PANDUAN DAFTAR MOF (UPDATE 2020)

Untuk menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia anda daftar dengan MOF. Apabila anda daftar MOF anda akan mendapat lesen kewangan MOF. Lesen kewangan MOF ini penting kerana ia menunjukkan anda telah berdaftar dengan kerajaan dan boleh memasuki tender kerajaan dan agensi yang berkait dengannya.

LAMAN WEB DAFTAR MOF: ePEROLEHAN

Untuk daftar MOF anda perlu ke laman web >>> https://www.eperolehan.gov.my/. Ini adalah Sebuah portal milik Kementerian Kewangan Malaysia. Hanya laman web ini sahaja yang boleh digunakan untuk daftar MOF. Sekiranya ada menggunakan web lain, kemungkinan besar web tersebut adalah penipu dan daftar MOF anda adalah tidak sah. Anda boleh mendapat kerugian dari masa dan tenaga disamping maklumat anda mungkin boleh dicuri.

Pihak kami juga menyediakan promosi daftar MOF bagi membantu anda mendapatkan lesen MOF. Anda tidak perlu lagi pening kepala. Hanya perlu serahkan dokumen anda dan pendaftaran siap dalam masa 5-7 hari bekerja. Mudah dan cepat. Fast action Fast Result! Klink link dibawah segera.

MODUL UTAMA ePEROLEHAN

Terdapat lima modul utama didalam ePEROLEHAN bagi membantu anda untuk daftar MOF.

  1. Pemilihan Pembekal
  2. Pengurusan Pembekal
  3. Pengurusan Kontrak
  4. Pelan Perolehan
  5. Pemenuhan

Bagi proses daftar MOF anda hanya perlu fokus pada modul 2 iaitu Pengurusan Pembekal. Kebanyakan urusan daftar MOF akan melibatkan hanya modul 2.

JENIS-JENIS AKAUN DAFTAR MOF ePEROLEHAN

syarat daftar eperolehan mof

Terdapat 3 jenis pendaftaran daftar MOF ePEROLEHAN

1. DAFTAR MOF: AKAUN ASAS

Pendaftaran Akaun Asas adalah perolehan yang dibuat oleh Pembekal yang ingin bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan sehingga had nilai RM20,000. Akaun ini terbuka kepada individu, entiti perniagaan(Persendirian atau Perkongsian), syarikat atau lain-lain (ROS, Koperasi, Persatuan). Pendaftaran akaun ini hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.

2. DAFTAR MOF: AKAUN MOF (KONTRAKTROR

Akaun MOF (Kontraktor) ini adalah naik taraf dari akaun asas. Nilai tender adalah melebihi RM20,000 dan tiada had. Akaun ini terbuka kepada individu, entiti perniagaan(Persendirian atau Perkongsian), syarikat atau lain-lain (badan profesional).

3. DAFTAR MOF:AKAUN G2G

Pendaftaran akaun G2G hanya terbuka kepada kerajaan negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan.

CARA DAFTAR AKAUN MOF

Berikut diterangkan cara-cara untuk mendaftar akaun MOF melalui eperolehan. Hanya dua jenis daftar MOF yang boleh terbuka untuk orang awam iaitu akaun asas (had tender RM20,000 kebawah) atau akaun MOF kontraktor (had tender RM20,000 keatas).

1. CARA DAFTAR MOF: AKAUN ASAS

syarat daftar eperolehan mof

Langkah daftar MOF akaun asas 1: Akses ke web ePEROLEHAN unuk daftar MOF
Langkah daftar MOF akaun asas 2: Pilih ikon daftar pembekal baru
Langkah daftar MOF akaun asas 3: Masukkan maklumat perniagaan dan pentabdir
Langkah daftar MOF akaun asas 4: Terima emel pengkatifan
Langkah daftar MOF akaun asas 5: Muat naik katalog
Langkah daftar MOF akaun asas 6: Mohon sijil digital
Langkah daftar MOF akaun asas 7: Selesai

2. CARA DAFTAR MOF: AKAUN MOF

syarat daftar eperolehan mof

Langkah daftar MOF akaun asas 1: Akses ke web ePEROLEHAN unuk daftar MOF
Langkah daftar MOF akaun asas 2: Pilih ikon daftar pembekal baru
Langkah daftar MOF akaun asas 3: Masukkan maklumat perniagaan dan pentabdir
Langkah daftar MOF akaun asas 4: Terima emel pengkatifan
Langkah daftar MOF akaun asas 5: Memohon daftar akaun MOF
Langkah daftar MOF akaun asas 6: Membayar fi proses (RM50)
Langkah daftar MOF akaun asas 7: MOF proses permohonan
Langkah daftar MOF akaun asas 8: Membayar fi pendaftaran (RM400)
Langkah daftar MOF akaun asas 9: Mohon sijil digital
Langkah daftar MOF akaun asas 10: Selesai

Masih berminat untuk daftar MOF? Anda tidak perlu lagi pening kepala. Hanya perlu serahkan dokumen anda dan pendaftaran siap dalam masa 5-7 hari bekerja. Mudah dan cepat. Fast action Fast Result! Klink link dibawah segera.

KELEBIHAN MENDAFTAR LESEN KEWANGAN MOF

Berikut adalah beberapa kelebihan mendaftar lesen kewangan MOF

  1. Anda boleh berurusan dengan kerajaan Malaysia. Semestinya jumlah jualan dan kuantiti yang lebih besar untuk anda penuhi
  2. Anda akan mendapat lebih kredibiliti dan lebih dipercayai kerana telah berdaftar dengan kementerian kewangan Malaysia
  3. Anda boleh mendapatkan status bumiputera. Hal ini akan memberikan kelebihan berbanding pesaing anda.

TEMPOH MENDAPATKAN KELULUSAN LESEN KEWANGAN MOF

Secera amnya, kelulusan memerlukan 5-7 hari bekerja

TEMPOH SAH DAFTAR MOF

Tempoh sah lesen kewangan MOF adalah selama 3 tahun. Anda perlu memperbaharui lesen kewangan MOF sebelum tamat tempoh. Kegagalan untuk memperbaharui lesen kewangan MOF akan menyebabkan pendaftaran anda sebelum ini terbatal.

STATUS BUMIPUTERA LESEN MOF

Untuk mendapatkan status bumiputera, pegangan syarikat perlulah dipegang oleh 51% bumiputera.

SIJIL DIGITAL MOF EPEROLEHAN

Sijil digital MOF ePerolehan adalah salah satu bentuk pengenalan identiti pembekal. Bagi setiap rakyat Malaysia, mereka dikenal pasti melalui kad pengenalan. Kerajaan Malaysia melalui sistem pengurusan pembekal ePerolehan mengenal pasti pembekal melalui Sijil digital MOF ePerolehan.

Bagi pendaftaran kali pertama, Sijil digital MOF ePerolehan adalah percuma dalam tempoh 3 tahun pertama.Bagi pembaharuan Sijil digital MOF ePerolehan berikutnya, fi yang dikenakan adalah RM 120.

Daftar MOF