PANDUAN DAFTAR SYARIKAT ENTERPRISE SSM

Syarikat Enterprise sebenarnya adalah entiti perniagaan enterprise atau milikan tunggal. Syarikat Sdn Bhd pula merupakan entiti perniagaan liabiliti terhad dan terpisah dari pemilik.

Syarikat enterprise merupakan salah satu entiti perniagaan yang popular di malaysia. Setakat ini hampir 7 juta perniagaan telah daftar syarikat enterprise.

KEPENTINGAN DAFTAR SYARIKAT ENTERPRISE SSM

Secara amnya, ianya adalah satu kewajipan untuk anda mendaftar enterprise SSM sekiranya anda ingin berniaga di Malaysia. Berniaga ini termasuklah secara sampingan atau serius, online atau offline, berniaga produk atau servis dan segala jenis aktiviti yang mendatangkan keuntungan kepada anda.

Pendaftaran perlu dilakukan dalam masa 30 hari dari permulaan perniagaan. Kegagalan berbuat demikian, anda boleh dikenakan hukuman penalti tidak lebih dari RM50,000 atau penjara tidak lebih dari 2 tahun atau kedua-duanya. (SSM)

LANGKAH-LANGKAH DAFTAR SYARIKAT ENTERPRISE EZBIZ SSM

  • Penggunan baru dikehendaki membuat pendaftaran sebagai pengguna di Portal ezbiz online. Sila lawati SSM EZBIZ untuk mendaftar.
  • Gunakan e-mel yang aktif dan sah untuk mendaftar.
    Selepas mendaftar, sila pergi ke mana-mana kaunter SSM yang terdekat dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima daripada e-mel pengguna
  • Sila lakukan pengaktifan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat. Ianya bagi mengesahkan pemilik sebenar dalam mengelakkan sebarang penipuan dalam daftar pemilik perniagaan. Pengaktifan hanya perlu dibuat sekali seumur hidup
  • Setelah selesai segala urusan, anda boleh menggunakan ezbiz online untuk pendaftaran dan pembaharuan perniagaan secara online.

KOS PENDAFTARAN SYARIKAT ENTERPRISE SSM

Berikut adalah kos pendaftaran perniagaan enterprise ssm atau milikan tunggal selama setahun

A .Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
B .perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
C. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
D. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.60 (Termasuk GST).

PEMBAHARUAN LESEN DAFTAR SYARIKAT ENTERPRISE SSM

Pembaharuan daftar enterprise SSM hendaklah dilakukan sebelum dari tarikh enterprise SSM tamat atau 12 bulan dari tarikh lesen enterprise SSM tamat. Contohnya Abu menubuhkan Abu Enterprise pada 31/12/2019. Abu perlu memperbaharui enterprise itu pada tahun berikutnya selewat-lewatnya pada 31/12/2020.

Pembaharuan lesen enterprise SSM boleh dilakukan secara online di SSM EZBIZ atau di pejabat SSM

Pembaharuan lesen SSM boleh dilakukan dalam tempoh 1 tahun dari tarikh akhir enterpise SSM. Sekiranya ia tidak diperbaharui ianya akan ditamatkan secara automatik oleh SSM. Sambungan contoh Abu diatas, Abu tidak membayar yuran pembaharuan SSM pada 31/12/2020. Secara automatik pendaftaran SSM Abu enterprise dibatalkan pada 1/1/2021. (SSM)

KELEBIHAN DAFTAR SYARIKAT ENTERPISE SSM

Sekiranya anda mendaftar entiti enterprise, anda akan mendapat kelebihan berikut:

  1. Mudah, murah dan cepat untuk ditubuhkan
    Ianya siap dalam masa 1 jam. Berbanding dengan syarikat, 5-7 hari diperlukan untuk penubuhan. Selain itu, kos enterprise juga lebih murah. Hanya RM 70 diperlukan berbanding kos penubuhan syarikat sdn bhd yang mencecah ribuan ringgit.
  2. Diyakini dan ada kredibiliti
    Sdn Bhd adalah entiti yang paling sesuai untuk memajukan bisnes. Pihak bank dan pembekal lebih suka berurusan dengan perniagaan berstatus sdn bhd.
  3. Boleh buka akaun bank semasa
    Satu akaun khas boleh dibuka bagi tujuan perniagaan. Ini memudahkan operasi dan pengurusan

Maklumat lanjut kelebihan daftar enterprise SSM boleh didapati pada artikel ini: Kelebihan Enterprise

KEKURANGAN DAFTAR SYARIKAT ENTERPRISE SSM

Sekiranya anda mendaftar entiti enterprise, berikut adalah beberapa kekurangan entiti perniagaan enterprise SSM

  1. Liabiliti tidak terhad
    Anda boleh kehilangan kesemua harta yang didaftar dibawah nama anda. Hal ini termasuk rumah dan kereta anda.
  2. Tidak boleh diwarisi
    Enterprise tidak boleh diwarisi kerana pemilikan tidak boleh dipindah milik. Enterprise anda akan dibubar pada hari kematian anda.
  3. Kurang kredibiliti berbanding Sdn Bhd
    Enterprise hanyalah untuk permulaan. Entiti syarikat sdn bhd menunjukkan usahawan itu komited dan bersungguh-sungguh memajukan perniagaan
  4. Kadar cukai yang tinggi.
    Keuntungan enterprise boleh dikenakan sehingga 28% berbanding sdn bhd bermula serendah 18%.

Maklumat lanjut kekurangan daftar enterprise SSM boleh didapati pada artikel ini: Kekurangan Enterprise

PENGURUSAN PERNIAGAAN ENTERPRISE

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu ada lakukan apabila anda telah mendaftar enterprise melalui SSM EZBIZ:

  1. Rekod duit keluar masuk. Jangan biarkan transaksi perniagaan anda kucar-kacir. Rekod perniagaan ini penting untuk urusan cukai, audit ataupun pinjaman bank
  2. Pastikan perniagaan anda menggunakan akaun bank khas ataupun akaun semasa. Jangan campurkan dengan akaun peribadi anda. Segala transaksi hendaklah menggunakan akaun bank khas ini
  3. Asingkan perbelanjaan peribadi dan perbelanjaan bisnes. Duit bisnes adalah untuk kegunaan bisnes. Pemilik bisnes perlulah mengambil gaji bagi keperluan peribadi.

TUTORIAL DAFTAR ENTERPRISE MELALUI SSM EZBIZ

Daftar syarikat enterprise
Daftar syarikat enterprise
Daftar syarikat enterprise
Daftar syarikat enterprise
Daftar syarikat enterprise
Daftar syarikat enterprise
Daftar syarikat enterprise
Daftar syarikat enterprise
Daftar syarikat enterprise
Daftar syarikat enterprise
Daftar Enterprise SSM