pendaftaran syarikat sdn bhd

TARIKH BAYARAN KWSP i-LESTARI KEDUA

PEMBAYARAN KWSP i-LESTARI

Pakej bayaran KWSP i-Lestari telah diwujudkan oleh kerajaan Malaysia berhadapan dengan cabaran kemelesetan ekonomi akibat serangan wabak covid. Melalui pembayaran KWSP i-Lestari, pencarum dapat mengeluarkan sebanyak maksima RM 500 mulai April sehingga September 2020 setiap bulan. Walaubagaimanapun tarikh pembayaran KWSP i-Lestari pertama akan bermula pada bula Mei 2020 dan pembayaran seterusnya pada bulan-bulan permohonan.

TARIKH BAYARAN KWSP i-LESTARI KEDUA

Bagi anda yang telah memohon pengeluaran KWSP i-Lestari, anda akan mendapat pembayaran 3 Jun 2020. Pembayaran KWSP i-Lestari akan dilakukan secara terus ke akaun bank anda. Jadi anda tidak perlu ke pejabat KWSP yang terdekat bagi mendapatkan pengeluaran bayaran KWSP i-Lestari anda

SEMAKAN STATUS BAYARAN KWSP i-LESTARI

Berikut adalah langkah-lengkah semakan status bayaran KWSP i-Lestari:

Ikut langkah di bawah:

  1. Layari i-Lestari online di sini: https://ilestari.kwsp.gov.my
  2. Klik bahagian Semakan Permohonan
  3. Masukkan Nombor MyKad seperti dalam kad pengenalan anda
  4. Masukkan Nombor Telefon Bimbit yang betul dan tepat
  5. Tick Saya bukan robot
  6. Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
  7. Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan
  8. Pastikan pilihan semua selesai
  9. Klik Semak
  10. Anda akan dapat masuk melihat satus permohonan i-Lestari

KONSEP AM PEMBAYARAN KWSP i-LESTARI

  1. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
  2. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
  3. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:

Ilustrasi:

  1. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  2. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  3. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

TINDAKAN PERSEDIAAN PEMBAYARAN KWSP i-LESTARI

  1. Pastikan anda telah memohon pengeluaran pembayaran KWSP i-Lestari. Sekiranya belum, anda boleh baca: Daftar Pengeluaran KWSP i-Lestari
  2. Semak status permohonan pengeluaran pembayaran KWSP i-Lestari . Bagi tujuan ini, anda perlu semakan di laman portal KWSP i-Lestari
  3. Rancang penggunaan wang yang bakal diterima bagi memastikan ianya bermanfaat dan berfaedah kepada anda. Pastikan ianya mampu mempersiapkan anda dalam menghadapi situasi tidak menentu disebabkan pandemik COVID-19

TEMPOH PEMBAYARAN KWSP i-LESTARI

  1. Pengeluaran KWSP i-Lestari berkuatkuasa selamat tempoh 1 tahun
  2. Pencarum boleh mengeluarkan KWSP i-Lestari dari 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2020

AMAUN PEMBAYARAN KWSP i-LESTARI

  1. Had minima pengeluaran KWSP i-Lestari adalah RM 50 sebulan
  2. Had maksima pengeluaran KWSP i-Lestari adalah RM 500 sebulan
  3. Hanya satu pengeluaran KWSP i-Lestari dibenarkan dalam sebulan

MAKLUMAT LANJUT PEMBAYARAN KWSP i-LESTARI

Untuk maklumat lanjut

  1. Layari laman web KWSP atau
  2. Layari Laman web KWSP i-Lestari atau
  3. Hubungi KWSP di 03-8922 6000