PENGENALAN LESEN KEWANGAN MOF
Untuk menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia anda memerlukan lesen kewangan MOF. Lesen kewangan MOF ini penting kerana ia menunjukkan anda telah berdaftar dengan kerajaan dan boleh memasuki tender kerajaan dan agensi yang berkait dengannya
APAKAH LESEN KEWANGAN MOF
Lesen kewangan MOF adalah satu bentuk pendaftaran sekiranya anda ingin berniaga dengan kerajaan Malaysia. Anda wajib memiliki lesen ini sebelum boleh memasuki tender kerajaan. Lesen kewangan MOF tidak diperlukan sekiranya anda tidak mahu berurusan dengan kerajaan
APAKAH SYARAT LESEN KEWANGAN MOF
Bagi mendapatkan lesen kewangan MOF anda perlulah terlebih dahulu telah mendaftar sebagai salah satu entiti perniagaan di Malaysia sama ada dalam bentuk enterprise mahupun sdn bhd. Bagi proses pendaftaran enterprise dan sdn bhd anda boleh rujuk di artikel ini: Sdn Bhd / Enterprise
BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR LESEN KEWANGAN MOF
Anda boleh mendaftar sendiri di web EPEROLEHAN. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin menjimatkan masa dan mengelakkan kesilapan, anda boleh mendapatkan bantuan kami pada harga promosi RM1599
APAKAH KELEBIHAN MENDAFTAR LESEN KEWANGAN MOF
Berikut adalah beberapa kelebihan mendaftar lesen kewangan MOF
- Anda boleh berurusan dengan kerajaan Malaysia. Semestinya jumlah jualan dan kuantiti yang lebih besar untuk anda penuhi
- Anda akan mendapat lebih kredibiliti dan lebih dipercayai kerana telah berdaftar dengan kementerian kewangan Malaysia
- Anda boleh mendapatkan status bumiputera. Hal ini akan memberikan kelebihan berbanding pesaing anda.
BERAPA LAMA TEMPOH MENDAPATKAN KELULUSAN LESEN KEWANGAN MOF
Secera amnya, kelulusan memerlukan 5-7 hari bekerja
BERAPA LAMA TEMPOH SAH LESEN KEWANGAN MOF
Tempoh sah lesen kewangan MOF adalah selama 3 tahun. Anda perlu memperbaharui lesen kewangan MOF sebelum tamat tempoh. Kegagalan untuk memperbaharui lesen kewangan MOF akan menyebabkan pendaftaran anda sebelum ini terbatal.
STATUS BUMIPUTERA LESEN KEWANGAN MOF
Untuk mendapatkan status bumiputera, pegangan syarikat perlulah dipegang oleh 51% bumiputera.
MAKLUMAT LANJUT LESEN KEWANGAN MOF
Bagi maklumat lanjut mengenai lesen kewangan MOF, ada boleh lawati laman web rasmi E-PEROLEHAN atau hubungi MOF bahagian pembekal di talian 03 888 2316
