PINJAMAN TEKUN COVID

PINJAMAN TEKUN COVID-19 PADA 0% FAEDAH

Permohonan pinjaman TEKUN COVID yang berjumlah RM10,000 bagi usahawan yang terjejas dengan wabak Coronavirus COVID-19 telah dibuka. Bagi pinjaman Tekun Covid ini, tiada faedah akan dikenakan. Ya, faedah yang dikenakan adalah 0% sahaja.

Pada 6 April 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “PRIHATIN PKS TAMBAHAN”.Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.

Pinjaman tekun covid

Kerajaan secara khusus telah mewujudkan Skim Pembiayaan Mikro yang menyediakan pembiayaan suntikan modal pusingan kepada usahawan TEKUN sedia ada dan usahawan mikro yang terjejas kesan daripada wabak COVID-19.

Selain itu, Skim Pembiayaan Mikro ini juga bertujuan untuk memulihkan dan meningkatkan semula perniagaan sedia ada.

Pembiayaan bermula dari RM1,000. Namun, kelulusan maksima yang diberikan oleh pihak TEKUN adalah sebanyak RM 10,000 kepada setiap syarikat PKS yang lulus.

Tempoh bayaran balik pembiayaan maksima pula sehingga 3 tahun, iaitu 36 bulan, dengan penangguhan selama 6 bulan.

CARA MEMOHON PINJAMAN TEKUN COVID

  1. Layarai laman web rasmi Tekun di sini: TEKUN 
  2. Jika anda belum ada akaun, sila buat pendaftaran terlebih dahulu di sini: DAFTAR TEKUN
    • Masukkan Nama
    • No Kad Pengenalan
    • Masukkan Alamat Email
    • Masukkan Kata Laluan
    • Sahkan Kata Laluan sekali lagi
    • Tekan Daftar Akaun
  3. Selesai daftar akaun, anda boleh cuba login
  4. Isikan Alamat Email
  5. Isikan Kata Laluan
  6. Tekan Log Masuk
  7. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap

DOKUMEN PERMOHONAN PINJAMAN TEKUN COVID

Dokument yand diperlukan bagi pinjaman Tekun Covid adalah seperti berikut:

  1. Borang Penzahiran Kebenaran Maklumat Individu (JPP/BORANG/17). Boleh download di sini.
  2. Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau lesen perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
  3. Salinan MyKad pemohon dan pasangan
  4. Salinan penyata akaun bank untuk 1 bulan terkini
  5. Salinan salah satu bil utiliti terkini (Bil elektrik / bil air / bil telefon)

SYARAT MEMOHON PINJAMAN TEKUN COVID

  1. Perniagaan usahawan mikro yang terjejas akibat wabak Coronavirus COVID-19
  2. Merupakan warganegara Malaysia (Bumiputera atau India)
  3. Mestilah berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan maksimum adalah sehingga umur 65 tahun)
  4. Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
  5. Mempunyai lesen / permit PBT (lesen penjaja) / daftar perniagaan yang sah (SSM) atau dokumen lain yang mengesahkan pemohon menjalankan perniagaan.
  6. Tidak disenarai hitam dengan institusi kewangan lain
  7. Bebas daripada tindakan kebankrapan
  8. Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada)
  9. Pemohon yang berjaya perlu memilih salah satu kemudahan yang diberikan samada dari Bank Simpanan Nasional atau TEKUN Nasional

NILAI PINJAMAN TEKUN COVID

Permbiayaan ini terbuka kepada semua sektor perniagaan dengan skim pembiayaan serendah RM 1,000 hingga RM 10,000.

TEMPOH MASA PEMBAYARAN PINJAMAN TEKUN COVID

Tempoh pembiayaan maksima pula adalah 3 tahun, manakala tempoh penangguhan pula adalah selama 6 bulan.

TEMPOH MASA KELULUSAN PERMOHONAN PINJAMAN TEKUN COVID

10 hari bekerja selepas borang permohonan yang lengkap diterima. 

MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PINJAMAN TEKUN COVID

Laman web utama: www.tekun.gov.my

Nombor Telefon: 03-9059 888

Waktu operasi: Isnin-Jumaat
9 pagi-5 petang