pendaftaran syarikat sdn bhd

PENDAFTARAN SYARIKAT SDN BHD

Daftar Syarikat Sendirian Berhad Untuk Kembangkan Bisnes

Syarikat adalah merupakan salah satu entiti perniagaan di Malaysia. Lebih dari 1.5 juta pendaftaran syarikat sdn bhd telah dilakukan di Malaysia.

Kini, anda boleh memiliki syarikat sdn bhd pertama anda dengan promosi pendaftaran syarikat sendirian berhad dari MalaysiaBiz.Net pada kos yang murah disamping perkhidmatan yang lengkap.

pendaftaran syarikat sendirian berhad

Promosi “Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd”

5 Ciri-Ciri Syarikat Sendirian Berhad Yang Anda Perlu Tahu

  1. Syarikat Sdn Bhd boleh ditubuhkan dengan seorang pemilik
  2. Pengurusan syarikat sdn bhd tertakluk kepada pemegang saham terbesar didalam syarikat
  3. Saham syarikat sdn bhd tidak boleh dijual beli di Bursa Saham Kuala Lumpur
  4. Tidak wajib melaporkan laporan kewangan syarikat sdn bhd kepada orang awam
  5. Pemegang saham syarikat sdn bhd memiliki liabiliti terhad

Promosi “Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd”

10 Sebab Anda Perlu Daftar
Syarikat Sendirian Berhad Pertama Anda

  1. Tanggungan atau liabiliti terhad. Pemilik syarikat sendirian berhad hanya akan rugi setakat modal yang dilaburkan ke atas syarikat sendirian berhad. Aset lain yang tidak didaftarkan di atas nama syarikat sendirian berhad tidak akan terjejas sekiranya syarikat sendirian berhad diisyhtihar muflis. Aset syarikat sendirian berhad adalah aset syarikat dan aset pemilik syarikat adalah aset pemilik syarikat. Ianya berasingan berdasarkan konsep entiti perniagaan berbeza. Aset lain yang tidak didaftarkan di atas nama syarikat sendirian berhad tidak akan terjejas sekiranya syarikat diisyhtihar muflis.
  2. Ada kesinambungan. Syarikat sendirian berhad dimiliki melalui pemegang saham. Sekiranya sesuatu terjadi kepada pemegang saham, saham itu boleh dijual kepada pemegang saham yang baru. Hal ini menjadikan operasi syarikat sendirian berhad sentiasa boleh dikawal selia dan berterusan.Sekiranya terjadi sesuatu ke atas pemilik syarikat sendirian berhad, pegangan saham boleh dijual kepada pemilik baru dan ini memastikan operasi syarikat sendirian berhad berterusan. Pengurusan syarikat sdn bhd tidak perlu dibubar seperti entiti milikan tunggal
  3. Kredibiliti yang tinggi. Pihak bank, kerajaan dan perniagaan lain lebih memandang tinggi terhadap syarikat sendirian berhad berbanding entiti lain seperti milikan tunggal atau perkongsian. Dengan ini, bisnes lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman, memasuki tender kerajaan atau mendapatkan supplier yang berkualiti.
  4. Kadar cukai yang rendah. Kadar cukai syarikat sendirian berhad adalah lebih rendah berbanding dengan cukai individu. Bagi tahun taksiran 2020, kadar cukai syarikat sendirian berhad maksimum adalah 24% manakala kadar cukai individu boleh mencapai 28% maksimum. Malah, perancangan cukai boleh dilakukan secara sah bagi pengurusan syarikat sdn bhd bagi mengurangkan cukai yang dibayar.
  5. Dividen syarikat sendirian berhad tidak dikenakan cukai. Pihak pengurusan syarikat sdn bhd boleh mencadangkan agar pemilik syarikat sdn bhd boleh mengambil untung dengan cara mengambil dividen. Kelebihan kaedah ini adalah dividen kepada pemilik syarikat sendirian berhad tidak dikenakan cukai. Hal ini dapat menjimatkan kos pemilik syarikat sendirian berhad.
  6. Boleh bertukar milik. Pemilikan syarikat bergantung kepada pemilikan saham. Apabila seseorang itu bertindak menjual saham, dia juga melepaskan hak memiliki syarikat tersebut. Pembeli baru saham tersebut dikira sebagai pemilik baru syarikat. Dengan ini pengurusan syarikat sdn bhd adalah berterusan meskipun telah bertukar pemilik.
  7. Boleh melantik pengurusan yang profesional. Pemilik syarikat sendirian berhad tidak semestinya menjalankan operasi syarikat secara sendirian. Mereka boleh memilih untuk suatu pihak lain bagi mentadbir syarikat sendirian berhad bagi pihak mereka. Pihak ini dikenali sebagai ahli lembaga pengarah. Ahli lembaga pengarah terdiri dari mereka yang yang berpengetahuan dan pakar didalam bidang mereka. Dengan ini pengurusan syarikat sdn bhd akan dilakukan oleh mereka yang berkelayakan. Mereka boleh mengurus syarikat sendirian berhad dengan lebih efisien seterusnya menjana lebih keuntungan.
  8. Mudah mendapat suntikan modal. Modal perniagaan boleh didapati dalam bentuk pinjaman mahupun ekuiti. Syarikat sendirian berhad lebih mudah mendapat pinjaman dari pihak bank seperti yang dinyatakan sebelum ini. Bagi suntikan modal ekuiti, ianya boleh dilakukan dengan menambah modal berbayar.
  9. Penyata kewangan yang disahkan. Adalah menjadi kewajipan untuk syarikat sdn bhd menyediakan penyata kewangan yand disahkan oleh auditor. Hal ini menambah kredibiliti syarikat disamping memastikan keadaan kewangan syarikat sentiasa dalam keadaan terurus. Syarikat juga mudah untuk meyakinkan pelabur luar berkenaan kewangan syarikat dengan memberi penyata kewangan yang diaudit. Pengurusan syarikat sdn bhd yang teratur dan berdisiplin akan terbentuk melalui aktiviti pengesahan penyata kewangan ini.
  10. Potensi yang besar. Dengan adanya pengurusan syarikat sdn bhd yang teratur melalui ahli lembaga pengarah yang profesional dan perlunya laporan audit tahunan, syarikat berpotensi maju ke hadapan dan lebih berdaya saing.

