HARGA BUKA SYARIKAT SDN BHD SSM

Anda nak upgrade enterprise ke sdn bhd. Apakah perbezaan enterprise dan syarikat sdn bhd? Bagaimana cara mendaftar syarikat sdn bhd? Berapa harga buka syarikat sdn bhd SSM online? Apakah syarat-syarat yang dikenakan? Dan berapa lamakah masa yang akan diambil untuk mendaftar?

Jika anda merancang untuk daftarkan perniagaan, memang penting untuk anda pilih entiti yang bersesuaian. Jika tersalah daftar, pelbagai masalah akan timbul nanti dan anda akan perlu habiskan lebih banyak masa dan wang untuk memperbetulkan keadaan tersebut.

PROSES BUKA SYARIKAT SDN BHD SSM

Pertama sekali anda perlu memberikan cadangan nama syarikat. Seeloknya berikan tiga cadangan nama syarikat untuk proses carian nama. Pihak setiausaha syarikat akan menyemak nama berkenaan sama ada boleh digunakan atau tidak. Proses menamakan syarikat boleh jadi mudah, boleh jadi susah. Kerana apa? Kadangkala nama yang di gunakan sudah berada dalam system SSM dan hamper sama. Pihak SSM tidak akan menerima permohonan yang mana namanya hampir sama dengan yang ada dalam system SSM.

Bacaan lanjut: Tips memilih nama syarikat

SILA pastikan pemohon tidak muflis, tiada senarai hitam SSM dan tiada senarai hitam Bank. 3 syarat ini sekiranya tiada halangan akan memudahkan proses pendaftaran. Contoh senarai hitam SSM adalah sekiranya anda anda penalty yang berpunca dari syarikat sdn bhd yang anda miliki sebelum ini. Makanya anda harus selesaikan terlebih dahulu sebelum mendaftarkan syarikat sdn bhd baru ini. Manakala bagi senarai hitam Bank contohnya anda mempunyai rekod cek tendang sebanyak 3 kali dalam tempoh had tertentu oleh bank. Proses mendaftarkan Sdn Bhd boleh di lakukan tetapi anda tidak boleh buka akaun bank semasa. Kebanyakkan yang mendaftarkan sdn bhd, mereka ini kebiasaanya memiliki akaun semasa untuk memudahkan urusan perniagaan.

HARGA BUKA SYARIKAT SDN BHD SSM

Cukup syarat dan cukup butiran pemohon, permohonan daftar syarikat sdn bhd boleh di lakukan oleh setiausaha syarikat setelah pembayaran di buat. Kos yang terlibat masa ini adalah Kos Daftar Sdn Bhd SSM Online. Kos ini bergantung kepada setiausaha syarikat yang anda pilih. Kebiasaanya anggaran Harga Buka Sdn Bhd SSM adalah diantara RM2000 hingga RM 2500.

Walaubagaimanapun, terdapat promosi Harga Buka Sdn Bhd SSM. Sila klik link untuk tawaran hebat

TEMPOH MASA BUKA SYARIKAT SDN BHD SSM

Kebiasaany tempoh masa yang diperlukan untuk syarikat sdn bhd ssm adalah 3-5 hari bekerja selepas penyerah dokumen yang lengkap

KESIMPULAN: 4 LANGKAH MUDAH BUKA SYARIKAT SDN BHD

Berikut disertakan 4 langkah mudah bagi buka syarikat sdn bhd:

Harga buka syarikat sdn bhd ssm