TEKNIK ASB LOAN/FINANCING

ASB Loan VS ASB Financing

ASB Loan/Financing merupakan satu bentuk pelaburan ASB menggunakan pinjaman bank. Pelabur meminjam untuk melabur bagi mendapatkan permulaan modal yang besar dan seterusnya menjadi pulangan dividen ASB yang setimpal dengan nilai pelaburan.

Perbezaan utama diantara ASB loan/financing ini adalah ASB Loan merupakan pinjaman konvensional ini manakala ASB Financing adalah Islamik dan patuh Syariah. Walaupun pihak bank menyediakan pilihan kepada anda, sebagai muslim anda wajib mengambil ASB Financing bagi menjamin keberkatan pendapatan anda.

8 Teknik Untuk Maksimakan Pendapatan ASB Loan/Financing

ASB Loan/Financing bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Telah ramai yang memperbincangkan mengenai kelebihan dan kekurangan ASB Loan/Financing. Setiap pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri. Oleh itu para pelabur hendaklah membuat ‘research‘ yang secukupnya sebelum melabur di dalam mana-mana jenis pelaburan

asb loan/financing

Secara amnya terdapat 8 jenis teknik yang boleh digunakan untuk memaksimakan pendapatan ASB Loan/Financing.

1.Teknik Pengubahan ASB Loan/Financing

Teknik pertama ini menukarkan tunai kecil yang ada kepada ASB Loan/Financing bernilai besar tanpa mengganggu komitmen bulanan dan seterusnya menjana pulangan tinggi pada tahun ke lima.

Sebagai contoh, dengan tunai sebanyak RM 14,500, boleh ditukarkan kepada pinjaman sebanyak RM 200,000.

Selepas 5 tahun, tanpa sebarang komitmen bulanan, modal asal tadi boleh ditingkatkan sehingga RM 44,000 berbanding hanya RM 22,000 jika dibiarkan sahaja dalam ASB tanpa melakukan teknik ini.

Dengan teknik pengubahan ini, ianya boleh menjana keuntungan berganda sehingga 200% dalam masa hanya 5 tahun.

2. Teknik Terkumpul/Compounding ASB Loan/Financing

Teknik kedua ini khas untuk mereka yang sanggup dan berdisiplin untuk mengeluarkan komitmen bayaran setiap bulan.

Kiranya, komitmen yang dikeluarkan itu adalah simpanan tetap setiap bulan.

Bezanya, jumlah yang terkumpul nanti adalah lebih besar berbanding dengan menyimpan secara biasa.

Contohnya, jika anda membuat simpanan sebanyak RM 1,200 sebulan, jumlah terkumpul selepas 5 tahun hanyalah sebanyak RM 72,000

Ataupun sebanyak RM 88,000 jika disimpan dalam ASB dengan anggaran kadar dividen 8% setiap tahun.

Tetapi, dengan teknik ini, komitmen bulanan yang sama dapat menghasilkan sehingga lebih RM 100,00 iaitu perbezaan sebanyak RM 12,000 berbanding simpanan biasa

3. Teknik Ulangan ASB Loan/Financing

Teknik ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad, tetapi ingin membuat ASB Loan/Financing bernilai besar.

Dalam teknik ulangan ini, komitmen serendah RM 600 sebulan boleh menjana sehingga RM 95,500 selepas 5 tahun.

Caranya, dengan membuat ASB Loan/Financing 1 terlebih dahulu yang mana bayaran bulanan adalah bersamaan atau kurang berbanding komitmen bulanan yang boleh dikeluarkan.

Pada tahun kedua, mohon pula untuk ASB Loan/Financing 2 yang mana bayaran bulanan akan dibayar menggunakan dividen daripada loan ASB Loan/Financing 1 tadi.

Hasilnya, selepas 5 tahun, lebih kurang RM 95,500 boleh dihasilkan berbanding hanya RM 45,000 jika disimpan secara biasa.

Berdasarkan pemahaman saya, saya berpendapat jika digabungkan teknik ulangan dengan terkumpul/compounding, pastinya pulangan yang lebih besar boleh dihasilkan.

4. Teknik Pintas ASB Loan/Financing

Teknik pintas sesuai untuk golongan yang hanya mampu memberikan komitmen bulanan yang rendah sahaja, contohnya kurang RM 200 sebulan.

