Ramai yang telah mendengar mengenai sijil digital MOF tetapi tidak mengetahui apakah itu sijil digital MOF. Artikel ini akan menerangkan secara lanjut apakah itu sijil digital MOF.
APAKAH SIJIL DIGITAL MOF
Sijil digital MOF adalah satu bentuk pengesahan identiti. Ianya wujud dalam bentuk nombor pin dan jawapan keselamatan. Jadi sekiranya anda berasa keliru atau tidak faham, anda tidak berseorangan. Sijil digital MOF adalahnombor pin dan jawapan keselamatanbagi mengesahkan identiti anda. Anda tidak akan menjumpai sijil secara fizikal.
3 KEPENTINGAN SIJIL DIGITAL MOF
1: Sijil Digital MOF Penting Sebagai Penganti Tandatangan
Tahukah anda semua urusan perolehan kerajaan memerlukan tandatangan dan pengesahan. Oleh itu sijil digital MOF ini bertindak sebagai tanda tangan digital untuk melakukan pengesahan dokumen di atas talian. Penggunaan sijil digital eperolehan ini tidak lah susah, ia mengandungi nombor pin dan jawapan keselamatan yang perlu dimasukkan Ketika membuat pengesahan transaksi dengan jabatan kerajaan.
2: Sijil Digital MOF Diperlukan Untuk Berurusan Dengan Tender Kerajaan Persekutuan
Tahukan anda bahawa sijil digital MOF adalah wajib sekiranya anda ingin menyertai tender kerajaan persekutuan. Ramai yang menganggap dengan membuat pendaftaran MOF sahaja mereka sudah boleh menyertai tender kerajaan persekutuan. Ini adalaha pemahaman yang salah. Sijil MOF dan sijil digital MOF adalah berbeza. Sekiranya anda hanya mendaftar sijil MOF, anda masih tidak cukup syarat untuk menyertai tender kerajaan persekutuan. Anda masih perlu memohon sijil digital MOF.
3: Sijil DIgital MOF Penting Sebagai Pengesahan Pendaftaran Sebagai Pembekal
Sekiranya anda hanya mempunyai sijil MOF, ianya tidak membuktikan anda adalah pembekal yang sah. Hanya syarikat atau peniaga yang telah selesai mendaftar dengan sijil digital MOF sahaja, anda akan menjadi pembekal yang sah di bawah Perolehan Kerajaan Malaysia (ePerolehan). Anda akan mampu menyertai kesemua tender yang disediakan di dalam ePerolehan
CARA MEMOHON SIJIL DIGITAL MOF
- Anda perlulah terlebih dahulu mempunyai akses kepada ePerolehan
- Pendaftaran sijil digital MOF perlulah dilakukan oleh pentadbir ePerolehan
- Pentadbir perlulah mempunyai satu (1) akaun emel yang sah dan masih aktif bagi tujuan pengesahan permohonan dan pengaktifan Sijil Digital.
- Pentadbir pembekal perlu menyediakan dokumen berkaitan maklumat diri iaitu satu salinan kad pengenalan pentadbir
- Pentadbir juga hendaklah mengemukakan dokumen sokongan seperti satu surat rasmi yang mengandungi maklumat peribadi pentadbir dan juga maklumat pendaftaran syarikat.
- Kesemua maklumat ini perlu dimuat naik didalam sistem ePerolehan
Bacaan lanjut: Cara daftar MOF
KELULUSAN SIJIL DIGITAL MOF
Kelulusan sijil digital MOF mengambil masa satu (1) hingga tiga (3) hari waktu bekerja. Pentadbir akan menerima email pengaktifan dan pembekal perlu mengaktifkan dalam tempoh 30 hari selepas email diterima.
TEMPOH SAH SIJIL DIGITAL MOF
Sijil digital MOF mempunyai tempoh sah laku iaitu salama 3 tahun dari tarikh pendaftaran Namun tempoh sah laku ini tidak terikat dengan sijil pendaftaran MOF. Tarikh pendaftaran sijil digital MOF dan sijil MOF adalah berbeza. Selepas tamat tempoh, anda perlu memohon semula sijil digital MOF melalui ePerolehan.
SIJIL DIGITAL MOF YANG TELAH TAMAT TEMPOH
Selepas tamat tempoh, anda perlu memohon semula sijil digital MOF melalui ePerolehan. Anda perlu melakukan semula semua langkah bagi memohon sijil digital MOF yang baharu.
PERBEZAAN SIJIL MOF DAN SIJIL DIGITAL MOF
Berikut adalah beberapa kriteria yang membezakan sijil mof dan sijil digital MOF
Sijil MOF | Sijil Digital MOF |
Merujuk kepada pendaftaran sebagai pembekal MOF | Merujuk kepada pengesahan identiti sebagai pembekal MOF |
Digunakan untuk mengakses sistem ePerolehan | Digunakan untuk menyertai tender didalam sistem ePerolehan |
Terdapat sijil secara fizikal | Tidak terdapat sijil fizikal. Ianya wujud sebagai nombor pin dan frasa keselamatan |
Tempoh sah 3 tahun dari tarikh pendaftaran | Tempoh sah 3 tahun dari tarikh pendaftaran |
KESIMPULAN
Setiap pentadbir pembekal memang diwajibkan untuk mendaftar sijil digital eperolehan sebaik sahaja permohonan pendaftaran sijil kewangan diluluskan. Hal ini adalah kerana, sijil digital sangat penting untuk urusan pembayaran dengan pihak tender atau jabatan kerajaan. Hubungi kami untuk bantuan pendaftaran sijil digital MOF.
MAKLUMAT LANJUT
Anda boleh layari laman web ePerolehan untuk maklumat lanjut.