11 IDEA BISNES ONLINE DARI RUMAH MUDAH DAN ZERO MODAL

Tengah cari idea bisnes online dari rumah? Anda tengah cari idea bisnes yang mudah dan zero modal?

So dalam artikel ni saya akan share 11 idea bisnes, khas untuk golongan berikut:

  • Zero pengalaman dalam bisnes online.
  • Kurang mahir tentang IT dan pengetahuan digital.
  • Terlalu sibuk tapi nak buat bisnes online secara part time.

IDEA BISNES ONLINE 1: BLOGGING

Kalau anda suka menulis atau ada sesuatu yang penting untuk dikongsikan, then saya rekomen untuk anda buat blog. Untuk mula jadikan blog sebagai bisnes actually simple je.Anda boleh gunakan website builder macam Wix, atau Weebly atau blogspot

Tapi saya pakai WordPress.  Ramai yang pakai WordPress untuk bina website dan blog diorang. Sebab ia flexible, powerful dan free. Saya ada share dalam artikel lain tentang step by step cara buat blog. Boleh mula dari situ.Untuk anda berjaya dalam blogging, anda perlu sentiasa keluarkan konten baru dan berkualtiti. Paling penting konten tersebut ada nilai pada audien sasaran anda. Bila anda dah terer tulis konten blog, anda boleh buat duit banyak. Serius. Blogging ni perlukan masa dan usaha untuk sampai tahap anda boleh dapat income yang bagus. But satu benda yang best, once nanti anda dah ada followers dan pelawat yang konsisten, hasil yang anda bakal dapat adalah lumayan.

IDEA BISNES ONLINE 2: DROPSHIP

Bagi anda yang run bisnes secara solo, dan tak suka fikir pasal produk dan inventori, then anda boleh consider buat ecommerce dropshipping. Bisnes ni simple je. Anda hanya perlu cari produk, dan jual melalui website ecommerce anda sendiri.

Tak tahu buat website ecommerce? Dont worry.

Banyak solution ada sekarang. Paling best adalah Shopify. Dalam masa kurang dari sejam dah boleh ada fully function website ecommerce sendiri.

IDEA BISNES ONLINE 3: AFFLIATE MARKETING

Satu lagi cara mudah untuk buat duit online adalah melalui Affiliate Marketing.

Affiliate marketing ni simple jugak. Anda sebagai affiliate, akan promote produk atau servis orang lain. Then once orang yang anda refer or promote tu buat pembelian, anda akan dapat komisyen. Saya suka affiliate. Sebab mudah gila nak start.

IDEA BISNES ONLINE 4: YOUTUBER

Tahu tak Youtuber paling tinggi income sekarang ni adalah budak umur 8 tahun? Ini budak dia. Nama die Ryan. Ikut laporan terkini, income dia dalam USD 26 juta setahun. Itu bersamaan RM 106 juta setahun! Kita kalau dapat sejuta setahun pun dah bersyukur sangat.

Die buat channel sembang pasal mainan je pun. Actually, anda pun boleh buat. Tak susah. Upload je video tentang topik yang anda pilih dekat Youtube.

Cuma mula-mula ni anda perlu sabar sikit. Sebab untuk mula jana income, anda perlukan minimum 1000 subscribers dan 4000 watch time untuk channel anda.

IDEA BISNES ONLINE 5: ONLINE COACHING

If anda ada spesifik skills yang boleh bagi value pada orang lain, apa kata anda buat online coaching. Online coaching ni beza dari online course. Coaching lebih kepada 1-to-1 training.

Bisnes ni best dan boleh buat duit banyak kalau anda tahu caranya. But kalau anda tanya saya kenapa online? Simple reason adalah anda boleh buat dekat mana-mana. Asalkan ada internet, dan laptop.

Saya yakin anda mesti ada satu ilmu yang boleh dikongsikan, dan beri nilai pada kehidupan orang lain.

IDEA BISNES ONLINE 6: MARKETPLACE RESELLER

But apa tu Marketplace Reseller? Senang citer, marketplace ni macam ShopeeLazada, etc. Anda hanya perlu jual balik barang-barang yang memang dah dijual dekat dalam marketplace ni. Anda tak perlu pegang produk pun. Anda beli murah dan jual balik dengan margin untung.

Bacaan lanjut: Panduan Nama Syarikat

IDEA BISNES ONLINE 7: GRAPHIC DESIGNER

Suka dan mahir dalam mereka grafik yang mampu memukau mata? Anda boleh melakukan bisnes ini secara sambilan untuk bisnes-bisnes di luar sana. Grafik memainkan peranan yang sangat penting dalam memasarkan produk.

IDEA BISNES ONLINE 8: ONLINE TUSYEN

Sekiranya anda pakar dalam seni, matematik, atau subjek lain, anda boleh memulakan perniagaan tuisyen online. Anda boleh mengajar pelajar sekolah rendah atau sekolah menengah. Jika anda mampu, anda boleh mengajar kedua-dua kategori ini sekali. Melalui platform seperti Zoom, Skype dan lain-lain, anda boleh menjalankan kelas tuisyen.

IDEA BISNES ONLINE 9: SOCIAL MEDIA REVIEW

Adakah seorang yang selesa bercakap dengan kamera dan kreatif dalam menghasilkan video? Jika ya, inilah peluang anda untuk menonjolkan bakat anda dan mendapat bayaran. Terdapat bisnes-bisnes di luar sana yang sanggup membayar individu seperti anda untuk memberi review produk mereka.

Bacaan lanjut: Cara Daftar Bisnes Online SSM

IDEA BISNES ONLINE 10: JURUGAMBAR STOCK

Berkemampuan untuk menangkap momen-momen ​​yang hebat atau gambar potrait? Anda boleh menjadi jurugambar dengan mendaftarkan hak milik tunggal di bawah nama anda. Tak perlu guna kamera yang mahal-mahal. Cukup dengan handphone anda. Sekarang handphone pun dah canggih untuk tangkap gambar berkualiti tinggi. Syarikat-syarikat seperti Shutterstock, Adobe Stock dan sebagainya sentiasa mencari gambar-gambar yang menarik.

IDEA BISNES ONLINE 11: PERSONAL SHOPPER

Personal shopper adalah cara mencari duit yang menyeronokkan kerana anda dapat melakukan perkara yang paling seronok di dunia: shopping! Walau pun sekadar membeli-belah untuk orang lain, keseronokan yang dirasai tak dapat disangkal lagi. 

Sambil bershopping untuk diri sendiri, cuci mata di butik mewah ketika pergi bercuti atau setakat pergi ke satu-satu lokasi dan beli barangan yang dipesan pelanggan. Waktu kerja pun fleksibel dan boleh dibuat secara separuh masa bagi menjana pendapatan tambahan.

idea bisnes online