PENGALAMAN DAFTAR SDN BHD SSM

Sekiranya anda ingin menjalankan bisnes, anda perlu menubuhkan sebuah entiti perniagaan iaitu daftar syarikat enterprise atau syarikat sdn bhd. Biasanya di peringkat awal anda akan menubuhkan sebuah peniagaan bertaraf enterprise. Pengalaman Daftar Sdn Bhd SSM sememangya berbeza dengan pengalaman daftar enterprise.

PENGALAMAN DAFTAR SDN BHD SSM: PERBEZAAN SDN BHD & ENTERPRISE

Syarikat enterprise dan syarikat Sdn Bhd mempunyai beberapa ciri berbeza. Kos menubuhkan syarikat enterprise jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kos daftar syarikat Sdn Bhd Prosedur menubuhkan syarikat enterprise juga lebih mudah. Mengapakah begitu?

Sebab pertama ialah syarikat enterprise biasanya bermodal kecil sementara syarikat Sdn Bhd modalnya lebih besar. Oleh kerana itu, syarikat Sdn Bhd adalah entiti bisnes yang lebih kukuh dan selamat berbanding syarikat enterprise. Ciri ‘kukuh dan selamat’ di sini bermaksud syarikat Sdn Bhd diurus tadbir mengikut kawalan undang-undang iaitu tertakluk kepada Akta Syarikat 2016

Bacaan lanjut: Kelebihan Sdn Bhd berbanding Enterprise

PENGALAMAN DAFTAR SDN BHD SSM: PROSEDUR PENDAFTARAN

Urusan menubuhkan sebuah syarikat sdn bhd biasanya dilakukan oleh sebuah syarikat setiausaha (secretarial company). Anda boleh mendapatkan khidmat syarikat ini dengan melantik mereka sebagai setiausaha syarikat. Semua syarikat Sdn. Bhd. perlu mempunyai setiausaha syarikat. Bagi menubuhkan syarikat Sdn. Bhd. anda perlu mengambil langkah-langkah berikut :-

  1. Pilih 3 nama yang sesuai dan susun mengikut prioriti (nama yang paling disukai letak di atas sekali). Apabila permohonan anda diproses, pendaftar syarikat akan menyemak sama ada nama-nama yang anda pilih itu sudah wujud dan digunakan oleh syarikat lain. Jika ya, mereka akan memilih nama lain berdasarkan pilihan kedua dan ketiga anda.
  2. Fotostat kad pengenalan bagi individu yang akan menjadi pemilik saham sekaligus juga bertindak sebagai pengarah syarikat anda. Dibawah akta syarikat 2016, semua syarikat sdn bhd yang hendak ditubuhkan boleh bermula dengan modal berbayar RM1 dengan 1 orang pemilik saham sahaja
  3. Nyatakan aktiviti utama yang akan dijalankan oleh bisnes anda

PENGALAMAN DAFTAR SDN BHD SSM: KOS PENDAFTARAN

Pengalaman daftar sdn bhd ssm menunjukkan anda perlu sediakan bayaran antara RM2,300 hingga RM2,500 untuk pendaftaran syarikat.

Tetapi jika anda ingin mendapatkan harga yang lebih rendah untuk mendaftar sdn bhd, anda boleh lawati link promosi berikut: DAFTAR SDN BHD RM 1498

PENGALAMAN DAFTAR SDN BHD SSM

PENGALAMAN DAFTAR SDN BHD SSM: KELEBIHAN DAFTAR SYARIKAT SDN BHD

Berikut adalah ‘benefit’ pengalaman daftar sdn bhd yang akan dinikmati oleh pemilik sdn bhd;

  1. Tanggungan atau liabiliti terhad. Pemilik syarikat hanya akan rugi setakat modal yang dilaburkan ke atas syarikat. Aset lain yang tidak didaftarkan di atas nama syarikat tidak akan terjejas sekiranya syarikat diisyhtihar muflis. Aset syarikat adalah aset syarikat dan aset pemilik syarikat adalah aset pemilik syarikat. Ianya berasingan berdasarkan konsep entiti perniagaan berbeza. Aset lain yang tidak didaftarkan di atas nama syarikat tidak akan terjejas sekiranya syarikat diisyhtihar muflis.
  2. Ada kesinambungan. Syarikat dimiliki melalui pemegang saham. Sekiranya sesuatu terjadi kepada pemegang saham, saham itu boleh dijual kepada pemegang saham yang baru. Hal ini menjadikan operasi syarikat sentiasa boleh dikawal selia dan berterusan.Sekiranya terjadi sesuatu ke atas pemilik syarikat, pegangan saham boleh dijual kepada pemilik baru dan ini memastikan operasi syarikat berterusan. Syarikat tidak perlu dibubar seperti entiti milikan tunggal
  3. Kredibiliti yang tinggi. Pihak bank, kerajaan dan perniagaan lain lebih memandang tinggi terhadap syarikat sdn bhd berbanding entiti lain seperti milikan tunggal atau perkongsian. Dengan ini, bisnes lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman, memasuki tender kerajaan atau mendapatkan supplier yang berkualiti.
  4. Kadar cukai yang rendah. Kadar cukai syarikat adalah lebih rendah berbanding dengan cukai individu. Bagi tahun taksiran 2020, kadar cukai syarikat maksimum adalah 24% manakala kadar cukai individu boleh mencapai 28% maksimum. Malah, perancangan cukai boleh dilakukan secara sah bagi mengurangkan cukai yang dibayar.
  5. Dividen syarikat tidak dikenakan cukai. Pemilik syarikat boleh mengambil untung dengan cara mengambil dividen. Baiknya kaedah ini adalah dividen kepada pemilik syarikat tidak dikenakan cukai. Hal ini dapat menjimatkan kos pemilik syarikat.