DIVIDEN ASB

TahunDividen (sen)Bonus (sen)
Dividen ASB 20195.000.5
Dividen ASB 2018 6.500.5
Dividen ASB 2017 7.001.25
Dividen ASB 2016 6.750.50
Dividen ASB 20157.250.50
Dividen ASB 20147.51.00
Dividen ASB 20137.71.00
Dividen ASB 20127.751.15
Dividen ASB 20117.651.15
Dividen ASB 20107.501.25
Dividen ASB 2009 7.301.25
Dividen ASB 2008 7.001.75
Dividen ASB 2007 8.001.00
Dividen ASB 2006 7.301.25
Dividen ASB 20057.251.75
Dividen ASB 2004 7.252.00
Dividen ASB 2003 7.252.00
Dividen ASB 2002 7.002.00
Dividen ASB 2001 7.003.00
Dividen ASB 20009.752.00

AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

ASB ni dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad pada 2 Januari 1990 untuk membantu bumiputera dalam menyediakan simpanan alternatif.

Simpanan alternatif ASB menjana pulangan/keuntungan untuk jangka masa yang panjang dan secara konsisten. Maksudnya, pulangan setiap tahun yang korang akan terima adalah konsisten dalam bentuk dividen ASB

ASB ni juga sebagai harga dana pendapatan ekuiti tetap, iaitu harga seunit dana dah tetap dengan harga RM1.00. Maksudnya anda beli harini RM 1.00 seunit besok jual pun RM 1.00 seunit. Kalau lagi 10 tahun jual pun RM 1.00 seunit.

Selain itu, sebarang jualan dan yuran penebusan unit ASB ni tak akan dikenakan caj.

Dividen ASB

MENJANA KEUNTUNGAN MELALUI DIVIDEN ASB

ASB merupakan dana ekuiti tetap, jadi tidak berlaku sebarang perubahan harga. Bagi para pelabur, untuk mendapatkan keuntungan adalah melalui pendapatan dividen asb.

Setiap tahun, dividen ASB akan diumumkan pada awal Januari. Melalui dividen ASB inilah pelabur ASB menjana keuntungan

ASB merupakan instrument pelaburan yang popular disebabkan kadar dividen yang kompetitif dan stabil. Dividen ASB yang secara kosisten melebihi kadar simpanan tetap. Selain itu, setiap tahun ASB pasti akan mengumumkan dividen ASB. Sejak ditubuhkan pada 1990, ASB tidak pernah gagal mengumumkan dividen ASB.

PINJAMAN PELABURAN ASB

Sekiranya anda tidak mempunyai simpanan tunai yang banyak, anda boleh mendapatkan pinjaman bagi melabur didalam ASB

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pinjaman pelaburan ASB didalam artikel ini: SYARAT PINJAMAN PELABURAN ASB

MAKLUMAT LANJUT DIVIDEN ASB

Maklumat lanjut mengenai pinjaman ASB, anda boleh menghubungi bank pilihan anda atau lawati laman web ASNB