4 CARA MUDAH PENDAFTARAN SYARIKAT

Bagi pendaftaran syarikat sdn bhd, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan. Ianya tidaklah sukar namun jika tidak dilakukan dengan betul, proses pendaftaran syarikat sdn bhd anda mungkin akan menghadapi masalah.

Berikut adalah 4 cara mudah bagi pendaftaran syarikat sdn bhd

pendaftaran syarikat sdn bhd

Pertama: Anda perlu cari setiausaha syarikat bertauliah. Berikan cadangan nama syarikat anda. Untuk memudahkan proses, sediakan minimum 3 cadangan nama syarikat. Anda boleh mendapatkan panduan memilih nama syarikat di pautan berikut: 10 Panduan Memilih Nama Syarikat

Kedua: Berikan 3 aktiviti utama syarikat. Sekiranya syarikat ditubuhkan hanya bagi satu tujuan, hanya nyatakan satu tujuan tersebut.

Ketiga: Sediakan maklumat bakal pengarah seperti salinan kad pengenalan, alamat tempat tinggal, email dan no telefon. Hanya satu pengarah diperlukan sebagai had minima penubuhan syarikat sdn bhd

Keempat: Sediakan maklumat berkenaan operasi syarikat seperti modal berbayar,cadangan akaun bank syarikat dan alamat rasmi syarikat. Bagi modal berbayar, minima adalah sekurang-kurangnya RM 2 dan tiada had kalau lebih dari modal minima. Secara amnya, bank syarikat dipilih dengan kriteria berdekatan dengan tempat operasi syarikat agar memudahkan urusan harian. Anda juga perlu menetapkan modal berbayar syarikat. Bagi alamat rasmi syarikat, anda boleh menggunakan alamat ofis anda sendiri atau menggunakan alamat setiausaha syarikat sekiranya anda belum lagi mempunyai ofis.

Tempoh masa bagi pendaftaran syarikat sdn bhd

Tempoh diantara 3 ke 5 hari bekerja diperlukan untuk setiausaha menyiapkan proses penubuhan syarikat sdn bhd anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 

Dokumen pendaftaran syarikat sdn bhd

Sekiranya proses penubuhan syarikat sdn bhd anda berjaya, SSM akan mengeluarkan sijil penubuhan syarikat sdn bhd bersama-sama borang berikut:

Borang 14 – Maklumat Penubuhan Syarikat
Borang 15 – Sijil Rasmi Penubuhan Syarikat 
Borang 17 – Pengesahan Penubuhan Syarikat
Borang 58 & 236 (2)  – Borang Lantikan Setiausaha

Anda perlu menyimpan borang ini ditempat yang selamat kerana maklumat ini selalunnya iakan diperlukan dalam urusan-urusan lain seperti pendaftaran lesen perniagaan atau mendapatkan pinjaman bank.

Berikut adalah 10 kelebihan pendaftaran syarikat sdn bhd

  1. Tanggungan atau liabiliti terhad. Maksudnya disini, pemilik syarikat hanya akan rugi setakat modal yang dilaburkan ke atas syarikat. Aset lain yang tidak didaftarkan di atas nama syarikat tidak akan terjejas sekiranya syarikat diisyhtihar muflis.
  2. Ada kesinambungan. Sekiranya terjadi sesuatu ke atas pemilik syarikat, pegangan saham boleh dijual kepada pemilik baru dan ini memastikan operasi syarikat berterusan. Syarikat tidak perlu dibubar seperti entiti milikan tunggal
  3. Kredibiliti yang tinggi. Pihak bank, kerajaan dan perniagaan lain lebih memandang tinggi terhadap syarikat sdn bhd berbanding entiti lain seperti milikan tunggal atau perkongsian. Dengan ini, bisnes lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman, memasuki tender kerajaan atau mendapatkan supplier yang berkualiti.
  4. Kadar cukai yang rendah. Kadar cukai syarikat adalah lebih rendah berbanding dengan cukai individu. Malah, perancangan cukai boleh dilakukan secara sah bagi mengurangkan cukai yang dibayar.
  5. Dividen syarikat tidak dikenakan cukai. Pemilik syarikat boleh mengambil untung dengan cara mengambil dividen. Baiknya kaedah ini adalah dividen kepada pemilik syarikat tidak dikenakan cukai. Hal ini dapat menjimatkan kos pemilik syarikat.
  6. Boleh bertukar milik. Pemilikan syarikat bergantung kepada pemilikan saham. Apabila seseorang itu bertindak menjual saham, dia juga melepaskan hak memiliki syarikat tersebut. Pembeli baru saham tersebut dikira sebagai pemilik baru syarikat.
  7. Boleh melantik pengurusan yang profesional. Pemilik syarikat tidak semestinya menjalankan operasi syarikat. Mereka boleh memilih untuk melantik lembaga pengarah yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk mentadbir syarikat seterusnya menjana lebih keuntungan.
  8. Mudah mendapat suntikan modal. Modal perniagaan boleh didapati dalam bentuk pinjaman mahupun ekuiti. Syarikat lebih mudah mendapat pinjaman dari pihak bank seperti yang dinyatakan sebelum ini. Bagi suntikan modal ekuiti, ianya boleh dilakukan dengan menambah modal berbayar.
  9. Penyata kewangan yang disahkan. Adalah menjadi kewajipan untuk syarikat sdn bhd menyediakan penyata kewangan yand disahkan oleh auditor. Hal ini menambah kredibiliti syarikat disamping memastikan keadaan kewangan syarikat sentiasa dalam keadaan terurus. Syarikat juga mudah untuk meyakinkan pelabur luar berkenaan kewangan syarikat dengan memberi penyata kewangan yang diaudit.
  10. Potensi yang besar. Disebabkan pengurusan syarikat yang teratur melalui ahli lembaga pengarah yang profesional dan perlunya laporan audit tahunan, syarikat berpotensi maju ke hadapan dan lebih berdaya saing.
pendaftaran syarikat sdn bhd

Bagi mendapatkan maklumat lanjut bagi proses daftar syarikat sdn bhd, anda boleh layari ke laman web SSM di pautan berikut SMM-GUIDELINES

*Promosi daftar RM499 tidak termasuk pembayaran kepada SSM. Keseluruhan kos pendaftaran adalah RM 1498 termasuk pembayaran kepada SSM. Rujuk Struktur Promosi Daftar RM 499 untuk maklumat lanjut.