KOS DAFTAR SDN BHD SSM ONLINE

Bagi menubuhkan syarikat sdn bhd ianya perlu melalui proses Daftar Syarikat Sdn Bhd SSM. Proses ini dijalankan dan disempurnakan oleh setiausaha syarikat. Kebiasaannya anggaran Kos Daftar Sdn Bhd SSM Online diantara RM 2,000 sehingga RM 3,000. Jika anda ingin mendapatkan harga promosi Kos Daftar Sdn Bhd SSM Online, sila klik link dibawah

TUJUAN DAFTAR SDN BHD SSM ONLINE

Sebelum anda buat keputusan untuk mendaftar syarikat sdn bhd, anda harus ketahui apakah perancangannya. Kebiasaanya pihak kami akan tanya kenapa nak daftar sdn bhd? Dan pelbagai jawapan yang kami terima.

Anda boleh juga baca mengenai kelebihan sdn bhd sebelum buat keputusan untuk daftar sdn bhd.

Bagi mereka yang menaik taraf perniagaan dari Entiti perniagaan Enteprise secara teknikalnya tiada proses untuk memindahkan maklumat Enterprise berkenaan kepada Syarikat Sdn Bhd yang hendak didaftarkan. Yang ada adalah proses penubuhan baru. Cumanya sekiranya tiada nama yang sama dalam system SSM, anda boleh gunakan nama yang sama semasa membuat permohonan untuk mendaftarkan Sdn Bhd. Akaun semasa bank pun perlu buka baru bagi syarikat sdn bhd yang didaftarkan.

Sedikit tips bagi anda yang ingin mulakan perniagaan, bagi mereka yang mempunyai modal, dan sasaran jualan yang lebih besar, dinasihatkan untuk gunakan syarikat Sdn Bhd sebagai entiti pilihan. Contohnya sekiranya anda mempunyai modal untuk buka perniagaan restoran ataupon syarikat kosmetik yang menjual produk kecantikan. Jenis perniagaan kategori ini sangat sesuai untuk gunakan entity perniagaan Syarikat Sdn Bhd.

Setelah proses pertanyaan barulah kami akan terima permohonan untuk datar sdn bhd sekiranya kami rasa usahawan berkenaan sesuai untuk daftar sdn bhd. Kerana pabila anda daftar sdn bhd anda harus tahu komitmen yang bakal di tanggung dan ketahui bagaimanakan hendak gunakan secara asas syarikat sdn bhd yang di daftarkan nanti untuk kembangkan perniagaan sedia ada.

Proses pertanyaan dan cadangan ini tiada kaitan dengan proses secara teknikalnya untuk mendaftarkan sdn bhd tapi kami harus tahu adakah adakah anda kelangsungan selepas mendaftarkan sdn bhd. Walaupun perkara ini tidak dapat dijangka langkah-langkah berjaga-jaga harus di ambil kira. Kerana ianya melibatkan kos dan sekiranya usahawan berkenaan hanya ingin mendaftar suka-suka adalah lebih baik tidak membuat keputusan untuk daftar sdn bhd.  

Setelah selesai bersoal jawab, butiran pemohon akan di ambil contoh nama syarikat yang ingin di gunakan, nama dan nombor kad pengenalan, email, jenis perniagaan dan lain-lain yang berkenaan. Kebiasaanya yang mendaftar, mereka ini sudah berniaga menggunakan ENTERPRISE. Usahawan ini cenderung untuk gunakan nama perniagaan yang sama untuk didaftarkan syarikat sdn bhd.

PROSES DAFTAR SDN BHD SSM ONLINE

Pihak setiausaha syarikat akan menyemak nama berkenaan sama ada boleh digunakan atau tidak. Proses menamakan syarikat boleh jadi mudah, boleh jadi susah. Kerana apa? Kadangkala nama yang di gunakan sudah berada dalam system SSM dan hamper sama. Pihak SSM tidak akan menerima permohonan yang mana namanya hampir sama dengan yang ada dalam system SSM.

Bacaan lanjut: Tips memilih nama syarikat

SILA pastikan pemohon tidak muflis, tiada senarai hitam SSM dan tiada senarai hitam Bank. 3 syarat ini sekiranya tiada halangan akan memudahkan proses pendaftaran. Contoh senarai hitam SSM adalah sekiranya anda anda penalty yang berpunca dari syarikat sdn bhd yang anda miliki sebelum ini. Makanya anda harus selesaikan terlebih dahulu sebelum mendaftarkan syarikat sdn bhd baru ini. Manakala bagi senarai hitam Bank contohnya anda mempunyai rekod cek tendang sebanya 3 kali dalam tempoh had tertentu oleh bank. Proses mendaftarkan Sdn Bhd boleh di lakukan tetapi anda tidak boleh buka akaun bank semasa. Kebanyakkan yang mendaftarkan sdn bhd, mereka ini kebiasaanya memiliki akaun semasa untuk memudahkan urusan perniagaan.

KOS DAFTAR SDN BHD SSM ONLINE

Cukup syarat dan cukup butiran pemohon, permohonan boleh di lakukan oleh setiausaha syarikat setelah pembayaran di buat. Kos yang terlibat masa ini adalah Kos Daftar Sdn Bhd SSM Online. Kos ini bergantung kepada setiausaha syarikat yang anda pilih. Kebiasaanya anggaran kos daftar sdn bhd ssm adalah diantara RM2000 hingga RM 2500.

Walaubagaimanapun, terdapat promosi Kos Daftar Sdn Bhd SSM Online. Sila klik link untuk tawaran hebat ini: DAFTAR SDN BHD RM 1498

Kos daftar sdn bhd ssm online