PANDUAN MUDAH RANCANGAN PERNIAGAAN

Rancangan Perniagaan (RP) merujuk kepada dokumen bertulis yang menerangkan secara penuh berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. Ia turut dikenali sebagai pelan perniagaan, kertas kerja dan kertas projek.

ELEMEN PENTING RANCANGAN PERNIAGAAN

NoPerkara
1Pengenalan
2Tujuan
3Latar Belakang Syarikat
4Latar Belakang Pemilik
5Latar Belakang Projek
6Rancangan Operasi
7Rancangan Pemasaran
8Rancangan Kewangan
9Kesimpulan Projek

KEPENTINGAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Kepentingan Rancangan Perniagaan 1 – Peluang menilai projek yang dirancang dengan teliti

Sebarang kesilapan ketika menguruskan perniagaan dapat dikurangkan kerana rancangan perniagaan yang disediakan dijadikan sebagai garis panduan dalam hala tuju pengurusan perniagaan.

Kepentingan Rancangan Perniagaan 2 – Merancang keperluan sumber perniagaan

Keperluan sumber perniagaan adalah seperti sumber manusia, sumber fizikal dan sumber pembiayaan. Perancangan yang teliti dalam merancang dan mengagihkan keperluan sumber perniagaan dapat membantu perniagaan beroperasi dengan lebih sistematik dan lebih jelas.

Kepentingan Rancangan Perniagaan 3 – Mengawal Risiko dan Kemungkinan Masalah

Risiko dan masalah yang bakal timbul dalam perniagaan seperti kekurangan modal dan pemilihan lokasi yang tidak strategik dapat dikurangkan. Semasa menyediakan rancangan perniagaan, usahawan dapat meramal risiko dan masalah serta berusaha menangani risiko dan masalah tersebut dalam dunia perniagaan sebenar.

Kepentingan Rancangan Perniagaan 4 – Memberi peluang gambaran awal projek

Gambaran bahawa projek yang dijalankan berpotensi berdaya maju dapat membantu menyakinkan pihak seperti pelabur, bank dan pihak berkepentingan untuk pelaburan atau pembiayaan.

Kepentingan Rancangan Perniagaan 5 – Meyakinkan pihak pelabur atau bank

Kemampuan perniagaan untuk menjelaskan segala hutang perniagaan dapat ditunjukkan dengan melihat kos yang terlibat dan kadar keuntungan yang diperoleh. Tanggapan positif pihak pelabur terhadap prestasi perniagaan dapat membantu perniagaan untuk memperoleh sumber kewangan yang diperlukan

TIPS KERTAS KERJA RANCANGAN PERNIAGAAN MARA

Sekiranya anda telah baca sehingga ke bahagian ini, anda pastinya mahu tahu apakah yang diperlukan untuk memastikan pihak MARA memberikan kelulusan terhadap kertas kerja rancangan perniagaan anda.

Tips yang adalah berdasarkan pandangan penulis dan bukan merupakan maklumat dari MARA. Kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan MARA dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penggunaan terhadap tips yang diberikan. Tips yang diberikan bertujuan ikhlas membantu para usahawan dalam mendapatkan bantuan kewangan tanpa sebarang balasan.

Tips Kertas Kerja Rancangan Perniagaan MARA 1

Pastikan anda memberikan maklumat yang cukup didalam kertas kerja anda. Jangan berkira-kira dalam menulis kerana pihak MARA tidak dapat membaca apa yang anda tidak tulis. Jadi lebih banyak maklumat lebih bagus.

Tips Kertas Kerja Rancangan Perniagaan MARA 2

Pastikan susun atur kertas kerja rancangan perniagaan anda dalam format yang teratur dan mudah dibaca. Pastikan ianya disediakan dalam format tulisan bersaiz sekurangnya font 12. Masukkan lebih banya grafik bagi menambah kefahaman pembaca.

Tips Kertas Kerja Rancangan Perniagaan MARA 3

Fokus kepada operasi dan rancangan kewangan projek anda. Anda perlu meyakinkan pihak MARA yang ada boleh menjayakan projek ini dan dapat menghasilkan jumlah untung bagi membayar kembali pihak MARA.

KESILAPAN DALAM KERTAS KERJA RANCANGAN PERNIAGAAN

Kesilapan Kertas Kerja Rancangan Perniagaan 1: Tidak Berpijak Dunia Nyata dan Tidak Meyakinkan

Jangan kerana anda memerlukan dana, semua operasi yang sedang atau bakal dijalankan adalah maklumat palsu yang diadakan semata-mata untuk meyakinkan pelabur. Selain itu, ada kerta kerja rancangan perniagaan yang langsung tidak meyakinkan yang ianya boleh berjaya. Maklumat yang diberikan tidak logik dan bersesuaian dengan keadaan semasa. Ingat, penilai kertas kerja rancangan perniagaan semuanya arif dalam bidang masing-masing dan mempunyai pengalaman menilai ratusan kertas kerja.

Kesilapan Kertas Kerja Rancangan Perniagaan 2: Sambil Lewa

Jangan meletakkan maklumat sambil lewa terutama soal kewangan syarikat. Sediakanlah maklumat kewangan yang lengkap dan tepat untuk rujukan anda dan juga pihak luar. Kesilapan dalam menyediakan carta aliran tunai akan membawa masalah pada perancangan kewangan anda.

Kesilapan Kertas Kerja Rancangan Perniagaan 3: Dokumen Sokongan Tidak Lengkap

Tanpa dokumen sokongan, Rancangan Perniagaan anda akan kelihatan hanya sebagai rujukan kosong. Dokumen sokongan adalah bukti yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Jadi, jangan sesekali tidak melampirkan dokumen atau gambar sokongan dalam Rancangan Perniagaan ini!

TEMPLATE KERTAS KERJA RANCANGAN PERNIAGAAN PERCUMA

TINGKATKAN KREDIBILITI KERTAS KERJA ANDA

Salah satu cara untuk meningkatkan kredibiliti dan meyakinkan penilai adalah melalui entiti sdn bhd. Sdn Bhd semengnya diketahui sebagai entiti bisnes yang berwibawa dan pihak penilai akan lebih yakin sekiranya terdapat laporan audit sebagai dokumen sokongan. Lawati artikel ini untuk maklumat lanjut mengenai promosi daftar sdn bhd >>>> DAFTAR SDN BHD

Bacaan lanjut: Kelebihan Sdn Bhd

Panduan Rancangan Perniagaan