10 INFO DAFTAR SYARIKAT

DAFTAR SYARIKAT UNTUK KEMBANGKAN BISNES ANDA

Syarikat adalah merupakan salah satu entiti perniagaan di Malaysia. Terdapat banyak kelebihan apabila sesebuah perniagaan itu daftar syarikat berbanding menggunakan milikan tunggal (enterprise) atau perkongsian untuk berbisnes. Anda tidak perlu risau dengan kos kerana dengan promosi “daftar syarikat” dari MalaysiaBiz.Net, anda akan mendapat kos yang murah dan perkhidmatan yang lengkap.

daftar syarikat

Promosi “Daftar Syarikat”
10 Sebab Anda Perlu Daftar
Syarikat Pertama Anda

  1. Tanggungan atau liabiliti terhad. Pemilik syarikat hanya akan rugi setakat modal yang dilaburkan ke atas syarikat. Aset lain yang tidak didaftarkan di atas nama syarikat tidak akan terjejas sekiranya syarikat diisyhtihar muflis. Aset syarikat adalah aset syarikat dan aset pemilik syarikat adalah aset pemilik syarikat. Ianya berasingan berdasarkan konsep entiti perniagaan berbeza. Aset lain yang tidak didaftarkan di atas nama syarikat tidak akan terjejas sekiranya syarikat diisyhtihar muflis.
  2. Ada kesinambungan. Syarikat dimiliki melalui pemegang saham. Sekiranya sesuatu terjadi kepada pemegang saham, saham itu boleh dijual kepada pemegang saham yang baru. Hal ini menjadikan operasi syarikat sentiasa boleh dikawal selia dan berterusan.Sekiranya terjadi sesuatu ke atas pemilik syarikat, pegangan saham boleh dijual kepada pemilik baru dan ini memastikan operasi syarikat berterusan. Syarikat tidak perlu dibubar seperti entiti milikan tunggal
  3. Kredibiliti yang tinggi. Pihak bank, kerajaan dan perniagaan lain lebih memandang tinggi terhadap syarikat sdn bhd berbanding entiti lain seperti milikan tunggal atau perkongsian. Dengan ini, bisnes lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman, memasuki tender kerajaan atau mendapatkan supplier yang berkualiti.
  4. Kadar cukai yang rendah. Kadar cukai syarikat adalah lebih rendah berbanding dengan cukai individu. Bagi tahun taksiran 2020, kadar cukai syarikat maksimum adalah 24% manakala kadar cukai individu boleh mencapai 28% maksimum. Malah, perancangan cukai boleh dilakukan secara sah bagi mengurangkan cukai yang dibayar.
  5. Dividen syarikat tidak dikenakan cukai. Pemilik syarikat boleh mengambil untung dengan cara mengambil dividen. Baiknya kaedah ini adalah dividen kepada pemilik syarikat tidak dikenakan cukai. Hal ini dapat menjimatkan kos pemilik syarikat.
  6. Boleh bertukar milik. Pemilikan syarikat bergantung kepada pemilikan saham. Apabila seseorang itu bertindak menjual saham, dia juga melepaskan hak memiliki syarikat tersebut. Pembeli baru saham tersebut dikira sebagai pemilik baru syarikat.
  7. Boleh melantik pengurusan yang profesional. Pemilik syarikat tidak semestinya menjalankan operasi syarikat secara sendirian. Mereka boleh memilih untuk suatu pihak lain bagi mentadbir syarikat bagi pihak mereka. Pihak ini dikenali sebagai ahli lembaga. Ahli lembaga pengarah terdiri dari mereka yang yang berpengetahuan dan pakar didalam bidang mereka. Dengan ini mereka boleh mengurus syarikat dengan lebih efisien seterusnya menjana lebih keuntungan.
  8. Mudah mendapat suntikan modal. Modal perniagaan boleh didapati dalam bentuk pinjaman mahupun ekuiti. Syarikat lebih mudah mendapat pinjaman dari pihak bank seperti yang dinyatakan sebelum ini. Bagi suntikan modal ekuiti, ianya boleh dilakukan dengan menambah modal berbayar.
  9. Penyata kewangan yang disahkan. Adalah menjadi kewajipan untuk syarikat sdn bhd menyediakan penyata kewangan yand disahkan oleh auditor. Hal ini menambah kredibiliti syarikat disamping memastikan keadaan kewangan syarikat sentiasa dalam keadaan terurus. Syarikat juga mudah untuk meyakinkan pelabur luar berkenaan kewangan syarikat dengan memberi penyata kewangan yang diaudit.
  10. Potensi yang besar. Disebabkan pengurusan syarikat yang teratur melalui ahli lembaga pengarah yang profesional dan perlunya laporan audit tahunan, syarikat berpotensi maju ke hadapan dan lebih berdaya saing.

