pendaftaran syarikat sdn bhd

PENGELUARAN KWSP i-LESTARI

KWSP i-LESTARI

Ekonomi Malaysia berhadapan dengan cabaran kemelesetan ekonomi akibat serangan wabak covid. Atas sebab itu, kerajaan Malaysia melalui Pakej Rangsangan ekonomi telah melancarkan bantuan kewangan KWSP i-Lestari

KWSP i-LESTARI: PENGENALAN

  1. Pekerja yang mencarum dengan KWSP boleh mengeluarkan wang caruman dari akaun KWSP
  2. Pengeluaran KWSP i-Lestari adalah hanya dari akaun 2
  3. Had maksimum pengeluaran KWSP i-lestari adalah sebanyak RM 500

KWSP i-LESTARI: KELAYAKKAN MEMOHON

Berikut adalah kriteria yang perlu dipenuhi bagi memohon pengeluaran KWSP i-Lestari

  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia
  2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2
kwsp i-lestari

KWSP i-LESTARI: TEMPOH PENGELUARAN

  1. Pengeluaran KWSP i-Lestari berkuatkuasa selamat tempoh 1 tahun
  2. Pencarum boleh mengeluarkan KWSP i-Lestari dari 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2020

KWSP i-LESTARI: AMAUN PENGELUARAN

  1. Had minima pengeluaran KWSP i-Lestari adalah RM 50 sebulan
  2. Had maksima pengeluaran KWSP i-Lestari adalah RM 500 sebulan
  3. Hanya satu pengeluaran KWSP i-Lestari dibenarkan dalam sebulan

KWSP i-LESTARI: TARIKH PENERIMAAN BAYARAN

  1. Bagi permohonan pengeluaran KWSP i- Lestari yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibayar pada May 2020
  2. Bagi permohonan pengeluaran KWSP i- Lestari yang diterima pada bulan May 2020, bayaran akan dibayar pada bulan tersebut

KWSP i-LESTARI: CARA MEMOHON

Terdapat 3 cara memohon pengeluaran KWSP i-Lestari

  1. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
  2. Secara e-mel yang dialamatkan kepada: ilestarimohon@epf.gov.my ; atau
  3. Secara hantaran pos kepada alamat :
    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
    Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan
    46720, Petaling Jaya

KWSP i-LESTARI: MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut

  1. Layari laman web KWSP
  2. E-mel ke : ilestari@epf.gov.my
  3. Hubungi KWSP di 03-8922 6000

KWSP i-LESTARI: TUTORIAL e-PENGELUARAN DARI i-AKAUN

1. Daftar masuk di pautan AHLI KWSP

KWSP i-lestari

2. Klik ‘withdrawal’. Kemudian klik ‘new application’

KWSP i-lestari

3. Klik ‘withdrawal type’ dan pilih pengeluaran KWSP i-lestari. Kemudian tekan ‘next’.

KWSP i-lestari

4. Isikan had pengeluaran dan masukan number akaun bank anda. Kemudian tekan ‘next’.

KWSP i-lestari

5. Isikan maklumat berkaitan. Kemudian tekan ‘next’.

KWSP i-lestari

6. Dapatkan pengesahan permohonan pengeluaran KWSP i-lestari. Permohonan pengeluaran KWSP i-lestari anda telah selesai.

KWSP i-lestari