10 PANDUAN MEMILIH NAMA SYARIKAT UNIK

KEPENTINGAN NAMA SYARIKAT UNIK

Nama syarikat yang unik adalah sangat penting. Ianya memberi gambaran awal terhadap esklusiviti bisnes anda disamping impresi terhadap aktiviti dan inspirasi syarikat. Oleh itu, anda sebagai pemilik syarikat perlulah memilih nama syarikat unik secara serius dan berhati-hati. Nama syarikat perlulah cantik, menarik dan sedap untuk digunakan.

Secara amnya terdapat 2 kategori nama syarikat unik yang anda boleh gunakan iaitu nama khusus dan nama am.

Nama khusus adalah nama syarikat unik yang spesifik kepada operasi bisnes. Contohnya Premium Travel & Tours Sdn Bhd. Tanpa perlu bersusah-payah, pelanggan sudah mengetahui latar belakang syarikat. Syarikat ini menjalankan khidmat travel agency.

Nama am pula merujuk kepada kewujudan syarikat sahaja. Contohnya, Ahmad & Brothers Sdn Bhd. Kebiasannya nama umum digunakan kerana bisnes owner menjalankan pelbagai bisnes dibawah satu entiti. Penjelasan perlu diberikan kepada bakal pelanggan mengenai aktiviti syarikat

BANK IDEA NAMA SYARIKAT UNIK

Sekiranya anda memerlukan idea nama syarikat, anda boleh dapatkan dari bank idea nama syarikat dibawah. Hanya isikan kata utama di link dibawah.

Letakkan kata kunci utama bagi cadangan nama syarikat. Cth: Maju

3 SUMBER IDEA BAGI MEMILIH NAMA SYARIKAT UNIK

  1. Anda boleh menggunakan identiti atau aktiviti syarikat sebagai sumber nama syarikat unik. Ali sebagai pembekal mesin basuh boleh meletakkan Ali Pembekal Mesin Basuh Sdn bhd.
  2. Jenis perniagaan boleh digunakan bagi mendapatkan nama syarikat unik. Abu menjalankan perniagaan farmasi. Maka, nama syarikat unik seperti Farmasi Abu Sdn Bhd boleh digunakan
  3. Selain itu, kategori bisnes boleh dijadikan sumber nama syarikat unik. Contohnya Ahmad adalah seorang kontraktor. Ahmad memilik menggunakan kategori sebagai sumber nama syarikat unik. Jadi nama syarikat yang Ahmad boleh gunakan ialah Kontraktor Ahmad Sdn Bhd

10 PANDUAN MEMILIH NAMA SYARIKAT UNIK

Berikut adalah 10 panduan bagi anda memilih nama syarikat unik anda:

1 .Pilih nama syarikat yang mengambarkan bisnes anda. Hal ini memudahkan pelanggan mengenali anda. Sebagai contoh: Jika anda menjual baju, anda boleh memilih EMPIRE CLOTHING Sdn Bhd.

2. Pilih nama syarikat yang ekslusif. Jangan gunakan perkataan harian seperti maju, jaya, untung dan lain-lain Ianya tidak memberi sebarang “impression” terhadap bisnes anda. Sebagai contoh: FACEBOOK. Ia adalah perkataan baru hasil gabungan face dan book. Pada ketika penubuhannya, ia adalah satu-satunya syarikat yang menggunakan nama tersebut.Ini menjadikan orang ingat terhadap

3. Pilih nama syarikat berdasarkan inspirasi bisnes. Sekali lagi anda boleh melihat kepada FACEBOOK. Inspirasi FACEBOOK adalah menghubungkan manusia ianya diterjemahkan melalui perkataan FACE mewakili manusia manakala BOOK sebagai penghubung.

4. Jangan gunakan nama yang terlalu panjang. Maksima adalah 3 patah perkataan dan seeloknya 2 patah perkataan. Nama syarikat yang terlalu panjang akan menyebabkan operasi harian menjadi susah seperti tidak cukup ruang ketika mengisi borang atau susah diingati

5. Jangan gunakan nama yang tiada maksud. SSM amat menitik beratkan nama yang maksud perkataan. Oleh itu, pastikan nama syarikat anda mempunyai maksud dan ianya positif.

6. Jangan campurkan perkataan berlainan bahasa. Pencampuran bahasa boleh menyebabkan kekeliruan. Sebagai contoh BAHAN RESOURCES MARKETING. Gunakan bahasa secara berdisiplin dan teratur.

7. Anda tidak dibenarkan menggunakan nama yang mengelirukan pelanggan seperti PNB, BSN ataupun TEKUN kerana nama-nama ini telah dikaitkan dengan institusi lain.

8. Anda boleh menggunakan bahasa lain dalam memilih nama syarikat anda. Sebagai contoh HELIO Sdn Bhd. HELIO membawa maksud cantik dalam bahasa Itali. Adalah tidak digalakkan menggunakan perkataan yang tidak mempunyai maksud atau bermaksud negatif.

9. Anda tidak boleh menggunakan perkataan yang dilarang oleh undang-undang seperti “diraja malaysia”, “persekutuan” atau “sultan”

10. Anda tidak boleh menggunakan nama yang berkaitan dengan undang-undang lain seperti “bank”, “pasaran saham” atau “ejen hartanah”

SEMAK NAMA SYARIKAT UNIK ANDA

Sekiranya anda telah memilih nama syarikat anda, anda boleh melakukan semakan awal di MY DATA SSM. Anda hanya perlu masukkan nama syarikat idaman anda. Sekira masih belum ada, anda berpeluang menggunakan nama tersebut

TEMPOH MASA SEMAKAN NAMA SYARIKAT

Tempoh diantara 1 ke 2 hari bekerja diperlukan untuk setiausaha menyiapkan mendapatkan kelulusan nama syarikat di SSM. Dengan menggunakan panduan memilih nama syarikat seperti di atas, kebarangkalian untuk anda memilih nama syarikat yang tidak dibenarkan ataupun salah akan berkurang dan seterusnya mempercepatkan proses semakan nama.

Panduan Memilih Nama Syarikat Unik