cara daftar sdn bhd

CARA TUKAR NAMA AKAUN SYABAS AIR SELANGOR

Apabila anda menduduki premis baru di Selangor, antara langkah awal yang perlu dilakukan adalah untuk tukar nama akaun Syabas kepada diri anda sebagai pemilik baru premirs tersebut.

Ada 2 cara untuk anda tukar nama akaun Syabas iaitu secara online atau secara fizikal di pejabat Syabas yang terdekat

TUKAR NAMA AKAUN SYABAS ONLINE

Ini adalah cara yang paling mudah. Anda boleh melakukan secara online dengan 5 langkah berikut:

TUKAR NAMA AKAUN SYABAS ONLINE 1: Pergi ke website Syabas dan klik pautan manage akaun

TUKAR NAMA AKAUN SYABAS ONLINE 2: Isikan maklumat nombor telephone anda bagi mendapatkan OTP

TUKAR NAMA AKAUN SYABAS ONLINE 3: Isikan maklumat peribadi anda seperti nama, email, no telephone, alamat

TUKAR NAMA AKAUN SYABAS ONLINE 4: Isikan maklumat tambahan yang diperlukan iaitu gambar IC, salinan perjanjian jual beli atau sewa, gambar meter air terkini. Pastikan gambar diambil dengan jelas. Bacaan meter boleh dibaca. Andai dah ambil gambar, print out gambar tadi. Kira anda kena ready salinan untuk kedua-dua gambar (Bacaan meter & meter stand)

TUKAR NAMA AKAUN SYABAS ONLINE 5: Buat pengesahan penerimaan terma dan syarat dan klik submit. Kebiasaanya anda akan mendapat maklum balas dalam tempoh 3 hari bekerja.

TUKAR NAMA AKAUN AIR SELANGOR SECARA FIZIKAL

Jika anda tidak yakin untuk melakukan secara online, anda boleh membuat lawatan di pejabat Syabas yang terdekat.

TUKAR NAMA AKAUN AIR SELANGOR 1: Sediakan dokumen yang mencukupi.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan:

  • Borang permohonan yang lengkap diisi
  • Salinan IC/Kad Pengenalan
  • Salinan Borang 9 @SSM & Cop Syarikat (Jika permohonan atas nama syarikat)
  • Salinan Sale & Pruchase Agreement (S&P) @ Geran @ Tenancy Agreement @ Surat Tawaran/Kebenaran Premis Kerajaan
  • Gambar Meter Air, Pastikan gambar diambil dengan jelas. Bacaan meter boleh dibaca. Andai dah ambil gambar, print out gambar tadi. Kira anda kena ready salinan untuk kedua-dua gambar (Bacaan meter & meter stand)

TUKAR NAMA AKAUN AIR SELANGOR 2: Bawa semua dokumen yang telah disediakan secara 2 salinan ke pejabat Syabas yang terdekat.

Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor anda dipanggil.Semasa di kaunter, segala dokumen yang diperlukan akan diminta oleh pekerja di kaunter. Urusan pendaftaran dan penukaran nama akan diuruskan di kaunter ini. Pastikan segala butiran pada borang permohonan diisi dengan betul dan lengkap beserta tandatangan pemilik premis.Selesai penukaran akaun, maka anda perlu membuat pembayaran deposit di kaunter utama. Ambil resit dan urusan anda selesai.

Semoga anda mendapat manfaat dari artikel ini.

Bacaan lanjut: Cara Tukar Nama TNB