Daftar Sdn Bhd Untuk Kembangkan Bisnes Anda
Syarikat Sdn Bhd adalah merupakan salah satu entiti perniagaan di Malaysia. Terdapat banyak kelebihan apabila sesebuah perniagaan itu daftar sdn bhd berbanding menggunakan milikan tunggal (enterprise) atau perkongsian untuk berbisnes. Anda tidak perlu risau dengan kos kerana dengan promosi “daftar sdn bhd” dari MalaysiaBiz.Net, anda akan mendapat kos yang murah dan perkhidmatan yang lengkap.

10 Sebab Anda Perlu Daftar
Syarikat Sdn Bhd Pertama Anda
- Tanggungan atau liabiliti terhad. Pemilik syarikat hanya akan rugi setakat modal yang dilaburkan ke atas syarikat. Aset lain yang tidak didaftarkan di atas nama syarikat tidak akan terjejas sekiranya syarikat diisyhtihar muflis. Aset syarikat adalah aset syarikat dan aset pemilik syarikat adalah aset pemilik syarikat. Ianya berasingan berdasarkan konsep entiti perniagaan berbeza. Aset lain yang tidak didaftarkan di atas nama syarikat tidak akan terjejas sekiranya syarikat diisyhtihar muflis.
- Ada kesinambungan. Syarikat dimiliki melalui pemegang saham. Sekiranya sesuatu terjadi kepada pemegang saham, saham itu boleh dijual kepada pemegang saham yang baru. Hal ini menjadikan operasi syarikat sentiasa boleh dikawal selia dan berterusan.Sekiranya terjadi sesuatu ke atas pemilik syarikat, pegangan saham boleh dijual kepada pemilik baru dan ini memastikan operasi syarikat berterusan. Syarikat tidak perlu dibubar seperti entiti milikan tunggal
- Kredibiliti yang tinggi. Pihak bank, kerajaan dan perniagaan lain lebih memandang tinggi terhadap syarikat sdn bhd berbanding entiti lain seperti milikan tunggal atau perkongsian. Dengan ini, bisnes lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman, memasuki tender kerajaan atau mendapatkan supplier yang berkualiti.
- Kadar cukai yang rendah. Kadar cukai syarikat adalah lebih rendah berbanding dengan cukai individu. Bagi tahun taksiran 2020, kadar cukai syarikat maksimum adalah 24% manakala kadar cukai individu boleh mencapai 28% maksimum. Malah, perancangan cukai boleh dilakukan secara sah bagi mengurangkan cukai yang dibayar.
- Dividen syarikat tidak dikenakan cukai. Pemilik syarikat boleh mengambil untung dengan cara mengambil dividen. Baiknya kaedah ini adalah dividen kepada pemilik syarikat tidak dikenakan cukai. Hal ini dapat menjimatkan kos pemilik syarikat.
- Boleh bertukar milik. Pemilikan syarikat bergantung kepada pemilikan saham. Apabila seseorang itu bertindak menjual saham, dia juga melepaskan hak memiliki syarikat tersebut. Pembeli baru saham tersebut dikira sebagai pemilik baru syarikat.
- Boleh melantik pengurusan yang profesional. Pemilik syarikat tidak semestinya menjalankan operasi syarikat secara sendirian. Mereka boleh memilih untuk suatu pihak lain bagi mentadbir syarikat bagi pihak mereka. Pihak ini dikenali sebagai ahli lembaga. Ahli lembaga pengarah terdiri dari mereka yang yang berpengetahuan dan pakar didalam bidang mereka. Dengan ini mereka boleh mengurus syarikat dengan lebih efisien seterusnya menjana lebih keuntungan.
- Mudah mendapat suntikan modal. Modal perniagaan boleh didapati dalam bentuk pinjaman mahupun ekuiti. Syarikat lebih mudah mendapat pinjaman dari pihak bank seperti yang dinyatakan sebelum ini. Bagi suntikan modal ekuiti, ianya boleh dilakukan dengan menambah modal berbayar.
- Penyata kewangan yang disahkan. Adalah menjadi kewajipan untuk syarikat sdn bhd menyediakan penyata kewangan yand disahkan oleh auditor. Hal ini menambah kredibiliti syarikat disamping memastikan keadaan kewangan syarikat sentiasa dalam keadaan terurus. Syarikat juga mudah untuk meyakinkan pelabur luar berkenaan kewangan syarikat dengan memberi penyata kewangan yang diaudit.
