8 Teknik Untuk Maksimakan Pendapatan Pinjaman Pelaburan ASB
Pinjaman ASB bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Telah ramai yang memperbincangkan mengenai kelebihan dan kekurangan pinjaman pelaburan ASB. Setiap pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri. Oleh itu para pelabur hendaklah membuat ‘research‘ yang secukupnya sebelum melabur di dalam mana-mana jenis pelaburan
Secara amnya terdapat 8 jenis teknik yang boleh digunakan untuk memaksimkan pendapatan pelaburan ASB.
1.Teknik Pengubahan Pinjaman ASB
Teknik pertama ini menukarkan tunai kecil yang ada kepada loan ASB bernilai besar tanpa mengganggu komitmen bulanan dan seterusnya menjana pulangan tinggi pada tahun ke lima.
Sebagai contoh, dengan tunai sebanyak RM 14,500, boleh ditukarkan kepada pinjaman sebanyak RM 200,000.
Selepas 5 tahun, tanpa sebarang komitmen bulanan, modal asal tadi boleh ditingkatkan sehingga RM 44,000 berbanding hanya RM 22,000 jika dibiarkan sahaja dalam ASB tanpa melakukan teknik ini.
Dengan teknik pengubahan ini, ianya boleh menjana keuntungan berganda sehingga 200% dalam masa hanya 5 tahun.
2. Teknik Terkumpul/Compounding Pinjaman ASB
Teknik kedua ini khas untuk mereka yang sanggup dan berdisiplin untuk mengeluarkan komitmen bayaran setiap bulan.
Kiranya, komitmen yang dikeluarkan itu adalah simpanan tetap setiap bulan.
Bezanya, jumlah yang terkumpul nanti adalah lebih besar berbanding dengan menyimpan secara biasa.
Contohnya, jika anda membuat simpanan sebanyak RM 1,200 sebulan, jumlah terkumpul selepas 5 tahun hanyalah sebanyak RM 72,000
Ataupun sebanyak RM 88,000 jika disimpan dalam ASB dengan anggaran kadar dividen 8% setiap tahun.
Tetapi, dengan teknik ini, komitmen bulanan yang sama dapat menghasilkan sehingga lebih RM 100,00 iaitu perbezaan sebanyak RM 12,000 berbanding simpanan biasa
3. Teknik Ulangan Pinjaman ASB
Teknik ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad, tetapi ingin membuat loan ASB bernilai besar.
Dalam teknik ulangan ini, komitmen serendah RM 600 sebulan boleh menjana sehingga RM 95,500 selepas 5 tahun.
Caranya, dengan membuat loan ASB 1 terlebih dahulu yang mana bayaran bulanan adalah bersamaan atau kurang berbanding komitmen bulanan yang boleh dikeluarkan.
Pada tahun kedua, mohon pula untuk loan ASB 2 yang mana bayaran bulanan akan dibayar menggunakan dividen daripada loan ASB 1 tadi.
Hasilnya, selepas 5 tahun, lebih kurang RM 95,500 boleh dihasilkan berbanding hanya RM 45,000 jika disimpan secara biasa.
Berdasarkan pemahaman saya, saya berpendapat jika digabungkan teknik ulangan dengan terkumpul/compounding, pastinya pulangan yang lebih besar boleh dihasilkan.
4. Teknik Pintas Pinjaman ASB
Teknik pintas sesuai untuk golongan yang hanya mampu memberikan komitmen bulanan yang rendah sahaja, contohnya kurang RM 200 sebulan.
Dalam teknik ini, pembiayaan peribadi akan digabungkan dengan pinjaman pelaburan ASB.
Sebaik-baiknya, pilih pembiayaan peribadi yang mempunyai kadar dividen yang rendah sahaja.
Teknik ini menyarankan supaya membuat pembiayaan peribadi terlebih dahulu sebanyak RM 15,000 yang mana bayaran bulanan adalah sekitar RM 175.
