SYARAT PINJAMAN ASB

SYARAT UMUM PINJAMAN ASB

Pinjaman ASB merupakan alternatif pelaburan yang popular di Malaysia. Syarat pinjaman ASB yang mudah menyebkan ia menjadi pilih utama rakyat malaysia yang ingin mula melabur. Berikut adalah syarat umum pinjaman ASB

1. Umumnya, anda mestilah berstatus Bumiputera dan berusia >18 tahun (umur tak lebih 60 tahun).
2. Ada akaun Simpanan / pelaburan ASB.
3. Minimum Income: RM1,000

SYARAT PINJAMAN ASB: PEKERJA SEKTOR KERAJAAN

1. Salinan IC
2. Salinan Pay Slip terkini (1 bulan)
*Offer Letter (Surat pengesahan majikan) jika bekerja kurang daripada 6 bulan.

syarat pinjaman asb

SYARAT PINJAMAN ASB: PEKERJA SEKTOR SWASTA

A1. Salinan IC
2. Penyata KWSP
*Offer Letter (surat pengesahan majikan) jika bekerja kurang daripada 6 bulan.

SYARAT PINJAMAN ASB: BEKERJA SENDIRI

1. Salinan IC
2. Salinan Sijil SSM
3. Salinan penyata bank (6 bulan)

SYARAT PINJAMAN ASB: PEKERJA KOMISYEN

1. Salinan IC
2. Salinan Penyata Gaji (6 bulan)
3. Salinan penyata bank (6 bulan)

TEKNIK GANDAKAN PULANGAN PELABURAN PINJAMAN ASB

Gandakan pulangan pelaburan pinjaman ASB dengan 8 teknik pinjaman pelaburan asb berikut: 8 teknik maksima pulangan ASB

KESAN PINJAMAN ASB

1. Komitmen bayar hutang

Apabila menggunakan teknik ASB loan/ASB financing, sudah semestinya perlu meminjam dengan bank.

Apabila meminjam, perlulah ingat bahawa hutang adalah hutang, dan hutang wajib dibayar.

Setiap bulan, peminjam wajib menyelesaikan bayaran ansuran yang dikenakan oleh bank.

Kalau gagal buat bayaran ansuran, mungkin akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

2. DSR akan meningkat

Apabila bank menilai keupayaan seseorang untuk meminjam, bank akan mengira Debt-Service-Ratio (DSR) pemohon tersebut.

Apa akan jadi jika DSR meningkat?

Kesannya, akan menjejaskan kuota atau peluang untuk mendapatkan pinjaman/pembiayaan yang lain, contohnya pembiayaan rumah.

Andaikan bank menghadkan DSR 60% untuk jumlah hutang seseorang, boleh dikatakan mustahil untuk mendapatkan pembiayaan lain seperti pembiayaan rumah jika beliau ingin membeli rumah dalam masa terdekat.

Ramai sebenarnya yang tidak dapat memohon pinjaman/pembiayaan rumah akibat terikat komitmen dengan ASB loan/ASB financing dan perkara ini biasanya terjadi kepada mereka yang tidak merancang matlamat ASB loan/ASB financing mereka dengan baik

3. Rekod dalam CCRIS

Apabila membuat ASB loan/ASB financing, nama peminjam akan disenaraikan dalam rekod CCRIS.

Rekod CCRIS adalah satu rekod bersepadu yang diselenggara oleh Bank Negara dan dapat diakses oleh semua bank untuk melihat rekod hutang setiap orang yang ada hutang.

Jika bayaran ansuran dibuat cantik, maka cantiklah rekod CCRIS.

Tetapi, jika ada bayaran yang tertunggak, maka rekod CCRIS akan menjadi tidak cantik.

Ini boleh menjejaskan peluang mendapatkan pinjaman/pembiayaan lain pada masa akan datang.

Untuk ASB loan/ASB financing, peminjam akan direkodkan sebagai mempunyai hutang pinjaman/pembiayaan peribadi.

Maka, perlulah memastikan bayaran ansuran bulanan dilunaskan dengan baik agar dapat menjaga rekod CCRIS sendiri.

4. Kadar faedah pinjaman boleh berubah

Jika dilihat kepada produk ASB loan/ASB financing yang ada sekarang, semuanya dikira berdasarkan kadar faedah terapung yang bersandarkan kepada kadar asas (basal rate, BR)

Oleh kerana ASB loan/ASB financing ini berdasarkan kepada kadar faedah terapung, maka boleh sahaja bank menaikkan atau menurunkan kadar faedah mengikut kehendak mereka.

Jika kadar faedah naik, maka akan meningkatlah jumlah pinjaman dan seterusnya bertambahlah bayaran ansuran bulanan

MAKLUMAT PINJAMAN ASB

Maklumat lanjut mengenai pinjaman ASB, anda boleh menghubungi bank pilihan anda atau lawati laman web ASNB