KEPENTINGAN NAMA SYARIKAT
Nama syarikat adalah sangat penting. Ianya memberi gambaran awal terhadap aktiviti dan inspirasi syarikat. Oleh itu, anda sebagai pemilik syarikat perlulah memilih nama syarikat secara serius dan berhati-hati. Kami disini menyediakan 10 panduan memilih nama syarikat bagi anda yang ingin mendaftar syarikat sdn bhd baru.
BERIKUT ADALAH 10 PANDUAN MEMILIH NAMA SYARIKAT
- Pilih nama syarikat yang mengambarkan bisnes anda. Hal ini memudahkan pelanggan mengenali anda. Sebagai contoh: Jika anda menjual baju, anda boleh memilih EMPIRE CLOTHING Sdn Bhd.
- Pilih nama syarikat yang unik. Jangan gunakan perkataan harian seperti maju, jaya, untung dan lain-lain Ianya tidak memberi sebarang “impression” terhadap bisnes anda. Sebagai contoh: FACEBOOK. Ia adalah perkataan baru hasil gabungan face dan book.
- Pilih nama syarikat berdasarkan inspirasi bisnes. Sekali lagi anda boleh melihat kepada FACEBOOK. Inspirasi FACEBOOK adalah menghubungkan manusia ianya diterjemahkan melalui perkataan FACE mewakili manusia manakala BOOK sebagai penghubung.
- Jangan gunakan nama yang terlalu panjang. Maksima adalah 3 patah perkataan dan seeloknya 2 patah perkataan. Nama syarikat yang terlalu panjang akan menyebabkan operasi harian menjadi susah seperti tidak cukup ruang ketika mengisi borang atau susah diingati
- Jangan gunakan nama yang tiada maksud. SSM amat menitik beratkan nama yang maksud perkataan. Oleh itu, pastikan nama syarikat anda mempunyai maksud dan ianya positif.
- Jangan campurkan perkataan berlainan bahasa. Pencampuran bahasa boleh menyebabkan kekeliruan. Sebagai contoh BAHAN RESOURCES MARKETING. Gunakan bahasa secara berdisiplin dan teratur.
- Anda tidak dibenarkan menggunakan nama yang mengelirukan pelanggan seperti PNB, BSN ataupun TEKUN kerana nama-nama ini telah dikaitkan dengan institusi lain.
- Anda boleh menggunakan bahasa lain dalam memilih nama syarikat anda. Sebagai contoh HELIO Sdn Bhd. HELIO membawa maksud cantik dalam bahasa Itali. Adalah tidak digalakkan menggunakan perkataan yang tidak mempunyai maksud atau bermaksud negatif.
- Anda tidak boleh menggunakan perkataan yang dilarang oleh undang-undang seperi “diraja malaysia”, “persekutuan” atau “sultan”
- Anda tidak boleh menggunakan nama yang berkaitan dengan undang-undang lain seperti “bank”, “pasaran saham” atau “ejen hartanah”
SEMAK NAMA SYARIKAT
Sekiranya anda telah memilih nama syarikat anda, anda boleh melakukan semakan awal di MY DATA SSM. Anda hanya perlu masukkan nama syarikat idaman anda. Sekira masih belum ada, anda berpeluang menggunakan nama tersebut
TEMPOH MASA SEMAKAN NAMA
Tempoh diantara 1 ke 2 hari bekerja diperlukan untuk setiausaha menyiapkan mendapatkan kelulusan nama syarikat di SSM. Dengan menggunakan panduan memilih nama syarikat seperti di atas, kebarangkalian untuk anda memilih nama syarikat yang tidak dibenarkan ataupun salah akan berkurang dan seterusnya mempercepatkan proses semakan nama.