PENGENALAN DAFTAR SYARIKAT ENTERPRISE SSM
Syarikat Enterprise sebenarnya adalah entiti perniagaan enterprise atau milikan tunggal. Syarikat Sdn Bhd pula merupakan entiti perniagaan liabiliti terhad dan terpisah dari pemilik.
Syarikat enterprise merupakan salah satu entiti perniagaan yang popular di malaysia. Setakat ini hampir 7 juta perniagaan telah daftar syarikat enterprise setakat Disember 2020
KEPENTINGAN DAFTAR SYARIKAT ENTERPRISE SSM
Secara amnya, ianya adalah satu kewajipan untuk anda mendaftar enterprise SSM sekiranya anda ingin berniaga di Malaysia. Berniaga ini termasuklah secara sampingan atau serius, online atau offline, berniaga produk atau servis dan segala jenis aktiviti yang mendatangkan keuntungan kepada anda.
Pendaftaran perlu dilakukan dalam masa 30 hari dari permulaan perniagaan. Kegagalan berbuat demikian, anda boleh dikenakan hukuman penalti tidak lebih dari RM50,000 atau penjara tidak lebih dari 2 tahun atau kedua-duanya. (SSM)
DUA LANGKAH MENDAFTAR SYARIKAT ENTERPRISE SSM EZBIZ
LANGKAH SATU: PENDAFTARAN PENGGUNA SYARIKAT ENTERPRISE SSM MELALUI SSM EZBIZ – UPDATE PKP
- Pengguna baru dikehendaki membuat pendaftaran sebagai pengguna di Portal ezbiz online. Sila lawati SSM EZBIZ untuk mendaftar. Gunakan e-mel yang aktif dan sah untuk mendaftar ssm enterprise.
- Selepas mendaftar, sila pergi ke mana-mana kaunter SSM yang terdekat dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima daripada e-mel penggunaSila lakukan pengaktifan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat. Ianya bagi mengesahkan pemilik sebenar dalam mengelakkan sebarang penipuan dalam daftar pemilik perniagaan. Pengaktifan hanya perlu dibuat sekali seumur hidupSetelah selesai segala urusan, anda boleh menggunakan ezbiz online untuk pendaftaran dan pembaharuan perniagaan secara online.
- UPDATE PKP – Pengguna baru tidak lagi perlu ke kaunter secara fizikal bagi pengaktifan akaun. Pengguna boleh mengaktifkan secara online melalui portal SSM EZBIZ.
1) Pilih User Profile dan User Verification Request
2) Upload salinan kad pengenalan depan dan belakang
3) Upload gambar yang jelas dengan pemohon memegang kad pengenalan di paras leher
4) Kemukakan salah satu dokumen rasmi seperti lesen memandu / Passport / Sijil lahir / bil. utiliti atau dokumen rasmi atas nama sendiri

LANGKAH DUA: PENDAFTARAN SYARIKAT SSM MELALUI SSM EZBIZ
- Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION.
- Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
a) Nama perniagaan
b) Tarikh permulaan perniagaan
c) Alamat utama perniagaan
d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada) - Buat pembayaran bagi pendaftaran enterprise SSM.
- Anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM sekiranya berjaya. Sekiranya pembetulan atau penambahan maklumat diperlukan, anda boleh ‘update’ di langkah 2
- Sijil Pendaftaran Perniagaan akan diperolehi dalam masa satu jam selepas selesai pembayaran.

TUTORIAL YOUTUBE PENDAFTARAN SYARIKAT ENTERPRISE MELALUI SSM EZBIZ
KOS PENDAFTARAN SYARIKAT ENTERPRISE SSM
Berikut adalah kos pendaftaran perniagaan enterprise ssm atau milikan tunggal selama setahun
A .Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
B .perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
C. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.

