DAFTAR CIDB

Pengenalan Sijil Daftar CIDB

Daftar CIDB akan membolehkan kontraktor mendapatkan sijil yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB. Antara sijil daftar CIDB yang penting adalah Sijil CIDB Pendaftaran Kontraktor (PKK) & Sijil CIDB Perakuan Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

Sijil CIDB Pendaftaran Kontraktor (PKK) membuktikan syarikat tersebut telah berdaftar mengikut Akta LPIPM dan boleh melaksanakan kerja pembinaan

Sijil CIDB Perakuan Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) adalah sijil yang diperlukan untuk memperakui bahawa syarikat telah memenuhi kehendak dan ketetapan serta layak menyertai mana-mana perolehan kerajaan dalam bidang pembinaan mengikut kelayakan

Kepentingan Sijil Daftar CIDB

Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB dibawah Seksyen 25 Akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

Mana-mana kontraktor yang melanggar Seksyen 25 dengan melakukan kerja tanpa sijil CIDB apabila disabitkan, boleh di denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dibawah Seksyen 29. Dibawah Seksyen 30 Lembaga boleh melalui notis bertulis yang disampaikan kepada kontraktor untuk berhenti daripada memulakan atau meneruskan kerja pembinaan atau mengakujanji untuk menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan.

Sijil Daftar CIDB PKK (Pendaftaran Kontraktor tempatan)

Sijil CIDB Pendaftaran Kontraktor tempatan (PKK) mempunyai 4 jenis maklumat utama iaitu:
1-Gred; G1 sehingga G7
2-Kategori; Pembinaan Kejuruteraan Awam (CE),Pembinaan Bangunan dan (B),Mekanikal dan Elektrikal (ME), Fasiliti (F)
3-Pengkhususan; Kod bidang B01-B29, CE01-CE43, M01-M23, E01-E35, F01-F02
4-Personel Teknikal; G1-G3 (tiada keperluan), G4 (diploma) G5 (diploma atau ijazah) G6 (diploma & ijazah) G7 (2 orang ijazah)

daftar cidb

Syarat-Syarat Sijil Daftar CIDB PKK (Pendaftaran Kontraktor)

1.Permohonan sijil CIDB mestilah dibuat oleh salah seorang pemilik/ pengarah/ ahli lembaga pengarah. Seorang pengarah/pemilik hanya boleh membuat satu permohonan pendaftaran syarikat sahaja
2. Pemohon sijil CIDB hendaklah mendaftarkan operasi perniagaannya dengan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan di Malaysia seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)
3. Pemohon sijil CIDB mempunyai modal minima bagi gred G1 iaitu RM5,000
4. Pemohon sijil CIDB memenui keperluan personel teknikal mengikut gred yang dimohon

Tempoh kelulusan Sijil Daftar CIDB PKK (Pendaftaran Kontraktor)

Keputusan pemohonan akan diproses dalam tempoh 2 – 3 hari bekerja.

Sijil Daftar CIDB SPKK (Sijil Perolehan Kerja Kerajaan)

Pemegang Sijil CIDB SPKK layak menyertai mana-mana perolehan kerajaan dalam bidang pembinaan mengikut kelayakan yang ditetapkan seperti yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.6 Tahun 2012 dan Arahan Perbendaharaan pindaan Bil. 3 tahun 2012 oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Pemohon perlu memastikan mereka memiliki Sijil CIDB PPK bagi melayakkan syarikat memohon Sijil CIDB SPKK. Walaubagaimanapun kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran Sijil CIDB SPKK.

Syarat Daftar CIDB SPKK (Sijil Perolehan Kerja Kerajaan)

a) Mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor yang masih sah, dan

b) Memenuhi syarat Modal Berbayar atau Modal Terkumpul merujuk kepada Had nilai perolehan dan Personel Teknikal kecuali bagi Gred G1 hendaklah mempunyai Modal Berbayar atau Modal Terkumpul sekurang-kurangnya RM10,000.00, dan

c) Memenuhi syarat pemilikan ekuiti dalam syarikat lain, dan
i) Pemegang saham syarikat/individu yang telah memiliki SPKK tidak boleh memiliki ekuiti melebihi 5% atau RM50,000.00 atau mana-mana yang terendah dalam mana-mana syarikat lain yang telah mempunyai SPKK.
ii) Ahli Lembaga Pengarah, Ahli Pengurusan dan Pegawai Teknikal syarikat yang telah memiliki SPKK tidak boleh wujud/didaftarkan dalam manamana syarikat lain yang telah mempunyai SPKK.

d) Memenuhi syarat pensijilan bagi permohonan baru seperti berikut:
i) Memperolehi sijil penilaian SCORE sekurang-kurangnya 3 bintang bagi kontraktor gred G5, G6 dan G7.
ii) Memperolehi sijil penilaian SCORE sekurang-kurang 2 bintang bagi kontraktor gred G2, G3 dan G4.
iii) Memperolehi pensijilan ISO 9001:2008 yang masih sah bagi gred G7.
iv) Bebas dari sabitan tindakan tatatertib atau mahkamah semasa mengemukakan permohonan.

Tempoh kelulusan Daftar CIDB SPKK (Sijil Perolehan Kerja Kerajaan)

Keputusan pemohonan akan diproses dalam tempoh 2 – 3 hari bekerja.

Maklumat Lanjut Daftar CIDB

Maklumat lanjut mengenai pendaftaran CIDB boleh didapati di https://www.cidb.gov.my/