Dalam teknik ini, pembiayaan peribadi akan digabungkan dengan ASB Loan/Financing

Sebaik-baiknya, pilih pembiayaan peribadi yang mempunyai kadar dividen yang rendah sahaja.

Teknik ini menyarankan supaya membuat pembiayaan peribadi terlebih dahulu sebanyak RM 15,000 yang mana bayaran bulanan adalah sekitar RM 175.

Kemudian dibuka satu akaun ASB Loan/Financing  sebanyak RM 200,000 dengan anggaran bayaran bulanan sebanyak RM 1,200 sebulan.

Duit daripada pembiayaan peribadi tadi akan digunakan untuk membayar bayaran bulanan bagi tahun pertama ASB Loan/Financing yang dibuat tadi.

Kemudian, dividen tahunan yang diperoleh akan dipusing untuk membayar bayaran bulanan untuk tahun-tahun seterusnya.

Jadi, komitmen bulanan kekal sebanyak RM 175 yang mana digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi sahaja.

Selepas 5 tahun, kedua-dua pembiayaan peribadi dan ASB Loan/Financing boleh ditamatkan.

Keuntungan bersih yang dianggarkan adalah sebanyak RM 30,000.

5. Teknik Pengubahan Berganda ASB Loan/Financing

Teknik ini adalah sama dengan teknik pertama (teknik pengubahan), tetapi melibatkan jumlah modal tunai yang lebih besar.

Dengan modal tunai yang lebih besar dan menggunakan proksi (pasangan, anak atau adik-beradik), teknik ini melibatkan akaun  ASB Loan/Financing yang banyak secara serentak (multiple accounts).

Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai RM 75,000 tunai.

Modal asal ini akan dipecahkan kepada lima, iaitu sebanyak RM 15,000 setiap satu.

Dengan menggunakan proksi, lima akaun  ASB Loan/Financing sebanyak RM 200,000 setiap satu dibuat serentak yang mana bayaran tahun pertama menggunakan modal asal manakala bayaran tahun-tahun seterusnya dibayar menggunakan dividen yang diperoleh.

Sepertimana teknik pertama, setiap akaun dianggarkan menjana hasil lebih kurang RM 44, 000 selepas lima tahun.

Jadi, dengan lima akaun serentak, boleh menjana lebih kurang RM 220,000!

6. Teknik Pintas Pengubahan Berganda ASB Loan/Financing

Teknik ini menggabungkan teknik pertama, keempat dan kelima yang mana melibatkan pembiayaan peribadi, multiple accounts dan proksi.

Teknik ini sesuai untuk golongan yang mampu memberikan komitmen bulanan sederhana tetapi pada masa yang sama ingin menjana keuntungan yang berganda melalui multiple accounts sepertimana teknik kelima.

Caranya, dengan membuat pembiayaan peribadi terlebih dahulu sebanyak RM 75,000 dengan bayaran bulanan sekitar RM 875 sebulan.

Sepertimana teknik keempat, hasil pembiayaan peribadi yang diperoleh tadi akan digunakan untuk membayar bayaran bulanan lima akaun  ASB Loan/Financing untuk tahun pertama seperti yang diterangkan dalam teknik kelima.

Hasilnya, dengan komitmen bulanan serendah RM 875, boleh menggandakan duit sehingga RM 220,000.

7. Teknik Serap Interest Rumah ASB Loan/Financing

Teknik ini sesuai untuk mereka yang masih mempunyai pembiayaan/pinjaman rumah tetapi ingin memendekkan tempoh pembayaran dan melangsaikannya secepat mungkin.

Dengan teknik ini, bukan sahaja tempoh pembiayaan/pinjaman rumah boleh dipendekkan, malahan boleh menjana sedikit keuntungan selepas habis bayaran nanti.

Lebih menarik lagi, kedua-dua keistimewaan ini boleh dicapai tanpa menjejaskan komitmen bulanan asal.

8. Teknik OD Rumah VS ASB Loan/Financing

Kebiasaannya, orang mendapatkan keuntungan daripada rumah melalui jualan, sewaan atau dibuat homestay.

Melalui teknik ini potensi sebuah rumah yang dimiliki (dengan syarat tanpa atau telah habis pembiayaan/pinjaman rumah) boleh dihidupkan semula untuk menjana keuntungan melalui gabungan overdarf (OD) dan  ASB Loan/Financing

Dan ini dicapai tanpa melibatkan sebarang komitmen bulanan.