PEMBAHARUAN LESEN DAFTAR SYARIKAT ENTERPRISE SSM
Pembaharuan daftar enterprise SSM hendaklah dilakukan sebelum dari tarikh enterprise SSM tamat atau 12 bulan dari tarikh lesen enterprise SSM tamat. Contohnya Abu menubuhkan Abu Enterprise pada 31/12/2019. Abu perlu memperbaharui enterprise itu pada tahun berikutnya selewat-lewatnya pada 31/12/2020.
Pembaharuan lesen enterprise SSM boleh dilakukan secara online di SSM EZBIZ atau di pejabat SSM
Pembaharuan lesen SSM boleh dilakukan dalam tempoh 1 tahun dari tarikh akhir enterpise SSM. Sekiranya ia tidak diperbaharui ianya akan ditamatkan secara automatik oleh SSM. Sambungan contoh Abu diatas, Abu tidak membayar yuran pembaharuan SSM pada 31/12/2020. Secara automatik pendaftaran SSM Abu enterprise dibatalkan pada 1/1/2021. (SSM)
KELEBIHAN DAFTAR SYARIKAT ENTERPISE SSM
Sekiranya anda mendaftar entiti enterprise, anda akan mendapat kelebihan berikut:
- Mudah, murah dan cepat untuk ditubuhkan
Ianya siap dalam masa 1 jam. Berbanding dengan syarikat, 5-7 hari diperlukan untuk penubuhan. Selain itu, kos enterprise juga lebih murah. Hanya RM 70 diperlukan berbanding kos penubuhan syarikat sdn bhd yang mencecah ribuan ringgit. - Diyakini dan ada kredibiliti
Sdn Bhd adalah entiti yang paling sesuai untuk memajukan bisnes. Pihak bank dan pembekal lebih suka berurusan dengan perniagaan berstatus sdn bhd. - Boleh buka akaun bank semasa
Satu akaun khas boleh dibuka bagi tujuan perniagaan. Ini memudahkan operasi dan pengurusan
Maklumat lanjut kelebihan daftar enterprise SSM boleh didapati pada artikel ini: Kelebihan Enterprise
KEKURANGAN DAFTAR SYARIKAT ENTERPRISE SSM
Sekiranya anda mendaftar entiti enterprise, berikut adalah beberapa kekurangan entiti perniagaan enterprise SSM
- Liabiliti tidak terhad
Anda boleh kehilangan kesemua harta yang didaftar dibawah nama anda. Hal ini termasuk rumah dan kereta anda. - Tidak boleh diwarisi
Enterprise tidak boleh diwarisi kerana pemilikan tidak boleh dipindah milik. Enterprise anda akan dibubar pada hari kematian anda. - Kurang kredibiliti berbanding Sdn Bhd
Enterprise hanyalah untuk permulaan. Entiti syarikat sdn bhd menunjukkan usahawan itu komited dan bersungguh-sungguh memajukan perniagaan - Kadar cukai yang tinggi.
Keuntungan enterprise boleh dikenakan sehingga 28% berbanding sdn bhd bermula serendah 18%.
Maklumat lanjut kekurangan daftar enterprise SSM boleh didapati pada artikel ini: Kekurangan Enterprise
PENGURUSAN PERNIAGAAN SYARIKAT ENTERPRISE SSM
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu ada lakukan apabila anda telah mendaftar enterprise melalui SSM EZBIZ:
- Rekod duit keluar masuk. Jangan biarkan transaksi perniagaan anda kucar-kacir. Rekod perniagaan ini penting untuk urusan cukai, audit ataupun pinjaman bank
- Pastikan perniagaan anda menggunakan akaun bank khas ataupun akaun semasa. Jangan campurkan dengan akaun peribadi anda. Segala transaksi hendaklah menggunakan akaun bank khas ini
- Asingkan perbelanjaan peribadi dan perbelanjaan bisnes. Duit bisnes adalah untuk kegunaan bisnes. Pemilik bisnes perlulah mengambil gaji bagi keperluan peribadi.
TUTORIAL BERGAMBAR PENDAFTARAN SYARIKAT ENTERPRISE SSM MELALUI SSM EZBIZ











MAKLUMAT LANJUT PENDAFTARAN SYARIKAT SSM
Bagi maklumat lanjut pendaftar Syarikat Enterprise SSM, ada boleh lawati laman web rasmi SSM atau hubungi SSM di talian 03-7721 4000
FAQ SOALAN BERKAITAN DAFTAR ENTERPRISE SSM
Berapa Harga untuk daftar Enterprise SSM?
Yuran Pendaftaran Perniagaan Enterprise SSM perniagaan adalah seperti berikut: Perniagaan pemilik tunggal: RM30. 00 setahun. Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian menggunakan nama tred: RM 60.00 setahun.
Berapa lama proses pendaftaran Enterprise SSM?
Proses pendaftaran SSM mengambil masa 2-5 Hari bekerja untuk proses pendaftaran di-approved oleh SSM.
Berapa lama SSM approve online?
Pendaftaran Enterprise Online juga mengambil masa 2-5 hari bekerja untuk proses pendaftaran selesai
Bila kena renew Enterprise SSM?
Pembaharuan pendaftaran perniagaan enterprise SSM boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pembaharuan. Perniagaan yang telah tamat melebih 12 bulan tidak boleh diperbaharui. Pemilik perlu mendaftar semula perniagaan enterprisetersebut.
Berapa lama enteprise SSM tamat tempoh?
Lesen SSM mempunyai tempoh sah selama 1 tahun. Anda perlu renew enterprise SSM ada sebaiknya dalam tempoh 30 hari sebelum tamat tempoh
Berapa harga renew enterprise SSM?
Harga renew enterprise SSM adalah seperti berikut: Perniagaan pemilik tunggal: RM30. 00 setahun. Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian menggunakan nama tred: RM 60.00 setahun.
Enterprise SSM saya telah expired tamat tempoh. Boleh ke renew SSM saya?
Ya anda masih boleh renew enterprise SSM jika tidak melebihi tempoh 12 bulan dari tamat tempoh. Enterprise SSM yang telah tamat melebih 12 bulan tidak boleh diperbaharui. Pemilik perlu mendaftar semula perniagaan enterprisetersebut.
Berapa denda lewat SSM?
Denda lewat renew enterprise SSM bergantung pada tempoh masa lewat. Bulan pertama, kompaun adalah RM20 dan kemudian untuk bulan-bulan berikutnya, anda perlu menambah RM10 untuk setiap bulan. Perniagaan anda hendaklah tidak melebihi 12 bulan pembaharuan lewat, jika tidak, ia akan ditutup secara automatik oleh SSM.