- Potensi yang besar. Disebabkan pengurusan syarikat yang teratur melalui ahli lembaga pengarah yang profesional dan perlunya laporan audit tahunan, syarikat berpotensi maju ke hadapan dan lebih berdaya saing.
5 Manfaat daftar Syarikat Sdn Bhd
- Urusan daftar syarikat diuruskan oleh setiausaha syarikat berlesen, FRAZ Corporate Services.
- FRAZ Corporate Services terdiri dari rangkaian profesional seperti akauntan bertauliah, peguam dan agen cukai yang akan membantu anda mencapai kelebihan maksimum syarikat sdn bhd.
- Gabungan pengalaman lebih dari 10 tahun didalam pelbagai industri.
- Anda akan mendapat satu sesi konsultasi PERCUMA untuk mendapat kefahaman mendalam mengenai syarikat sdn bhd.
- FRAZ Corporate Services menyediakan one stop solution bagi semua keperluan dan pematuhan (compliance) pensyarikatan seperti akaun, audit, dan cukai. Jadi anda tidak perlu lagi risau untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan ini.

Berikut adalah 10 mengapa anda perlu mendaftar syarikat sdn bhd dengan promosi “daftar syarikat” dari MalaysiaBiz.net:
3 Langkah Mudah Daftar Sdn Bhd

- Sediakan 3 pilihan nama bagi proses daftar syarikat melalui borang pendaftaran dibawah. Dapatkan panduan pemilihan nama syarikat di pautan berikut: PANDUAN PEMILIHAN NAMA SYARIKAT. Kami akan menghubungi anda segera untuk memberikan pengesahan.
- Kemudian, kami akan memberikan anda borang daftaran syarikat atau ‘superform’ untuk anda isi. Selepas semakan dari pihak kami, anda perlu selesaikan yuran promosi “pendaftaran syarikat murah” berserta yuran pendaftaran SSM untuk pihak kami teruskan proses pendaftaran syarikat sdn bhd
- Sekiranya tiada masalah, proses daftaran syarikat anda akan siap dalam masa 3-5 hari bekerja selepas.
Harga Promosi Daftar Sdn Bhd
Ya betul. Kami tidak akan mengenakan cas tersembunyi. Struktur jelas yuran promosi “daftar syarikat ” sehingga siap daftar Sdn Bhd hanya RM 1498 all-in.
Pakej Lengkap Daftar Sdn Bhd
Kami inginkan anda jelas dengan tawaran pakej kami kerana kami benar-benar ingin bantu anda. Ramai yang kecewa kerana tidak diberikan penjelasan yang lengkap mengenai pakej yang disediakan.
- Bantuan carian nama tanpa had. Kami akan bantu anda untuk cari nama syarikat sdn bhd yang anda inginkan sehingga lulus.
- Borang seksyen 14: Maklumat syarikat
- Borang seksyen 17: Sijil pendaftaran syarikat
- 1 salinan company profile dari SSM
- Satu sesi konsultasi PERCUMA setiap tahun di pejabat kami. Tiada had limit masa. Ya, anda boleh bertanya apa sahaja berkenaan pensyarikatan, audit dan cukai kepada kami.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut bagi proses pendaftaran syarikat sdn bhd, anda boleh layari ke laman web SSM di pautan berikut SSM-GUIDELINES
FAQ: Daftar Sdn Bhd SSM Malaysia
1. Apakah maksud daftar Sdn Bhd online?
Daftar Sdn Bhd online ialah proses pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad yang dibuat secara digital melalui portal rasmi SSM MyCoID, sama ada diurus sendiri atau dibantu oleh setiausaha syarikat berlesen.
2. Adakah pendaftaran syarikat Sdn Bhd boleh dibuat sepenuhnya secara online?
Ya. Proses daftar Sdn Bhd online boleh dilakukan hampir sepenuhnya secara online, namun ramai usahawan memilih bantuan setiausaha berlesen bagi mengelakkan kesilapan teknikal.
3. Siapa yang layak untuk daftar syarikat Sdn Bhd online di Malaysia?
Mana-mana individu berumur 18 tahun ke atas layak untuk daftar Sdn Bhd online, dengan syarat memenuhi keperluan pengarah, pemegang saham dan pelantikan setiausaha syarikat.
4. Berapa minimum pengarah diperlukan untuk daftar Sdn Bhd online?
Minimum seorang (1) pengarah diperlukan dan pengarah tersebut mesti bermastautin di Malaysia. Sekiranya keliru tentang kelayakan, setiausaha berlesen boleh memberi panduan lanjut.
