TIPS LULUS SYARAT PINJAMAN TEKUN

PENGENALAN TEKUN

Pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah cara untuk lulus syarat pinjaman tekun. TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. atlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

CARA MEMOHON PINJAMAN PERNIGAAN TEKUN

Berikut adalah cara untuk memohon pinjaman perniagaan TEKUN online:

  1. Layarai laman web rasmi TEKUN di sini: TEKUN 
  2. Jika anda belum ada akaun, sila buat pendaftaran terlebih dahulu di sini: DAFTAR TEKUN
    • Masukkan Nama
    • No Kad Pengenalan
    • Masukkan Alamat Email
    • Masukkan Kata Laluan
    • Sahkan Kata Laluan sekali lagi
    • Tekan Daftar Akaun
  3. Selesai daftar akaun, anda boleh cuba login
  4. Isikan Alamat Email
  5. Isikan Kata Laluan
  6. Tekan Log Masuk
  7. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap

*Anda juga boleh pergi pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran bagi mendaftar

DOKUMEN PERMOHONAN PINJAMAN PERNIGAAN TEKUN

Dokumen yand diperlukan bagi pinjaman perniagaan TEKUN adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
  2. Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) Atau Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
  3. Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
  4. Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank
  5. Dokumen tambahan (jika berkenaan)

SYARAT PINJAMAN PERNIAGAAN TEKUN (ASAS)

  1. Bumiputera dan Warganegara Malaysia (Masyarakat India bagi SPUMI)
  2. Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang muflis
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India bagi SPUMI)
  5. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
  7. Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)
  10. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
  11. Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
  12. Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
  13. Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah

*Syarat pinjaman TEKUN adalah berbeza bagi setiap kategori pinjaman TEKUN. Sila rujuk terma dan syarat bagi setiap kategori

NILAI PINJAMAN TEKUN

Permbiayaan ini terbuka kepada semua sektor perniagaan dengan skim pembiayaan serendah RM 10,000 sehingga RM 100,000.

*Nilai pinjaman TEKUN adalah berbeza bagi setiap kategori pinjaman TEKUN. Sila rujuk terma dan syarat bagi setiap kategori

TEMPOH MASA PEMBAYARAN PINJAMAN PERNIAGAAN TEKUN

Tempoh pembiayaan adalah dari 6 bulan sehingga 120 bulan (10 tahun).

*Tempoh pinjaman TEKUN adalah berbeza bagi setiap kategori pinjaman TEKUN. Sila rujuk terma dan syarat bagi setiap kategori

TEMPOH MASA KELULUSAN PERMOHONAN PINJAMAN TEKUN

7-14 hari bekerja selepas borang permohonan yang lengkap diterima. 

5 TIPS LULUS SYARAT PINJAMAN TEKUN

Tips yang adalah berdasarkan pandangan penulis dan bukan merupakan maklumat dari TEKUN. Kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan TEKUN dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penggunaan terhadap tips yang diberikan. Tips yang diberikan bertujuan ikhlas membantu para usahawan dalam mendapatkan bantuan kewangan tanpa sebarang balasan.

TIPS LULUS SYARAT PINJAMAN TEKUN 1: Berdaftar dengan SSM

  • Pastikan anda berdaftar dengan SSM. Anda boleh mendaftar sebagai enterprise atau sdn bhd. Anda bole mendaftar enterprise melalui artikel berikut: Daftar Enterprise Online
lulus syarat pinjaman tekun

TIPS LULUS SYARAT PINJAMAN TEKUN 2: Mempunyai Premis

  • Sebaiknya, pastikan ada mempunyai premis khas untuk berniaga. Ini akan menunjukkan yang ada serius berniaga dan tidak hanya membuat pinjaman untuk mendapatkan duit

TIPS LULUS SYARAT PINJAMAN TEKUN 3: Aliran tunai yang bagus

  • Pastikan aliran keluar masuk duit perniagaan dimasukkan kedalam bank. Ini akan menjadi rekod keupayaan anda untuk membayar kembali pinjaman TEKUN anda.

TIPS LULUS SYARAT PINJAMAN TEKUN 4: Rekod Pembayaran Yang Baik

  • Pastikan anda mempunyai track record pembayaran lain yang baik. Ini selalunya dapat dilihat melalui rekod CCRIS dan CTOS anda. Sekiranya anda ada rekod yang buruk, permohonan anda mungkin ditolak

TIPS LULUS SYARAT PINJAMAN TEKUN 5: Tidak Blacklist

  • Pastikan anda tidak berdepan tidak berdepan dengan tindakan undang-undang ataupun telah diblacklist oleh bank. Selain rekod kewangan, anda juga mestilah mempunyai rekod peribadi yang bersih

RANCANGAN PERNIAGAAN PINJAMAN TEKUN

Anda juga boleh meningkatkan peluang dengan mempunyai rancangan perniagaan. Rancangan Perniagaan (RP) merujuk kepada dokumen bertulis yang menerangkan secara penuh berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. Ia turut dikenali sebagai pelan perniagaan, kertas kerja dan kertas projek. Dengan adanya rancangan perniagaan, pihak TEKUN dapat meniliti rancangan anda dan seterusnya berasa lebih yakin untuk memberikan pinjaman.

Bacaan lanjut: Rancangan Perniagaan

MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PINJAMAN TEKUN

Laman web utama: www.tekun.gov.my

Nombor Telefon: 03-9059 888

Waktu operasi: Isnin-Jumaat
9 pagi-5 petang