Penyata kewangan syarikat sdn bhd perlu diaudit setiap tahun. Perbincangan mengenai kepentingan audit telah dibincakang sebelum ini didalam artikel KEPENTINGAN AUDIT. Fokus artikel pada kali ini adalah mengenai lankah bagi jimat kos audit penyata kewangan.
Ramai pemilik sdn bhd mengeluh kerana kos audit yang tinggi. Sebenarnya kos audit ini ditentukan berdasarkan nilai syarikat dan risiko proses audit tersebut. Hal ini bergantung pada budi bicara auditor. Walaubagaimanapun terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pemilik syarikat untuk memastikan proses audit lancar seterusnya mempengaruhi kepada penjimatan proses audit.
Anda boleh jimat kos audit dengan mempraktikan langkah-langkah dibawah:
PERTAMA: Memastikan akaun yang lengkap – penyata imbang (balance sheet), penyata untung rugi (profit & loss statement), penyata ekuiti(statement of equity) dan penyata tunai (cashflow statement)
KEDUA: Memastikan akaun anda adalah betul – penyata imbang adalah seimbang, penyata untung rugi diterjemah dengan betul ke penyata imbang dan penyata ekuiti, kredit dan debit adalah betul
KETIGA: Kesemua dokumen wujud dan dalam keadaan teratur. Untuk ini, pastikan anda melakukan sistem filing secara konsisten. Untuk maklumat lanjut mengenai dokumen audit anda boleh rujuk artikel DOKUMEN AUDIT
KEEMPAT: Segera menghubungi auditor di hujung tahun kewangan. Anda ada 6 bulan selepas berakhir tahun kewangan untuk melakukan proses audit. Jangan tunggu bulan kelima untuk menghubungi auditor. Sebaiknya, sebulan sebelum berkakhir tahun kewangan, anda telah berhubung dengan auditor.
Di atas hanyalah panduan melancarkan proses audit dan seterusnya boleh membawa kepada penjimatan kos audit. Kos audit sebenar bergantung sepenuhnya dibawah subjektiviti auditor.