Bantuan Pinjaman Pembiayaan Perniagaan Kerajaan Untuk Usahawan

PENGENALAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

Bagi usahawan antara kekangan utama bagi mengembangkan perniagaan adalah mempunyai modal yang mencukupi. Apabila modal tidak cukup, ianya amat penting bagi mendapatkan pinjaman pembiayaan perniagaan. Di Malaysia, secara khususnya bagi bumiputera terdapat 2 agensi kerajaan yang boleh membantu mendapatkan pinjaman pembiayaan perniagaan iaitu MARA dan TEKUN

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) ialah sebuah agensi di bawah kuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang ditubuhkan pada1 Mac 1966, sebagai sebuah badan korporat berkanun tertakluk di bawah Akta Parlimen hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun 1965.Tanggungjawab utama Majlis adalah bagi memaju, menggalak, memudah serta melaksanakan pembangunan sosioekonomi dan kemasyarakatan khususnya di kawasan luar bandar.

Pinjaman Perniagaan Kerajaan

TEKUN Nasional (TEKUN)

TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. atlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Pinjaman Pembiayaan Perniagaan Kerajaan

CARA MEMOHON PINJAMAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN KERAJAAN

Kerajaan membantu usahawan dalam memberikan pinjaman pembiayaan perniagaan kerajaan melaui pihak MARA & TEKUN. Jika anda ingin memohon pinjaman perniagaan kerajaan ini, anda perlulah memohon secara terus kepada 2 agensi kerajaan ini secara online. Berikut adalah langkah untuk mendaftar pinjaman perniagaan MARA & Tekun online:

  1. Layarai laman web rasmi MARA di sini: MARA 
  2. Layarai laman web rasmi TEKUN di sini: TEKUN 

*Anda juga boleh pergi pejabat cawangan MARA & TEKUN yang berhampiran bagi mendapat bantuan cara mendaftar

DOKUMEN PERMOHONAN PINJAMAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN KERAJAAN

MARA & TEKUN mempunyai keperluan dokumen pinjaman pembiayaan perniagaan berbeza. Sebaiknya, anda perlulah merujuk secara terus kepada agensi pembiayaan perniagaan kerajaan secara terus. Berikut adalah dokumen permohonan pinjaman perniagaan bagi agensi tersebut secara am:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
  2. Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) Atau Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
  3. Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
  4. Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank
  5. Dokumen tambahan (jika berkenaan)

*Dokumen pinjaman MARA & TEKUN adalah berbeza bagi setiap kategori pinjaman. Sila rujuk terma dan syarat bagi setiap kategori

SYARAT PINJAMAN PERNIAGAAN KERAJAAN

Agensi MARA & TEKUN mempunyai fokus bantuan yang berbeza. Oleh itu syarat pinjaman perniagaan perniagaan adalah berbeza bagi MARA & TEKUN. Sebaiknya, anda perlulah merujuk secara terus kepada agensi pembiayaan perniagaan kerajaan secara terus. Berikut adalah dokumen permohonan pinjaman perniagaan bagi agensi tersebut secara am:

  1. Warganegara dan Bumiputera (Bagi MARA)
  2. Warganegara dan Bumiputera atau India (Bagi Tekun)
  3. Berumur 18-40 tahun
  4. Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  5. Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
  6. Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  7. Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  8. Perniagaan patuh Syariah
  9. Bebas dari senarai hitam

*Syarat pinjaman MARA & TEKUN adalah berbeza bagi setiap kategori pinjaman. Sila rujuk terma dan syarat bagi setiap kategori

NILAI PINJAMAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN KERAJAAN

Permbiayaan ini terbuka kepada semua sektor perniagaan dengan skim pembiayaan serendah RM 10,000 sehingga RM 1 Juta.

*Nilai pinjaman MARA & TEKUN adalah berbeza bagi setiap kategori pinjaman. Sila rujuk terma dan syarat bagi setiap kategori

TEMPOH MASA PEMBAYARAN PINJAMAN PERNIAGAAN KERAJAAN

Tempoh pembiayaan adalah dari 6 bulan sehingga 120 bulan (10 tahun).

*Tempoh pinjaman MARA & TEKUN adalah berbeza bagi setiap kategori pinjaman. Sila rujuk terma dan syarat bagi setiap kategori

TEMPOH MASA KELULUSAN PERMOHONAN PINJAMAN PERNIAGAAN MARA

7-14 hari bekerja selepas borang permohonan yang lengkap diterima. 

5 TIPS LULUS SYARAT PINJAMAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN KERAJAAN

Tips yang adalah berdasarkan pandangan penulis dan bukan merupakan maklumat dari Agensi MARA atau TEKUN. Kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan MARA atau TEKUN dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penggunaan terhadap tips yang diberikan. Tips yang diberikan bertujuan ikhlas membantu para usahawan dalam mendapatkan bantuan kewangan tanpa sebarang balasan.

TIPS LULUS PINJAMAN PERNIAGAAN KERAJAAN 1: Berdaftar dengan SSM

  • Pastikan anda berdaftar dengan SSM. Anda boleh mendaftar sebagai enterprise atau sdn bhd. Anda bole mendaftar enterprise melalui artikel berikut: Daftar Enterprise Online
lulus syarat pinjaman MARA

TIPS LULUS PINJAMAN PERNIAGAAN KERAJAAN 2: Mempunyai Premis

  • Sebaiknya, pastikan ada mempunyai premis khas untuk berniaga. Ini akan menunjukkan yang ada serius berniaga dan tidak hanya membuat pinjaman untuk mendapatkan duit

TIPS LULUS PINJAMAN PERNIAGAAN KERAJAAN 3: Aliran Tunai yang Bagus

  • Pastikan aliran keluar masuk duit perniagaan dimasukkan kedalam bank. Ini akan menjadi rekod keupayaan anda untuk membayar kembali pinjaman anda.

TIPS LULUS PINJAMAN PERNIAGAAN KERAJAAN 4: Rekod Pembayaran Yang Baik

  • Pastikan anda mempunyai track record pembayaran lain yang baik. Ini selalunya dapat dilihat melalui rekod CCRIS dan CTOS anda. Sekiranya anda ada rekod yang buruk, permohonan pinjaman anda mungkin ditolak

TIPS ULUS PINJAMAN PERNIAGAAN KERAJAAN 5: Tidak Blacklist

  • Pastikan anda tidak berdepan tidak berdepan dengan tindakan undang-undang ataupun telah diblacklist oleh bank. Selain rekod kewangan, anda juga mestilah mempunyai rekod peribadi yang bersih

RANCANGAN PERNIAGAAN PEMBIAYAAN KERAJAAN

Anda juga boleh meningkatkan peluang dengan mempunyai rancangan perniagaan. Rancangan Perniagaan (RP) merujuk kepada dokumen bertulis yang menerangkan secara penuh berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. Ia turut dikenali sebagai pelan perniagaan, kertas kerja dan kertas projek. Dengan adanya rancangan perniagaan, pihak MARA & TEKUN dapat meneliti rancangan anda dan seterusnya berasa lebih yakin untuk memberikan pinjaman.

Bacaan lanjut: Rancangan Perniagaan

MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PINJAMAN PERNIAGAAN KERAJAAN

Laman web utama: www.mara.gov.my

Laman web utama: www.tekun.gov.my