Pastinya ramai yang ingat cara daftar pertubuhan NGO ini suatu proses yang sukar. Tapi sebenarnya, cara daftar pertubuhan NGO tidaklah sesukar mana sekiranya anda tahu langkah-langkahnya. Berikut adalah 5 langkah mudah untuk daftar pertubuhan NGO.
CARA DAFTAR PERTUBUHAN NGO 1: LANTIK SETIAUSAHA
Untuk mulakan pendaftaran pertubuhan, anda mestilah mempunyai anggota dan melakukan mesyuarat di antara anggota pertubuhan NGO yang nak ditubuhkan. Bilangan minimum anggota pertubuhan NGO mestilah sekurang-kurangnya adalah 7 orang. 7 orang anggota pertubuhan NGO ini merangkumi pengerusi, S/U, bendahari dan AJK. \. Mesyuarat yang pertama ini dinamakan sebagai Mesyuarat Penubuhan. Dan jangan lupa catat minit mesyuarat ya. Nak bincang apa dalam mesyuarat ini?
- Bersetuju menubuhkan pertubuhan,
- Meluluskan nama pertubuhan yang akan didaftar,
- Menetapkan tempat urusan atau alamat yang akan didaftarkan,
- Melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan untuk uruskan pertubuhan (antara jawatan penting adalah setiausaha).
- Meluluskan undang-undang (atau perlembagaan) pertubuhan yang nak didaftarkan.
- Catat minit mesyuarat.
CARA DAFTAR PERTUBUHAN NGO 2: PILIH NAMA & ALAMAT PERTUBUHAN NGO ANDA
Antara tugas yang penting adalah memilih nama pertubuhan NGO yang bertepatan dengan garis panduan ROS. Ini merupakan antara tugas awal setiausaha. Setiausaha yang dilantik perlu melakukan semakan dalam sistem e-ROS. Nama mesti dalam Bahasa Melayu, kemudian diikuti oleh Bahasa Inggeris jika ada, dan mesti dalam kurungan. Contohnya, Pertubuhan Bulan Penuh (Full Moon Organisation).
Alamat pejabat pula akan menentukan ROS negeri mana yang akan proses permohonan anda. Cuma pada bahagian ini juga, ada dua item yang mesti diberikan perhatian khususnya oleh S/U. Iaitu :
- Negeri Pertubuhan : Ianya akan merujuk kepada negeri di mana alamat pejabat atau tempat urusan NGO anda.
- Taraf Pertubuhan : Ianya menentukan komposisi AJK. Kalau taraf pertubuhan/NGO adalah negeri, maksudnya semua AJK mestilah datang dari negeri yang sama dengan negeri pertubuhan/NGO. Contoh kalau negeri NGO adalah Selangor, maksudnya semua AJK mestilah mempunyai kad pengenalan Selangor. Kalau taraf NGO adalah kebangsaan, setiap 7 orang AJK mesti datang dari 7 negeri berbeza.
CARA DAFTAR PERTUBUHAN NGO 3: PILIH FORMAT PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN NGO ANDA
Perlembagaan pertubuhan NGO adalah elemen paling penting didalam sesebuah pertubuhan NGO. Perlembagaan menentukan susun atur perjalanan sebuah NGO. Perlembagaan juga menetapkan matlamat, apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh sesebuah pertubuhan NGO.
Oleh itu, ROS telah memberikan 2 pilihan format perlembagaan pertubuhan NGO. Boleh pilih sama ada nak ikut format ROS ataupun format sendiri. Paling senang ikut sahaja format yang diberikan. Ianya boleh didapati secara secara percuma dalam laman web mereka. Kalau anda rasa format perlembagaan pertubuhan NGO yang diberikan oleh ROS tidak bersesuaian atau tidak menepati cita rasa pertubuhan NGO ada, anda boleh mencipta forma pertubuhan NGO anda sendiri. Tetapi anda perlu ingat, cara ini lebih sukar dan panjang. ROS mungkin juga menolak perlembagaan pertubuhan NGO anda kerana tidak menepati kriteria perlembagaan pertubuhan NGO yang dikehendaki oleh ROS. Jadi, pilihlah format perlembagaan NGO yang bersesuian dengan anda.
CARA DAFTAR PERTUBUHAN NGO 4: PILIH LENCANA PERTUBUHAN NGO ANDA
Anda telah pun tiba ke bahagian yang lebih mudah dan menarik iaitu lencana/logo pertubuhan NGO anda. Lencana/NGO ini penting kerana ia akan mengwujudkan identiti pertubuhan NGO anda. Kami cadangkan untuk buat yang simple, tetapi bold. Maksudnya, bila orang tengok dah tahu apa tujuan pertubuhan NGO anda. Hal ini penting keranab nanti setiap warna, bentuk atau seumpamanya mestilah diberikan penjelasan atau perincian. Pastikan format lencana/logo anda ini didalam format yang dikehendaki kerana ia perlu diupload ke dalam e-ROS oleh Setiausaha.
CARA DAFTAR PERTUBUHAN NGO 5: SUBMIT INFO PERTUBUHAN NGO ONLINE MELALUI e-ROS
Ini adalah langkah terakhir dalam mendaftar pertubuhan NGO. Ketika anda sampai ke langkah ini, maksudnya kesemua maklumat yang diperlukan untuk mendaftar telah pun disiapkan. Untuk langkah terakhir ini, setiausa pertubuhan NGO akan mengisi semua maklumat kedalam sistem online pendaftaran pertubuhan ROS iaitu e-ROS>>> https://www.eroses.gov.my/ros.php
Melalui e-ROS, setiausaha perlu key-in dalam sistem segala butiran yang diperlukan termasuk logo, bendera dan segala maklumat yang diperlukan. Pastikan anda semakan dua tiga kali bagi memastikan tiada sebarang kesilapan dibuat sebelum tekan butang HANTAR .
FEE PENDAFTARAN PERTUBUHAN NGO
Selepas submission online melaui e-ROS, setiausaha mesti buat pembayaran untuk proses permohonan sebanyak RM30.
TEMPOH MASA PENDAFTARAN PERTUBUHAN NGO
Tempoh masa kelulusan adalah diantara 5-10 hari bekerja
Anda ingin menjalankan bisnes, mungkin sdn bhd lebih sesuai untuk anda. Lawati artikel ini untuk maklumat lanjut mengenai promosi daftar sdn bhd >>>> DAFTAR SDN BHD