Promosi “Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd”

5 Manfaat Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad

  1. Urusan pendaftarn syarikat sdn bhd diuruskan oleh setiausaha syarikat berlesen, FRAZ Corporate Services.
  2. FRAZ Corporate Services terdiri dari rangkaian profesional seperti akauntan bertauliah, peguam dan agen cukai yang akan membantu anda mencapai kelebihan maksimum syarikat sdn bhd.
  3. Gabungan pengalaman lebih dari 10 tahun didalam pelbagai industri.
  4. Anda akan mendapat satu sesi konsultasi PERCUMA untuk mendapat kefahaman mendalam mengenai syarikat sdn bhd.
  5. FRAZ Corporate Services menyediakan one stop solution bagi semua keperluan dan pematuhan (compliance) pensyarikatan seperti akaun, audit, dan cukai. Jadi anda tidak perlu lagi risau untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan ini.
syarikat sendirian berhad

Berikut adalah 10 mengapa anda perlu mendaftar syarikat sdn bhd dengan promosi “daftar syarikat” dari MalaysiaBiz.net:

Promosi “Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd”

3 Langkah Mudah Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad

pengurusan syarikat sdn bhd
  1. Sediakan 3 pilihan nama bagi proses daftar syarikat melalui borang pendaftaran dibawah. Dapatkan panduan pemilihan nama syarikat di pautan berikut: PANDUAN PEMILIHAN NAMA SYARIKAT. Kami akan menghubungi anda segera untuk memberikan pengesahan.
  2. Kemudian, kami akan memberikan anda borang pendaftaran syarikat sdn bhd atau ‘superform’ untuk anda isi. Selepas semakan dari pihak kami, anda perlu selesaikan yuran promosi “pendaftaran syarikat murah” berserta yuran pendaftaran SSM untuk pihak kami teruskan proses pendaftaran syarikat sdn bhd
  3. Sekiranya tiada masalah, proses daftaran syarikat anda akan siap dalam masa 3-5 hari bekerja selepas.

Promosi “Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd”

Struktur Promosi RM999 Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad

Ya betul. Kami tidak akan mengenakan cas tersembunyi. Struktur jelas yuran promosi “pendaftaran syarikat sendirian berhad ” adalah seperti berikut:

Yuran pendaftaran syarikat sendirian berhad sendirian berhad kepada SSM:
RM 999

Yuran pengurusan pendaftaran syarikat sendirian berhad kepada MalaysiaBiz.Net :
RM 999 1500

Jumlah keseluruhan bagi pendaftaran syarikat sendirian berhad: RM 1998

Promosi “Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd”

5 Tawaran Promosi RM999 Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad

Kami inginkan anda jelas dengan tawaran pakej kami kerana kami benar-benar ingin bantu anda. Ramai yang kecewa kerana tidak diberikan penjelasan yang lengkap mengenai pakej yang disediakan. Dengan pakej promosi RM999 “pendaftaran syarikat sendirian berhad”, anda akan mendapat:

  1. Bantuan carian nama tanpa had bagi pendaftaran syarikat sendirian berhad. Kami akan bantu anda untuk cari nama syarikat sdn bhd yang anda inginkan sehingga lulus.
  2. Borang seksyen 14: Maklumat syarikat
  3. Borang seksyen 17: Sijil pendaftaran syarikat
  4. 1 salinan company profile dari SSM
  5. Satu sesi konsultasi PERCUMA setiap tahun di pejabat kami. Tiada had limit masa. Ya, anda boleh bertanya apa sahaja berkenaan pensyarikatan, audit dan cukai kepada kami.
Ramai yang telah mendapat manfaat dari pakej
Promosi RM999 “Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd”
Isi borang dibawah sebelum tawaran tamat!

Borang Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad

Daftar segera dengan borang pendaftaran dibawah

*Promosi daftar RM999 tidak termasuk pembayaran kepada SSM. Keseluruhan kos pendaftaran adalah RM 1998 termasuk pembayaran kepada SSM. Rujuk Struktur Promosi Daftar RM999 untuk maklumat lanjut.












Bagi mendapatkan maklumat lanjut bagi proses pendaftaran syarikat sdn bhd, anda boleh layari ke laman web SSM di pautan berikut SSM-GUIDELINES