Promosi “Daftar Syarikat”
5 Manfaat daftar syarikat Dengan MalaysiaBiz.Net

  1. Urusan daftar syarikat diuruskan oleh setiausaha syarikat berlesen, FRAZ Corporate Services.
  2. FRAZ Corporate Services terdiri dari rangkaian profesional seperti akauntan bertauliah, peguam dan agen cukai yang akan membantu anda mencapai kelebihan maksimum syarikat sdn bhd.
  3. Gabungan pengalaman lebih dari 10 tahun didalam pelbagai industri.
  4. Anda akan mendapat satu sesi konsultasi PERCUMA untuk mendapat kefahaman mendalam mengenai syarikat sdn bhd.
  5. FRAZ Corporate Services menyediakan one stop solution bagi semua keperluan dan pematuhan (compliance) pensyarikatan seperti akaun, audit, dan cukai. Jadi anda tidak perlu lagi risau untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan ini.
10 kelebihan daftar syarikat

Berikut adalah 10 mengapa anda perlu mendaftar syarikat sdn bhd dengan promosi “daftar syarikat” dari MalaysiaBiz.net:

Promosi “Daftar Syarikat”
3 Langkah Mudah Daftar Syarikat

Proses daftar syarikat
  1. Sediakan 3 pilihan nama bagi proses daftar syarikat melalui borang pendaftaran dibawah. Dapatkan panduan pemilihan nama syarikat di pautan berikut: PANDUAN PEMILIHAN NAMA SYARIKAT. Kami akan menghubungi anda segera untuk memberikan pengesahan.
  2. Kemudian, kami akan memberikan anda borang daftaran syarikat atau ‘superform’ untuk anda isi. Selepas semakan dari pihak kami, anda perlu selesaikan yuran promosi “pendaftaran syarikat murah” berserta yuran pendaftaran SSM untuk pihak kami teruskan proses pendaftaran syarikat sdn bhd
  3. Sekiranya tiada masalah, proses daftaran syarikat anda akan siap dalam masa 3-5 hari bekerja selepas.

Promosi RM999 “Daftar Syarikat “
Struktur Promosi RM999

Ya betul. Kami tidak akan mengenakan cas tersembunyi. Struktur jelas yuran promosi “daftar syarikat ” adalah seperti berikut:

Yuran daftar syarikat kepada SSM: RM 999

Yuran daftar syarikat kepada MalaysiaBiz.Net bagi urusan penubuhan syarikat sdn bhd buat kali pertama: RM 999 1500 sekali sahaja

Jumlah keseluruhan bagi Daftar Syarikat Sdn Bhd: RM 1998

Promosi RM999 “Daftar Syarikat”
5 Tawaran Promosi RM999

Kami inginkan anda jelas dengan tawaran pakej kami kerana kami benar-benar ingin bantu anda. Ramai yang kecewa kerana tidak diberikan penjelasan yang lengkap mengenai pakej yang disediakan. Dengan pakej promosi RM999 “daftar syarikat sdn bhd murah”, anda akan mendapat:

  1. Bantuan carian nama tanpa had. Kami akan bantu anda untuk cari nama syarikat sdn bhd yang anda inginkan sehingga lulus.
  2. Borang seksyen 14: Maklumat syarikat
  3. Borang seksyen 17: Sijil pendaftaran syarikat
  4. 1 salinan company profile dari SSM
  5. Satu sesi konsultasi PERCUMA setiap tahun di pejabat kami. Tiada had limit masa. Ya, anda boleh bertanya apa sahaja berkenaan pensyarikatan, audit dan cukai kepada kami.
Ramai yang telah mendapat manfaat dari pakej
promosi RM999 “Daftar Syarikat”
Isi borang dibawah sebelum tawaran tamat!

DAFTAR SYARIKAT
dengan borang pendaftaran dibawah

*Promosi daftar RM999 tidak termasuk pembayaran kepada SSM. Keseluruhan kos pendaftaran adalah RM 1998 termasuk pembayaran kepada SSM. Rujuk Struktur Promosi Daftar RM999 untuk maklumat lanjut.












Bagi mendapatkan maklumat lanjut bagi proses pendaftaran syarikat sdn bhd, anda boleh layari ke laman web SSM di pautan berikut SSM-GUIDELINES