Kemudian dibuka satu akaun pinjaman pelaburan ASB sebanyak RM 200,000 dengan anggaran bayaran bulanan sebanyak RM 1,200 sebulan.
Duit daripada pembiayaan peribadi tadi akan digunakan untuk membayar bayaran bulanan bagi tahun pertama pinjaman pelaburan ASB yang dibuat tadi.
Kemudian, dividen tahunan yang diperoleh akan dipusing untuk membayar bayaran bulanan untuk tahun-tahun seterusnya.
Jadi, komitmen bulanan kekal sebanyak RM 175 yang mana digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi sahaja.
Selepas 5 tahun, kedua-dua pembiayaan peribadi dan pinjaman pelaburan ASB boleh ditamatkan.
Keuntungan bersih yang dianggarkan adalah sebanyak RM 30,000.
5. Teknik Pengubahan Berganda Pinjaman ASB
Teknik ini adalah sama dengan teknik pertama (teknik pengubahan), tetapi melibatkan jumlah modal tunai yang lebih besar.
Dengan modal tunai yang lebih besar dan menggunakan proksi (pasangan, anak atau adik-beradik), teknik ini melibatkan akaun pinjaman pelaburan ASB yang banyak secara serentak (multiple accounts).
Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai RM 75,000 tunai.
Modal asal ini akan dipecahkan kepada lima, iaitu sebanyak RM 15,000 setiap satu.
Dengan menggunakan proksi, lima akaun pinjaman pelaburan ASB sebanyak RM 200,000 setiap satu dibuat serentak yang mana bayaran tahun pertama menggunakan modal asal manakala bayaran tahun-tahun seterusnya dibayar menggunakan dividen yang diperoleh.
Sepertimana teknik pertama, setiap akaun dianggarkan menjana hasil lebih kurang RM 44, 000 selepas lima tahun.
Jadi, dengan lima akaun serentak, boleh menjana lebih kurang RM 220,000!
6. Teknik Pintas Pengubahan Berganda Pinjaman ASB
Teknik ini menggabungkan teknik pertama, keempat dan kelima yang mana melibatkan pembiayaan peribadi, multiple accounts dan proksi.
Teknik ini sesuai untuk golongan yang mampu memberikan komitmen bulanan sederhana tetapi pada masa yang sama ingin menjana keuntungan yang berganda melalui multiple accounts sepertimana teknik kelima.
Caranya, dengan membuat pembiayaan peribadi terlebih dahulu sebanyak RM 75,000 dengan bayaran bulanan sekitar RM 875 sebulan.
Sepertimana teknik keempat, hasil pembiayaan peribadi yang diperoleh tadi akan digunakan untuk membayar bayaran bulanan lima akaun pinjaman pelaburan ASB untuk tahun pertama seperti yang diterangkan dalam teknik kelima.
Hasilnya, dengan komitmen bulanan serendah RM 875, boleh menggandakan duit sehingga RM 220,000.
7. Teknik Serap Interest Rumah Pinjaman ASB
Teknik ini sesuai untuk mereka yang masih mempunyai pembiayaan/pinjaman rumah tetapi ingin memendekkan tempoh pembayaran dan melangsaikannya secepat mungkin.
Dengan teknik ini, bukan sahaja tempoh pembiayaan/pinjaman rumah boleh dipendekkan, malahan boleh menjana sedikit keuntungan selepas habis bayaran nanti.
Lebih menarik lagi, kedua-dua keistimewaan ini boleh dicapai tanpa menjejaskan komitmen bulanan asal.
8. Teknik OD Rumah VS Pinjaman ASB
Kebiasaannya, orang mendapatkan keuntungan daripada rumah melalui jualan, sewaan atau dibuat homestay.
Melalui teknik ini potensi sebuah rumah yang dimiliki (dengan syarat tanpa atau telah habis pembiayaan/pinjaman rumah) boleh dihidupkan semula untuk menjana keuntungan melalui gabungan overdarf (OD) dan pinjaman pelaburan ASB.
Dan ini dicapai tanpa melibatkan sebarang komitmen bulanan.