SIJIL DIGITAL MOF EPEROLEHAN

PENGENALAN SIJIL DIGITAL MOF EPEROLEHAN

Sijil digital MOF ePerolehan adalah antara elemen utama di di dalam permohonan transaksi perniagaan dengan kerajaan Malaysia. Apabila anda ingin menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia anda perlu daftar dengan kementerian kewangan (MOF). Status pengesahan pendaftaran akan diberikan melalui Sijil digital MOF ePerolehan. Tanpa Sijil digital MOF ePerolehan anda tidak boleh memasuki tender kerajaan.

APA ITU SIJIL DIGITAL MOF EPEROLEHAN

Sijil digital MOF ePerolehan adalah salah satu bentuk pengenalan identiti pembekal. Bagi setiap rakyat Malaysia, mereka dikenal pasti melalui kad pengenalan. Kerajaan Malaysia melalui sistem pengurusan pembekal ePerolehan mengenal pasti pembekal melalui Sijil digital MOF ePerolehan.

Setiap Sijil digital MOF ePerolehan akan mempunyai identifikasi unik bagi memudahkan Kerajaan Malaysia mengenal pasti setiap pembekal. Ianya ibarat nama tetapi menggunakan identifakasi unik nombor

KEGUNAAN SIJIL DIGITAL MOF EPEROLEHAN

  • Sijil digital MOF ePerolehan digunakan untuk mengalses masuk ke laman web pengurusan pembekal iaitu ePerolehan. Tanpa Sijil digital MOF ePerolehan anda tidak boleh meneruskan urusan anda didalam web ePerolehan
  • Sijil digital MOF ePerolehan merupakan satu bentuk identifikasi pembekal. Kerajaan Malaysia mengenal pasti setiap pembekal melalui nombor unik Sijil digital MOF ePerolehan.

PERMOHONAN SIJIL DIGITAL MOF EPEROLEHAN

  1. Semua permohonan sijil digital melalui atas talian di laman portal >>> www.eperolehan.gov.my.
  2. Pembekal perlu mendaftar sama ada Pendaftaran Akaun Asas ATAU Pendaftaran Kementerian Kewangan.
  3. Sekurang-kurangnya satu Sijil Digital perlu dimiliki oleh setiap syarikat untuk berurus niaga secara kontrak kementerian, kontrak pusat, pembelian terus, sebutharga ataupun tender.
  4. Pengguna Sijil Digital mestilah terdiri daripada pengguna yang dikunci masuk di dalam Sistem ePerolehan semasa Pendaftaran Akaun Asas ATAU Pendaftaran Kementerian Kewangan.
  5. Pentadbir Pembekal bertanggungjawab untuk memohon bagi pengguna baharu dalam syarikat.
  6. Pemohon perlu mempunyai satu (1) akaun emel yang sah dan masih aktif bagi tujuan pengesahan permohonan dan pengaktifan Sijil Digital.
  7. Dokumen sokongan perlu dihantar bagi tujuan pengesahan permohonan, ia boleh diimbas (scan) dan dimuat naik semasa melakukan proses permohonan ATAU boleh menghantar dokumen sokongan ke ePerolehan Centre yang berhampiran.
  8. Pemprosesan permohonan hanya berlaku selepas penerimaan dokumen sokongan yang lengkap.

HARGA SIJIL DIGITAL MOF EPEROLEHAN

-Bagi pendaftaran kali pertama, Sijil digital MOF ePerolehan adalah percuma dalam tempoh 3 tahun pertama.

-Bagi pembaharuan Sijil digital MOF ePerolehan berikutnya, fi yang dikenakan adalah RM 120.

TEMPOH SAH LAKU SIJIL DIGITAL MOF EPEROLEHAN

Tempoh sah Sijil digital MOF ePerolehan MOF adalah selama 3 tahun. Anda perlu memperbaharui Sijil digital MOF ePerolehan sebelum tamat tempoh. Kegagalan untuk memperbaharui Sijil digital MOF ePerolehan akan menyebabkan pendaftaran anda sebelum ini terbatal

KELEBIHAN MENDAFTAR LESEN KEWANGAN MOF

Berikut adalah beberapa kelebihan mendaftar lesen kewangan MOF

  1. Anda boleh berurusan dengan kerajaan Malaysia. Semestinya jumlah jualan dan kuantiti yang lebih besar untuk anda penuhi
  2. Anda akan mendapat lebih kredibiliti dan lebih dipercayai kerana telah berdaftar dengan kementerian kewangan Malaysia
  3. Anda boleh mendapatkan status bumiputera. Hal ini akan memberikan kelebihan berbanding pesaing anda.

TEMPOH MENDAPATKAN KELULUSAN LESEN KEWANGAN MOF

Secera amnya, kelulusan memerlukan 5-7 hari bekerja

TEMPOH SAH DAFTAR MOF

Tempoh sah lesen kewangan MOF adalah selama 3 tahun. Anda perlu memperbaharui lesen kewangan MOF sebelum tamat tempoh. Kegagalan untuk memperbaharui lesen kewangan MOF akan menyebabkan pendaftaran anda sebelum ini terbatal.

STATUS BUMIPUTERA LESEN MOF

Untuk mendapatkan status bumiputera, pegangan syarikat perlulah dipegang oleh 51% bumiputera.

MAKLUMAT LANJUT SIJIL DIGITAL MOF EPEROLEHAN & LESEN KEWANGAN MOF

Bagi maklumat lanjut bagi berkaitan lesen kewangan MOF, ada boleh lawati laman web rasmi E-PEROLEHAN atau hubungi MOF bahagian pembekal di talian 03 888 2316

SIJIL DIGITAL MOF EPEROLEHAN