3 SYARAT DAFTAR SDN BHD SSM

Syarikat sendirian berhad atau syarikat sdn bhd adalah sejenis entiti perniagaan dengan bermatlamatkan keuntungan. Syarat Daftar Sdn Bhd SSM ini dikawal selia oleh Akta Syarikat 2016.

4 KELEBIHAN DAFTAR SYARIKAT SDN BHD

Sebelum pergi lebih jauh, jom kita lihat apakah kelebihan daftar sdn bhd:

1 KELEBIHAN DAFTAR SYARIKAT SDN BHD: LIABILITI TERHAD

Liabiliti syarikat sdn bhd adalah terhad. Ianya terhad setakat jumlah modal yang dikeluarkan oleh pemiliknya sahaja. Jika pemiliknya telah mengeluarkan jumlah modal tersebut, pemilik tidak perlu lagi menyumbang wang kepada syarikat walaupun dalam keadaan syarikat diancam kebangkrapan akibat gagal membayar hutangnya.

2 KELEBIHAN DAFTAR SYARIKAT SDN BHD: BOLEH MEMILIKI ASET

Syarikat sdn bhd juga mempunyai entiti perundangannya tersendiri seperti manusia biasa. Ianya boleh meminjam menggunakan namanya, membeli, menyewa, memasuki kontrak, menyaman, disaman, memiliki harta dan hartanah kesemuanya menggunakan namanya tanpa melibatkan nama pemiliknya.

Semua urusan berkaitan syarikat sdn bhd dari penubuhan sehingga penutupan perlu dilakukan di pejabat pendaftar syarikat atau dikenali kini dengan nama Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) yang beribu pejabat di Menara SSM, KL Sentral, Kuala Lumpur.

3 KELEBIHAN TUBUH SYARIKAT SDN BHD: JANGKA HAYAT BERPANJANGAN

Jangka hayat sesebuah perniagaan juga akan lebih terjamin dalam syarikat Sdn.Bhd. Sekiranya salah seorang dari ahli pemegang saham syarikat anda itu meninggal dunia, perniagaan anda itu tak akan dibubarkan. Sebaliknya saham tersebut akan dipindahkan mengikut wasiat pemegang saham tersebut. Untuk mereka yang memilih untuk mendaftarkan syarikat mereka dengan pemilikan jenis enterprise ini pula, jangka hayat perniagaan lebih pendek. Sekiranya anda mempunyai seorang lagi rakan kongsi sekalipun, perniagaan anda terpaksa juga dibubarkan sekiranya salah seorang meninggal dunia

4 KELEBIHAN TUBUH SYARIKAT SDN BHD: MUDAH DITUBUHKAN

Jika anda mendaftarkan perniagaan anda sebagai pemilikan jenis Sdn. Bhd, secara automatik ia akan menjadi syarikat bertaraf SME (Small Medium Enterprise). Ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada perniagaan tersebut. Syarikat Sdn. Bhd juga mudah dikembangkan dengan cara penggabungan, ambil alih atau usahasama. Modal, idea dan kemahiran pengurusan yang terhad menyebabkan perniagaan agak sukar dikembangkan.

3 SYARAT DAFTAR SDN BHD SSM

Kini anda telah faham akan kelebihan sdn bhd. Berikut adalah 4 syarat daftar sdn bhd SSM;

1. SYARAT DAFTAR SDN BHD SSM: 1 ORANG PENGARAH & 1 ORANG PEMEGANG SAHAM

Untuk menubuhkan syarikat sdn bhd, minimum hanya 1 orang pengarah syarikat yang mempunyai alamat kediaman di Malaysia diperlukan. Selain itu, minimum hanya 1 orang pemegang saham juga diperlukan bagi melengkapkan proses penubuhan. Pengarah dan pemegang saham syarikat boleh dikalangan orang yang sama.

SILA pastikan pengarah tidak muflis, tiada senarai hitam SSM dan tiada senarai hitam Bank. Tiga kriteria pengarah ini sekiranya tiada halangan akan memudahkan proses pendaftaran.

Contoh senarai hitam SSM adalah sekiranya anda anda penalty yang berpunca dari syarikat sdn bhd yang anda miliki sebelum ini. Makanya anda harus selesaikan terlebih dahulu sebelum mendaftarkan syarikat sdn bhd baru ini.

Manakala bagi senarai hitam Bank contohnya anda mempunyai rekod cek tendang sebanyak 3 kali dalam tempoh had tertentu oleh bank. Proses mendaftarkan Sdn Bhd boleh di lakukan tetapi anda tidak boleh buka akaun bank semasa. Kebanyakkan yang mendaftarkan sdn bhd, mereka ini kebiasaanya memiliki akaun semasa untuk memudahkan urusan perniagaan.

2. SYARAT DAFTAR SDN BHD SSM: MENGGUNAKAN NAMA YANG DILULUSKAN SSM

Berikan 3 cadangan carian nama syarikat Sdn bhd SSM. Ini membolehkan carian nama syarikat sdn bhd online yang pantas sekiranya satu nama syarikat sdn bhd ditolak.

Pengarah Syarikat Sdn Bhd Online hendaklah menyatakan maksud nama syarikat tersebut dan carian nama syarikat perlulah berkait rapat dengan sifat perniagaan tersebut. Carian nama syarikat yang telah sedia ada tidak boleh diguna pakai oleh pemilik syarikat yang ingin menubuhkan syarikat yang baru.

Bacaan lanjut mengenai nama syarikat sdn bhd: Panduan carian nama sdn bhd

3. SYARAT DAFTAR SDN BHD SSM: MELANTIK SETIAUSAHA SYARIKAT

Syarikat sdn bhd diwajibkan untuk melantik sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat yang dinyatakan oleh Akta Syarikat 2016 samada dengan menggajinya bekerja dengan syarikat atau mendapatkan perkhidmatan syarikat setiausaha.

Bacaan lanjut mengenai kos tubuh syarikat sdn bhd: Kos tubuh Sdn bhd

PENGURUSAN SYARIKAT SDN BHD

Pada setiap hujung tahun, syarikat sdn bhd diwajibkan oleh Akta Syarikat 2016 untuk:

  1. Menyiap dan membentangkan laporan akaun diaudit syarikat di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Syarikat.
  2. Mengadakan MAT syarikat
  3. Menyerahsimpan satu laporan tahunan syarikat ke SSM

Kegagalan syarikat sdn bhd dalam mematuhi ketiga-tiga keperluan wajib di atas boleh menyebabkan syarikat dan para pengarahnya dikenakan kompaun oleh SSM serta jika disabitkan kesalahan di mahkamah boleh menyebabkan syarikat dikenakan penalti yang tinggi.

Syarikat sdn bhd akan terus menerus wujud walau dengan apa jua perubahan yang berlaku kepada para pemiliknya. Ia juga tidak akan tertutup walau dengan kematian semua pemiliknya. Ianya akan terus wujud melainkan jika satu prosedur penutupan terhadapnya dilakukan samada melalui SSM ataupun mahkamah.

syarat daftar sdn bhd ssm