KWSP e-CAP: Program Bantuan Majikan COVID-19

KWSP e-CAP

KWSP e-CAP merupakan salah satu inisiatif KWSP dalam meringkan beban pihak majikan dan usahawan dalam mengharungi pandemik COVID-19. KWSP e-CAP bertujuan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak untuk menguruskan aliran tunai bulanan perniagaan di samping membantu majikan untuk terus kekal beroperasi serta terus mengekalkan tenaga kerja mereka.

Program ini membolehkan majikan memohon penangguhan dan penstrukturan Bayaran Caruman Syer Majikan untuk caruman bulan April, Mei & Jun 2020 (Upah bulan Mac, April & Mei 2020).

KWSP e-cap

KELAYAKAN MEMOHON KWSP e-CAP

Untuk memohon kemudahan e-CAP, majikan PKS perlu :

  1. Mempunyai serta menggajikan 200 orang pekerja atau kurang.
  2. Memastikan semua bayaran caruman (syer majikan dan pekerja) setakat caruman bulan Februari 2020 (upah bulan Januari 2020) adalah teratur.
  3. Memastikan bayaran caruman syer pekerja telah diselesaikan sepenuhnya untuk bulan yang dimohon (April, Mei dan Jun).

CARA PERLAKSANAAN KWSP e-CAP

Program ini membolehkan majikan yang layak untuk memohon penangguhan dan menstruktur semula caruman syer majikan untuk caruman bulan April, Mei dan Jun 2020. Bayaran untuk caruman tertangguh yang telah distruktur semula boleh dibuat dalam tempoh maksimum tiga bulan.

Sebagai contoh, untuk PKS yang memohon untuk menangguhkan caruman bulan April, bayaran penstrukturan semula akan bermula dari bulan Julai 2020 sehingga tempoh maksimum tiga bulan yang berakhir pada September 2020.

Untuk PKS yang memohon untuk menangguhkan caruman bulan Mei, bayaran penstrukturan semula untuk bulan tersebut akan bermula dari bulan Ogos 2020 sehingga Oktober 2020, sementara untuk PKS yang memohon untuk menangguhkan caruman bulan Jun, bayaran penstrukturan semula akan bermula dari bulan September 2020 sehingga November 2020.

CARA MEMOHON KWSP e-CAP

Majikan boleh memohon kemudahan KWSP e-CAP melalui i-Akaun (Majikan) bermula 23 April 2020 dan perlu memastikan bahawa permohonan untuk bulan sebelumnya telah diluluskan sebelum membuat permohonan baharu.

Langkah-langkah dan cara mohon bantuan e-CAP adalah seperti berikut:

  1. Layari ke laman rasmi KWSP
  2. Pilih bahasa samada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  3. Kami cadangkan, pilih BM di bahagian atas kanan
  4. Klik LOG MASUK di bahagian menu atas
  5. Pilih i-AKAUN (MAJIKAN)
  6. Anda akan dibawa ke satu laman lain
  7. Sekali lagi, untuk pilihan bahasa, pilih BM
  8. Masukkan ID PENGGUNA
  9. Klik Teruskan
  10. Masukkan KATA LALUAN
  11. Lihat di bahagian menu atas
  12. Klik e-CAP
  13. Baca butiran Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP)
  14. Klik Seterusnya
  15. Ikut panduan yang seterusnya sehingga selesai

MAKLUMAT LANJUT KWSP e-CAP

Untuk maklumat lanjut

  1. Layari laman web KWSP
  2. Hubungi KWSP di 03-8922 6000