TIPS CUKAI ENTERPRISE

Tahukah anda sebaik sahaja berdaftar dengan SSM adalah wajib untuk failkan cukai, tidak kira untung atau rugi. Nak kami share tips cukai enterprise? Jom baca artikel mengenai tips cukai enterprise sehingga habis

Pada Jun 2022, LHDN telah membuat kenyataan media di mana mereka mengesan seramai 23,751 entiti (indivitu atau perniagaan enterprise) yang tidak melaporkan pendapatan. Ini menyebabkan ketirisan cukai langsung yang dianggarkan bernilai lebih dari RM600 juta. Anda patut risau jika anda adalah sebahagian dari statistik ini.

PERBEZAAN CUKAI ENTERPRISE DAN SDN BHD

Sebelum kami kongsikan tips cukai enterprise anda perlu tahu bahawa enterprise adalah berbeza dengan syarikat. Enterprise didaftarkan sebagai pendaftaran perniagaan di mana kadar cukai yang dibayar adalah sama dengan kadar cukai pendapatan individu. Maksudnya, jika anda ada satu enterprise ataupun banyak enterprise, kesemua pendapatan dari enterprise perlu disatukan dan dilapor dibawah pendapatan individu

Bagi tahun taksiran 2023, kadar cukai pendapatan individu bermula dari 0% sehingga 30%. Bagi kadar cukai syarikat sdn bhd ianya bermula dari 15% sehingga 24%.

Maklumat lanjut anda boleh lawati laman web LHDN berikut:
Kadar Cukai Pendapatan Individu
Kadar Cukai Pendapatan Syarikat

Anda ingin upgrade ke Sdn Bhd untuk kadar cukai yang lebih rendah? Boleh klik link dibawah
Promosi Daftar Sdn Bhd

Cukai Enteprise

TIPS CUKAI ENTEPRISE YANG ANDA BOLEH BUAT

Untuk perniagaan enterprise ada beberapa elemen penting untuk anda mengurus cukai seperti berikut.

TIPS CUKAI ENTERPRISE 1: Telah mendaftar nombor cukai pendapatan

    • Kod OG adalah untuk individu yang menjalankan perniagaan secara milikan tunggal. Bagaimana nak dapatkan nombor ni? Hadirkan diri ke cawangan LHDN dan boleh daftar. Buat pendaftaran sekali untuk E-Filling untuk penghantaran borang cukai secara online. 

    TIPS CUKAI ENTERPRISE 2: Mempunyai Akaun Untung Rugi Enterprise.

      • Pemilik ‘wajib’ hantar laporan untung rugi serta pengiraan cukai taksiran kepada LHDN. Segala dokumentasi perlu simpan sekurang-kurangnya 7 tahun. Buat fail dan rekod. Laporan kewangan ini tidak perlu audit. Untuk buat untunng rugi memerlukan pengetahuan asas perakaunan. Dekat luar dah banyak sistem dan template akaun percuma atau berbayar. Tetapi jika anda tidak mempunyai masa boleh saja untuk upah juru akaun. Ini lebih mudah kerana anda telah serahkan pada pakar dan anda boleh fokus pada bisnes.

      TIPS CUKAI ENTERPRISE 3: Berdisiplin dalam dokumentasi dan simpan rekod perniagaan

        • Pastikan anda menyediakan rekod dan dokumentasi duit keluar masuk secara disiplin serta konsisten setiap bulan. Sebaiknya semua slip bayaran atau slip pendapatan perlu dicetak dan disimpan di dalam fail. Anda juga boleh memilih untuk menyimpan secara elektronik (soft copy) Ini memudahkan anda jika LHDN hendak buat audit kepada perniagaan anda. 

        TIPS CUKAI ENTERPRISE TAMBAHAN

        Bagaimana tips cukai enterprise yang kami kongsikan? Membantu? Jika dari awal permulaan perniagaan segala dokumentasi lengkap ia akan mudah. Tambahan kepada tips cukai enterprise di atas tadi, 

        1. Pastikan simpan penyata bank atau bank statement perniagaan anda setiap bulan, bukan setahun sekali ye. Cetak dan simpan dalam satu fail khas. 
        2. Rekod dan simpan resit jualan, belian dan belanja. Ini pun asingkan dalam satu fail khas. 
        3. Semua aset seperti komputer, meja, kerusi dan sebagainya yang dibeli untuk kegunaan perniagaan direkod.
        4. Pembayar zakat? Segala resit bayaran zakat juga perlu disimpan dalam fail.

        DENDA & PENALTI TIDAK SUBMIT CUKAI ENTERPRISE

        Anda pernah tak rasa macam tak nak bayar cukai? Anda mungkin ‘terlupa’ buat e-Filing cukai pendapatan, atau mengisytiharkan jumlah pendapatan yang lebih rendah berbanding jumlah yang anda perolehi, atau memberi maklumat tidak tepat mengenai jumlah pelepasan cukai yang layak anda terima. Sekiranya semua ni pernah terlintas di fikiran anda, jangan sesekali cuba nak buat macam ni. Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan berkaitan cukai boleh dikenakan hukuman denda, penjara, atau kedua-duanya. Berikut adalah ringkasan kesalahan cukai yang dinyatakan dalam ACP 1967:

        Tidak mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan

        RM200 hingga RM20,000.00 atau Penjara tidak melebihi 6 bulan atau Kedua-duanya

        Tidak memaklumkan layak dikenakan cukai

        RM200 hingga RM20,000 atau Penjara tidak melebihi 6 bulan atau Kedua-duanya

        Tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan

        RM1,000 hingga RM10,000.00 dan 200% atas cukai terkurang lapor

        Memberi maklumat tidak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri atau orang lain

        RM1,000.00 hingga RM10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor

        Sengaja mengelak cukai atau membantu orang lain mengelak cukai

        RM1,000 hingga RM20,000.00 atau Penjara tidak melebihi 3 tahun atau Kedua-duanya dan 300% atas cukai terkurang lapor

        Membantu atau menasihati orang lain dalam penyediaan Borang Nyata Cukai Pendapatan menyebabkan terkurang cukai

        RM2,000 hingga RM20,000 atau Penjara tidak melebihi 3 tahun atau Kedua-duanya

        Tidak menyimpan rekod

        RM300 hingga RM10,000 atau Penjara tidak melebihi 1 tahun atau Kedua-duanya

        KESIMPULAN CUKAI ENTEPRISE

        Secara ringkasnya, jika dilihat segala tips cukai enterprise yang kami kongsikan, boleh disimpulkan bahawa, akaun perniagaan adalah sangat penting dalam penyediaan untuk declare cukai enterprise ke LHDN. Segala dokumen juga perlu lengkap dan jika tidak, penalti akan dikenakan. Jadi, jika anda perlukan bantuan, cepat-cepat hubungi akauntan anda.