PENJELASAN TUKAR NAMA SSM ENTERPRISE

Anda pastinya tertanya-tanya adakah boleh untuk tukar nama SSM Enterprise? Jawapan ringkas adalah tidak boleh tukar nama SSM enterprise yang telah anda daftar. Sekiranya anda masih lagi ingin menggunakan nama SSM enterprise yang baru, option yang anda ada hanyalah dengan mendaftar SSM enterprise yang baru. Anda boleh mengetahui langkah daftar ssm enterprise yang baru di link berikut: Daftar SSM Enterprise

Nama perniagaan adalah sangat penting. Ianya memberi gambaran awal terhadap aktiviti dan inspirasi syarikat. Oleh itu, anda sebagai pemilik syarikat perlulah memilih nama syarikat secara serius dan berhati-hati. Pelanggan boleh lari atau hilang keyakinan sekiranya mereka kurang senang dan faham akan nama syarikat.

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan nama syarikat anda, anda masih lagi boleh tukar nama syarikat anda. Walaubagaimanapun, ada perlu tahu apakah jenis syarikat anda. Secara amnya, kategori syarikat boleh dibahagikan kepada dia iaitu:

Syarikat Enterprise (Perniagaan Enterprise)
Syarikat Sdn Bhd

ANDA TIDAK BOLEH TUKAR NAMA SYARIKAT ENTERPRISE

Jika anda masih meneruskan untuk tukar nama enterprise ssm anda, anda perlulah mendaftar SSM baru. Selepas itu, anda boleh meneruskan proses penutupan enterprise ssm yang namanya anda tidak ingin guna.

ANDA HANYA ADA PELUANG UNTUK TUKAR NAMA SYARIKAT SDN BHD ANDA

Walaubagaimanapun, prosesnya tidak boleh dilakukan oleh anda. Anda memerlukan bantuan setiausaha syarikat yang anda telah lantik. Hanya setiausaha anda yang mempunyai ‘access’ ke database SSM untuk melakukan penukaran nama.

3 LANGKAH UNTUK TUKAR NAMA SYARIKAT

Pertama: Anda perlu menyediakan 3 pilihan nama baru
Kedua: “Update” setiausaha syarikat anda. Disini setiausaha syarikat akan menyediakan resolusi pengarah bagi mengesahkan pertukaran nama syarikat kepada nama syarikat yang baru. Adalah wajib bagi semua pengarah untuk menandatangani resolusi pengarah ini.
Ketiga: Dengan resolusi pengarah tersebut, setiausaha syarikat akan menghantar Borang 11 (Borang Pertukaran Nama Syarikat) kepada SSM. Selepas disahkan SSM akan mengeluarkan Borang 13 (Borang Nama Syarikat) bagi mengesahkan pertukaran nama syarikat

KOS DAN TEMPOH PERTUKARAN NAMA SYARIKAT SDN BHD

5-7 hari berkerja adalah tempoh yang diperlukan untuk mengesahkan nama syarikat sdn bhd yang baru. Kos bagi pertukaran adalah bermula dari RM 300.

KELEBIHAN TUKAR NAMA SYARIKAT SDN BHD

  • Memberikan gambaran awal syarikat yang jelas dan positif
  • Bakal pelanggan berasa lebih yakin terhadap produk dan servis
  • Memberi motivasi kepada pemilik kerana ianya seperti bermula baru dengan langkah yang lebih teratur dan kemas
  • Memberi peluang untuk menghapuskan persepsi lama atau buruk
  • Menambah kuat ‘branding’ syarikat

KEBURUKAN TUKAR NAMA SYARIKAT SDN BHD

  • Pelanggan lama kurang yakin kerana telah biasa dengan nama syarikat lama
  • Kos operasi tambahan seperti perlu menukar nama didalam perjanjian dengan pihak bank, ‘supplier’ dan lain-lain
  • Boleh menyebabkan kekeliruan
  • Perlu bermula baru dengan ‘branding’
  • Kos masa dan tenaga didalam pengurusan nama syarikat sdn bhd yang baru

BERIKUT ADALAH 10 PANDUAN MEMILIH NAMA SYARIKAT BAGI MEMBANTU ANDA UNTUK TUKAR NAMA SYARIKAT SDN BHD

  1. Pilih nama syarikat yang mengambarkan bisnes anda. Hal ini memudahkan pelanggan mengenali anda. Sebagai contoh: Jika anda menjual baju, anda boleh memilih EMPIRE CLOTHING Sdn Bhd. 
  2. Pilih nama syarikat yang unik. Jangan gunakan perkataan harian seperti maju, jaya, untung dan lain-lain Ianya tidak memberi sebarang “impression” terhadap bisnes anda. Sebagai contoh: FACEBOOK. Ia adalah perkataan baru hasil gabungan face dan book. 
  3. Pilih nama syarikat berdasarkan inspirasi bisnes. Sekali lagi anda boleh melihat kepada FACEBOOK. Inspirasi FACEBOOK adalah menghubungkan manusia ianya diterjemahkan melalui perkataan FACE mewakili manusia manakala BOOK sebagai penghubung. 
  4. Jangan gunakan nama yang terlalu panjang. Maksima adalah 3 patah perkataan dan seeloknya 2 patah perkataan. Nama syarikat yang terlalu panjang akan menyebabkan operasi harian menjadi susah seperti tidak cukup ruang ketika mengisi borang atau susah diingati
  5. Jangan gunakan nama yang tiada maksud. SSM amat menitik beratkan nama yang maksud perkataan. Oleh itu, pastikan nama syarikat anda mempunyai maksud dan ianya positif. 
  6. Jangan campurkan perkataan berlainan bahasa. Pencampuran bahasa boleh menyebabkan kekeliruan. Sebagai contoh BAHAN RESOURCES MARKETING. Gunakan bahasa secara berdisiplin dan teratur.
  7. Anda tidak dibenarkan menggunakan nama yang mengelirukan pelanggan seperti PNB, BSN ataupun TEKUN kerana nama-nama ini telah dikaitkan dengan institusi lain.
  8. Anda boleh menggunakan bahasa lain dalam memilih nama syarikat anda. Sebagai contoh HELIO Sdn Bhd. HELIO membawa maksud cantik dalam bahasa Itali. Adalah tidak digalakkan menggunakan perkataan yang tidak mempunyai maksud atau bermaksud negatif.
  9. Anda tidak boleh menggunakan perkataan yang dilarang oleh undang-undang seperi “diraja malaysia”, “persekutuan” atau “sultan”
  10. Anda tidak boleh menggunakan nama yang berkaitan dengan undang-undang lain seperti “bank”, “pasaran saham” atau “ejen hartanah”

Dapatkan panduan tambahan pemilihan nama syarikat di pautan berikut: PANDUAN PEMILIHAN NAMA SYARIKAT

tukar nama ssm enterprise