MENGENALI 10 KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD

Syarikat sendirian berhad atau sdn bhd merupakan entiti perniagaan yang popular di malaysia. Setakat Disember 2018, terdapat lebih dari 1.2 juta syarikat sdn bhd yang telah didaftarkan di Malaysia mengikut statistik yang dikeluarkan oleh SSM. Hal ini membuktikan kelebihan syarikat sdn bhd berbanding dengan perniagaan seperti milikan tunggal (enterprise) atau perkongsian

5 CIRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD

  1. Konsep entiti berbeza. Syarikat sdn bhd dan pemilik adalah berbeza. Syarikat adalah satu entiti yang sah di sisi undang-undang dan boleh memiliki aset. Maksudnya, sekiranya aset itu dibeli dibawah nama syarikat, ianya adalah milik syarikat bukan milik pemilik syarikat
  2. Konsep tanggungan atau liabiliti terhad. Maksudnya disini, pemilik syarikat hanya akan rugi setakat modal yang dilaburkan ke atas syarikat. Aset lain yang tidak didaftarkan di atas nama syarikat tidak akan terjejas sekiranya syarikat diisyhtihar muflis. Aset syarikat adalah aset syarikat dan aset pemilik syarikat adalah aset pemilik syarikat.
  3. Konsep kesinambungan/berterusan. Sekiranya terjadi sesuatu ke atas pemilik syarikat, pegangan saham boleh dijual kepada pemilik baru dan ini memastikan operasi syarikat berterusan. Syarikat tidak perlu dibubar seperti entiti milikan tunggal
  4. Konsep percukaian. Lanjutan dari konsep entiti berbeza, percukaian bagi syarikat sdn bhd adalah berbeza dari pemilik syarikat. Syarikat perlu menghantar dan menyelesaikan percukaiannya sendiri. Berbeza dengan individu yang melapor cukai melalui borang B atau BE sebelum 31 Jun setiap tahun, syarikat sdn bhd melapor cukai melalui borang C dan perlu dilaporkan dalam masa 7 bulan selepas tarikh berkakhir tahun kewangan
  5. Konsep tanggungjawab. Apabila syarikat ditubuhkan terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan setiap tahun iaitu serahan tahunan, serahan penyata kewangan yang diaudit dan serahan laporan cukai tahunan. Kegagalan melakukan perkara ini adalah satu kesalahan disisi undang-undang dan boleh menyebabkan pengarah didenda sehingga RM 50,000 atau penjara bagi setiap kesalahan.

10 KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD

Anda sudah tahu akan ciri-ciri syarikat sdn bhd. Apabila anda menubuhkan sdn bhd, anda akan mendapat kelebihan syarikat sdn bhd seperti berikut:

  1. Liabiliti terhad. Liabiliti terhad bermaksud pemilik syarikat hanya akan rugi terhadap apa yang dilaburkan sahaja. Hal ini pastinya memberikan kelegaan kepada pemilik syarikat. Mereka sudah tahu akan modal ‘hangus’ dan ini membolehkan mereka merancang strategi kewangan. Liabiliti terhad ini juga akan menggalakan usaha keusahawanan kerana nilai kerugian yang terhad
  2. Boleh diwarisi. Syarikat sdn bhd dimiliki melalui pemegang saham. Sekiranya sesuatu terjadi kepada pemegang saham, saham itu boleh dijual kepada pemegang saham yang baru. Hal ini menjadikan operasi syarikat sentiasa boleh dikawal selia dan berterusan.
  3. Kredibiliti yang tinggi. Pihak bank, kerajaan dan perniagaan lain lebih memandang tinggi terhadap syarikat sdn bhd berbanding entiti lain seperti milikan tunggal atau perkongsian. Dengan ini, bisnes lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman, memasuki tender kerajaan atau mendapatkan supplier yang berkualiti.
  4. Kadar cukai yang rendah. Kadar cukai syarikat adalah lebih rendah berbanding dengan cukai individu. Malah, perancangan cukai boleh dilakukan secara sah bagi mengurangkan cukai yang dibayar.
  5. Dividen syarikat tidak dikenakan cukai. Pemilik syarikat boleh mengambil untung dengan cara mengambil dividen. Baiknya kaedah ini adalah dividen kepada pemilik syarikat tidak dikenakan cukai. Hal ini dapat menjimatkan kos pemilik syarikat.
  6. Boleh bertukar milik. Pemilikan syarikat bergantung kepada pemilikan saham. Apabila seseorang itu bertindak menjual saham, dia juga melepaskan hak memiliki syarikat tersebut. Pembeli baru saham tersebut dikira sebagai pemilik baru syarikat.
  7. Boleh melantik pengurusan yang profesional. Pemilik syarikat tidak semestinya menjalankan operasi syarikat. Mereka boleh memilih untuk melantik lembaga pengarah yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk mentadbir syarikat seterusnya menjana lebih keuntungan.
  8. Mudah mendapat suntikan modal. Modal perniagaan boleh didapati dalam bentuk pinjaman mahupun ekuiti. Syarikat lebih mudah mendapat pinjaman dari pihak bank seperti yang dinyatakan sebelum ini. Bagi suntikan modal ekuiti, ianya boleh dilakukan dengan menambah modal berbayar.
  9. Penyata kewangan yang disahkan. Adalah menjadi kewajipan untuk syarikat sdn bhd menyediakan penyata kewangan yand disahkan oleh auditor. Hal ini menambah kredibiliti syarikat disamping memastikan keadaan kewangan syarikat sentiasa dalam keadaan terurus. Syarikat juga mudah untuk meyakinkan pelabur luar berkenaan kewangan syarikat dengan memberi penyata kewangan yang diaudit.
  10. Potensi yang besar. Disebabkan pengurusan syarikat yang teratur melalui ahli lembaga pengarah yang profesional dan perlunya laporan audit tahunan, syarikat berpotensi maju ke hadapan dan lebih berdaya saing.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut bagi berkenaan syarikat, anda boleh layari ke laman web SSM di pautan berikut SMM-GUIDELINES

kelebihan syarikat sdn bhd