pendaftaran syarikat sdn bhd

TIPS LULUS SYARAT PINJAMAN MARA

PENGENALAN MARA

Pastinya ramai yang ingin tahu cara untuk lulus syarat pinjaman MARA. Majlis Amanah Rakyat (MARA) ialah sebuah agensi di bawah kuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang ditubuhkan pada1 Mac 1966, sebagai sebuah badan korporat berkanun tertakluk di bawah Akta Parlimen hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun 1965.Tanggungjawab utama Majlis adalah bagi memaju, menggalak, memudah serta melaksanakan pembangunan sosioekonomi dan kemasyarakatan khususnya di kawasan luar bandar.

Syarat Lulus Pinjaman Mara

CARA MEMOHON PINJAMAN PERNIAGAAN MARA

Pihak MARA melalui program transformasi digitalisasi hanya menerima permohonan pinjaman perniagaan MARA secara online. Berikut adalah langkah untuk mendaftar pinjaman perniagaan MARA online:

  1. Layarai laman web rasmi MARA di sini: MARA 
  2. Jika anda belum ada akaun, sila buat pendaftaran terlebih dahulu di sini: DAFTAR MARA
    • Masukkan Nama
    • No Kad Pengenalan
    • Masukkan Alamat Email
    • Masukkan Kata Laluan
    • Sahkan Kata Laluan sekali lagi
    • Tekan Daftar Akaun
  3. Selesai daftar akaun, anda boleh cuba login
  4. Isikan Alamat Email
  5. Isikan Kata Laluan
  6. Tekan Log Masuk
  7. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap

*Anda juga boleh pergi pejabat cawangan MARA yang berhampiran bagi mendapat bantuan cara mendaftar

DOKUMEN PERMOHONAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA

Dokumen yand diperlukan bagi pinjaman MARA adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
  2. Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) Atau Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
  3. Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
  4. Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank
  5. Dokumen tambahan (jika berkenaan)

*Dokumen pinjaman MARA adalah berbeza bagi setiap kategori pinjaman MARA. Sila rujuk terma dan syarat bagi setiap kategori

SYARAT PINJAMAN PERNIAGAAN MARA (ASAS)

  1. Warganegara dan Bumiputera
  2. Berumur 18-40 tahun
  3. Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  4. Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
  5. Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  6. Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  7. Perniagaan patuh Syariah
  8. Bebas dari senarai hitam MARA

*Syarat pinjaman MARA adalah berbeza bagi setiap kategori pinjaman MARA. Sila rujuk terma dan syarat bagi setiap kategori

NILAI PINJAMAN PERNIAGAAN MARA

Permbiayaan ini terbuka kepada semua sektor perniagaan dengan skim pembiayaan serendah RM 10,000 sehingga RM 1 Juta.

*Nilai pinjaman MARA adalah berbeza bagi setiap kategori pinjaman MARA. Sila rujuk terma dan syarat bagi setiap kategori

TEMPOH MASA PEMBAYARAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA

Tempoh pembiayaan adalah dari 6 bulan sehingga 120 bulan (10 tahun).

*Tempoh pinjaman MARA adalah berbeza bagi setiap kategori pinjaman MARA. Sila rujuk terma dan syarat bagi setiap kategori

TEMPOH MASA KELULUSAN PERMOHONAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA

7-14 hari bekerja selepas borang permohonan yang lengkap diterima. 

5 TIPS LULUS SYARAT PINJAMAN MARA

Tips yang adalah berdasarkan pandangan penulis dan bukan merupakan maklumat dari MARA. Kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan MARA dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penggunaan terhadap tips yang diberikan. Tips yang diberikan bertujuan ikhlas membantu para usahawan dalam mendapatkan bantuan kewangan tanpa sebarang balasan.

TIPS LULUS SYARAT PINJAMAN MARA 1: Berdaftar dengan SSM

  • Pastikan anda berdaftar dengan SSM. Anda boleh mendaftar sebagai enterprise atau sdn bhd. Anda bole mendaftar enterprise melalui artikel berikut: Daftar Enterprise Online
lulus syarat pinjaman MARA

TIPS LULUS SYARAT PINJAMAN MARA 2: Mempunyai Premis

  • Sebaiknya, pastikan ada mempunyai premis khas untuk berniaga. Ini akan menunjukkan yang ada serius berniaga dan tidak hanya membuat pinjaman untuk mendapatkan duit

TIPS LULUS SYARAT PINJAMAN MARA 3: Aliran tunai yang bagus

  • Pastikan aliran keluar masuk duit perniagaan dimasukkan kedalam bank. Ini akan menjadi rekod keupayaan anda untuk membayar kembali pinjaman MARA anda.

TIPS LULUS SYARAT PINJAMAN MARA 4: Rekod Pembayaran Yang Baik

  • Pastikan anda mempunyai track record pembayaran lain yang baik. Ini selalunya dapat dilihat melalui rekod CCRIS dan CTOS anda. Sekiranya anda ada rekod yang buruk, permohonan pinjaman anda mungkin ditolak

TIPS LULUS SYARAT PINJAMAN MARA 5: Tidak Blacklist

  • Pastikan anda tidak berdepan tidak berdepan dengan tindakan undang-undang ataupun telah diblacklist oleh bank. Selain rekod kewangan, anda juga mestilah mempunyai rekod peribadi yang bersih

RANCANGAN PERNIAGAAN PINJAMAN MARA

Anda juga boleh meningkatkan peluang dengan mempunyai rancangan perniagaan. Rancangan Perniagaan (RP) merujuk kepada dokumen bertulis yang menerangkan secara penuh berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. Ia turut dikenali sebagai pelan perniagaan, kertas kerja dan kertas projek. Dengan adanya rancangan perniagaan, pihak MARA dapat meneliti rancangan anda dan seterusnya berasa lebih yakin untuk memberikan pinjaman.

Bacaan lanjut: Rancangan Perniagaan

MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PINJAMAN MARA

Laman web utama: www.mara.gov.my

Nombor Telefon: 03-26132000

Waktu operasi: Isnin-Jumaat
9 pagi-5 petang