSP i-Lestari. Sekiranya belum, anda boleh baca: Daftar Pengeluaran KWSP i-Lestari
- Semak status permohonan pengeluaran pembayaran KWSP i-Lestari . Bagi tujuan ini, anda perlu semakan di laman portal KWSP i-Lestari
- Rancang penggunaan wang yang bakal diterima bagi memastikan ianya bermanfaat dan berfaedah kepada anda. Pastikan ianya mampu mempersiapkan anda dalam menghadapi situasi tidak menentu disebabkan pandemik COVID-19
TEMPOH PEMBAYARAN KWSP i-LESTARI
- Pengeluaran KWSP i-Lestari berkuatkuasa selamat tempoh 1 tahun
- Pencarum boleh mengeluarkan KWSP i-Lestari dari 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2020
AMAUN PEMBAYARAN KWSP i-LESTARI
- Had minima pengeluaran KWSP i-Lestari adalah RM 50 sebulan
- Had maksima pengeluaran KWSP i-Lestari adalah RM 500 sebulan
- Hanya satu pengeluaran KWSP i-Lestari dibenarkan dalam sebulan
MAKLUMAT LANJUT PEMBAYARAN KWSP i-LESTARI
Untuk maklumat lanjut
- Layari laman web KWSP atau
- Layari Laman web KWSP i-Lestari atau
- Hubungi KWSP di 03-8922 6000