5 LANGKAH MUDAH DAFTAR ENTERPRISE SSM ONLINE

Enterprise atau milikan tunggal merupakan salah satu entiti perniagaan yang popular di malaysia. Setakat ini hampir 7 juta perniagaan telah didaftarkan dengan enterprise. Walaubagaimanapun, masih ada yang tidak tahu cara daftar enterprise ssm online ataupun offline. Entri ini akan menerangkan secara jeles mengenai cara daftar enterprise ssm online manakala untuk cara daftar enterprise ssm offline di pejabat SSM anda boleh ke post cara daftar enterprise ssm offline di pejabat SSM.

KEPENTINGAN MENDAFTAR ENTERPRISE SSM

Secara amnya, ianya adalah satu kewajipan untuk anda mendaftar enterprise SSM sekiranya anda ingin berniaga di Malaysia. Berniaga ini termasuklah secara sampingan atau serius, online atau offline, berniaga produk atau servis dan segala jenis aktiviti yang mendatangkan keuntungan kepada anda.

Pendaftaran perlu dilakukan dalam masa 30 hari dari permulaan perniagaan. Kegagalan berbuat demikian, anda boleh dikenakan hukuman penalti tidak lebih dari RM50,000 atau penjara tidak lebih dari 2 tahun atau kedua-duanya. (SSM)

LANGKAH-LANGKAH DAFTAR ENTERPRISE SSM ONLINE

  • Penggunan baru dikehendaki membuat pendaftaran sebagai pengguna di Portal ezbiz online. Sila lawati SSM EZBIZ untuk mendaftar.
  • Gunakan e-mel yang aktif dan sah untuk mendaftar.
  • Selepas mendaftar, sila pergi ke mana-mana kaunter SSM yang terdekat dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima daripada e-mel pengguna
  • Sila lakukan pengaktifan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat. Ianya bagi mengesahkan pemilik sebenar dalam mengelakkan sebarang penipuan dalam daftar pemilik perniagaan. Pengaktifan hanya perlu dibuat sekali seumur hidup
  • Setelah selesai segala urusan, anda boleh menggunakan ezbiz online untuk pendaftaran dan pembaharuan perniagaan secara online.

KOS PENDAFTARAN ENTERPRISE SSM ONLINE

Berikut adalah kos pendaftaran perniagaan enterprise ssm atau milikan tunggal selama setahun

A .Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
B .perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
C. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
D. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.60 (Termasuk GST).

PEMBAHARUAN LESEN ENTERPRISE SSM ONLINE

Pembaharuan enterprise SSM hendaklah dilakukan sebelum dari tarikh enterprise SSM tamat atau 12 bulan dari tarikh lesen enterprise SSM tamat. Contohnya Abu menubuhkan Abu Enterprise pada 31/12/2019. Abu perlu memperbaharui enterprise itu pada tahun berikutnya selewat-lewatnya pada 31/12/2020.

Pembaharuan lesen enterprise SSM boleh dilakukan secara online di SSM EZBIZ atau di pejabat SSM

Pembaharuan lesen SSM boleh dilakukan dalam tempoh 1 tahun dari tarikh akhir enterpise SSM. Sekiranya ia tidak diperbaharui ianya akan ditamatkan secara automatik oleh SSM. Sambungan contoh Abu diatas, Abu tidak membayar yuran pembaharuan SSM pada 31/12/2020. Secara automatik pendaftaran SSM Abu enterprise dibatalkan pada 1/1/2021. (SSM)

KELEBIHAN DAFTAR ENTERPISE SSM

Sekiranya anda mendaftar entiti enterprise, anda akan mendapat kelebihan berikut:

  1. Mudah, murah dan cepat untuk ditubuhkan
  2. Diyakini dan ada kredibilit
  3. Boleh buka akaun bank semasa
  4. Patuh kepada keperluan undang-undang

Maklumat lanjut kelebihan daftar enterprise SSM boleh didapati pada artikel ini: Kelebihan Enterprise

KEKURANGAN DAFTAR ENTERPRISE SSM

Sekiranya anda mendaftar entiti enterprise, berikut adalah beberapa kekurangan entiti perniagaan enterprise SSM

  1. Liabiliti tidak terhad
  2. Tidak boleh diwarisi
  3. Kurang kredibiliti berbanding Sdn Bhd
  4. Kadar cukai yang tinggi.

Maklumat lanjut kelebihan daftar enterprise SSM boleh didapati pada artikel ini: Kekurangan Enterprise

Daftar Enterprise SSM