10 PANDUAN CADANGAN NAMA SYARIKAT

KEPENTINGAN NAMA SYARIKAT

Nama syarikat yang unik adalah sangat penting. Ianya memberi gambaran awal terhadap esklusiviti bisnes anda disamping impresi terhadap aktiviti dan inspirasi syarikat. Oleh itu, anda sebagai pemilik syarikat perlulah memilih cadangan nama syarikat secara serius dan berhati-hati. Nama syarikat perlulah cantik, menarik dan sedap untuk digunakan.

Secara amnya terdapat 2 kategori nama syarikat unik yang anda boleh gunakan iaitu nama khusus dan nama am.

Nama khusus adalah nama syarikat unik yang spesifik kepada operasi bisnes. Contohnya Premium Travel & Tours Sdn Bhd. Tanpa perlu bersusah-payah, pelanggan sudah mengetahui latar belakang syarikat. Syarikat ini menjalankan khidmat travel agency.

Nama am pula merujuk kepada kewujudan syarikat sahaja. Contohnya, Ahmad & Brothers Sdn Bhd. Kebiasannya nama umum digunakan kerana bisnes owner menjalankan pelbagai bisnes dibawah satu entiti. Penjelasan perlu diberikan kepada bakal pelanggan mengenai aktiviti syarikat

3 SUMBER IDEA CADANGAN NAMA SYARIKAT

  1. Anda boleh menggunakan identiti atau aktiviti syarikat sebagai cadangan nama syarikat. Ali sebagai pembekal mesin basuh boleh meletakkan Ali Pembekal Mesin Basuh Sdn bhd.
  2. Jenis perniagaan boleh digunakan bagi mendapatkan nama syarikat unik. Abu menjalankan perniagaan farmasi. Maka, nama syarikat unik seperti Farmasi Abu Sdn Bhd boleh digunakan
  3. Selain itu, kategori bisnes boleh dijadikan sumber cadangan nama syarikat. Contohnya Ahmad adalah seorang kontraktor. Ahmad memilik menggunakan kategori sebagai sumber nama syarikat unik. Jadi nama syarikat yang Ahmad boleh gunakan ialah Kontraktor Ahmad Sdn Bhd

Sekiranya anda memerlukan idea cadangan nama syarikat, anda boleh dapatkan dari bank idea nama syarikat dibawah. Hanya isikan kata utama di link dibawah. Contoh Maju