5. Berapa minimum pemegang saham untuk daftar Sdn Bhd online?
Minimum seorang (1) pemegang saham diperlukan. Pengarah dan pemegang saham boleh merupakan individu yang sama semasa daftar Sdn Bhd online.
6. Berapakah modal berbayar minimum untuk daftar Sdn Bhd online?
Modal berbayar minimum ialah RM1, namun setiausaha syarikat berlesen boleh menasihatkan jumlah yang lebih sesuai mengikut keperluan perniagaan dan bank.
7. Adakah alamat berdaftar diperlukan untuk daftar Sdn Bhd online?
Ya. Walaupun daftar Sdn Bhd online, syarikat wajib mempunyai alamat berdaftar di Malaysia. Setiausaha berlesen boleh membantu jika anda belum mempunyai alamat sesuai.
8. Adakah wajib melantik setiausaha syarikat untuk daftar syarikat Sdn Bhd online?
Ya. Pelantikan setiausaha syarikat berdaftar adalah wajib di bawah Akta Syarikat 2016, dan biasanya dilakukan melalui firma setiausaha berlesen.
9. Di mana proses daftar Sdn Bhd online dilakukan?
Proses daftar Sdn Bhd online dibuat melalui portal SSM MyCoID. Namun, jika pengguna menghadapi kesukaran sistem atau prosedur, setiausaha berlesen sepert boleh menguruskan proses bagi pihak anda.
10. Apakah langkah pertama untuk daftar Sdn Bhd online?
Langkah pertama ialah mendaftar akaun MyCoID. Jika akaun gagal diaktifkan atau proses menjadi rumit, mendapatkan bantuan setiausaha berlesen dapat menjimatkan masa.
11. Bagaimana semakan dan tempahan nama dibuat semasa daftar Sdn Bhd online?
Semakan dan tempahan nama dibuat melalui fungsi Direct Incorporation. Setiausaha berlesen boleh membantu mencadangkan nama yang lebih mudah lulus.
12. Apakah itu Borang Super dalam proses daftar Sdn Bhd online?
Borang Super ialah borang digital yang mengandungi semua maklumat penting syarikat. Kesilapan pengisian boleh menyebabkan penolakan, sebab itu ramai memilih bantuan profesional.
13. Berapakah kos untuk daftar Sdn Bhd online?
Kos rasmi SSM sekitar RM1,000. Yuran profesional mungkin dikenakan jika menggunakan khidmat setiausaha berlesen untuk memastikan pendaftaran berjalan lancar.
14. Apakah dokumen diperlukan untuk daftar Sdn Bhd online?
Dokumen utama termasuk:
- Salinan IC pengarah & pemegang saham
- Maklumat pegangan saham
- Alamat perniagaan
Setiausaha berlesen boleh menyemak dokumen bagi mengelakkan kesilapan.
15. Berapa lama masa yang diambil untuk daftar Sdn Bhd online?
Secara purata, 3–7 hari bekerja. Dengan bantuan setiausaha berlesen yang berpengalaman, proses biasanya lebih teratur dan kurang risiko penangguhan.
16. Bagaimana sijil pemerbadanan diterima selepas daftar Sdn Bhd online?
Sijil Pemerbadanan akan dihantar melalui e-mel secara digital selepas permohonan diluluskan oleh SSM.
17. Adakah perlu hadir ke pejabat SSM untuk daftar Sdn Bhd online?
Tidak semestinya. Jika menggunakan khidmat setiausaha berlesen, keseluruhan proses daftar Sdn Bhd online boleh diurus tanpa kehadiran fizikal.
18. Bolehkah warga asing daftar Sdn Bhd online di Malaysia?
Ya. Warga asing boleh daftar Sdn Bhd online tertakluk kepada syarat tertentu. Setiausaha berlesen amat disyorkan untuk kes melibatkan warga asing.
19. Apakah kelebihan menggunakan setiausaha berlesen untuk daftar Sdn Bhd online?
Antara kelebihannya:
- Elak kesilapan teknikal
- Proses lebih cepat & teratur
- Pematuhan undang-undang terjamin
- Kurang stres untuk pemilik perniagaan
20. Jika saya menghadapi kesukaran daftar Sdn Bhd online, apa yang patut saya buat?
Sekiranya anda menghadapi kesukaran teknikal, kekeliruan dokumen atau ingin proses lebih mudah, anda disarankan menghubungi setiausaha syarikat berlesen seperti FRAZ Corporate Services untuk membantu menguruskan pendaftaran Sdn Bhd online secara profesional dan patuh undang-undang.
