PENGENALAN SIJIL DIGITAL MOF

Ramai yang telah mendengar mengenai sijil digital MOF tetapi tidak mengetahui apakah itu sijil digital MOF. Artikel ini akan menerangkan secara lanjut apakah itu sijil digital MOF.

APAKAH SIJIL DIGITAL MOF

Sijil digital MOF adalah satu bentuk pengesahan identiti. Ianya wujud dalam bentuk nombor pin dan jawapan keselamatan. Jadi sekiranya anda berasa keliru atau tidak faham, anda tidak berseorangan. Sijil digital MOF adalahnombor pin dan jawapan keselamatanbagi mengesahkan identiti anda. Anda tidak akan menjumpai sijil secara fizikal.

3 KEPENTINGAN SIJIL DIGITAL MOF

1: Sijil Digital MOF Penting Sebagai Penganti Tandatangan

Tahukah anda semua urusan perolehan kerajaan memerlukan tandatangan dan pengesahan. Oleh itu sijil digital MOF ini bertindak sebagai tanda tangan digital untuk melakukan pengesahan dokumen di atas talian. Penggunaan sijil digital eperolehan ini tidak lah susah, ia mengandungi nombor pin dan jawapan keselamatan yang perlu dimasukkan Ketika membuat pengesahan transaksi dengan jabatan kerajaan. 

2: Sijil Digital MOF Diperlukan Untuk Berurusan Dengan Tender Kerajaan Persekutuan

Tahukan anda bahawa sijil digital MOF adalah wajib sekiranya anda ingin menyertai tender kerajaan persekutuan. Ramai yang menganggap dengan membuat pendaftaran MOF sahaja mereka sudah boleh menyertai tender kerajaan persekutuan. Ini adalaha pemahaman yang salah. Sijil MOF dan sijil digital MOF adalah berbeza. Sekiranya anda hanya mendaftar sijil MOF, anda masih tidak cukup syarat untuk menyertai tender kerajaan persekutuan. Anda masih perlu memohon sijil digital MOF.

3: Sijil DIgital MOF Penting Sebagai Pengesahan Pendaftaran Sebagai Pembekal

Sekiranya anda hanya mempunyai sijil MOF, ianya tidak membuktikan anda adalah pembekal yang sah. Hanya syarikat atau peniaga yang telah selesai mendaftar dengan sijil digital MOF sahaja, anda akan menjadi pembekal yang sah di bawah Perolehan Kerajaan Malaysia (ePerolehan). Anda akan mampu menyertai kesemua tender yang disediakan di dalam ePerolehan

CARA MEMOHON SIJIL DIGITAL MOF

    • Anda perlulah terlebih dahulu mempunyai akses kepada ePerolehan
    • Pendaftaran sijil digital MOF perlulah dilakukan oleh pentadbir ePerolehan
    • Pentadbir perlulah mempunyai satu (1) akaun emel yang sah dan masih aktif bagi tujuan pengesahan permohonan dan pengaktifan Sijil Digital.
    • Pentadbir pembekal perlu menyediakan dokumen berkaitan maklumat diri iaitu satu salinan kad pengenalan pentadbir
    • Pentadbir juga hendaklah mengemukakan dokumen sokongan seperti satu surat rasmi yang mengandungi maklumat peribadi pentadbir dan juga maklumat pendaftaran syarikat.
    • Kesemua maklumat ini perlu dimuat naik didalam sistem ePerolehan

    Bacaan lanjut: Cara daftar MOF

    KELULUSAN SIJIL DIGITAL MOF

    Kelulusan sijil digital MOF mengambil masa satu (1) hingga tiga (3) hari waktu bekerja. Pentadbir akan menerima email pengaktifan dan pembekal perlu mengaktifkan dalam tempoh 30 hari selepas email diterima.

    TEMPOH SAH SIJIL DIGITAL MOF

    Sijil digital MOF mempunyai tempoh sah laku iaitu salama 3 tahun dari tarikh pendaftaran Namun tempoh sah laku ini tidak terikat dengan sijil pendaftaran MOF. Tarikh pendaftaran sijil digital MOF dan sijil MOF adalah berbeza. Selepas tamat tempoh, anda perlu memohon semula sijil digital MOF melalui ePerolehan.

    SIJIL DIGITAL MOF YANG TELAH TAMAT TEMPOH

    Selepas tamat tempoh, anda perlu memohon semula sijil digital MOF melalui ePerolehan. Anda perlu melakukan semula semua langkah bagi memohon sijil digital MOF yang baharu.

    PERBEZAAN SIJIL MOF DAN SIJIL DIGITAL MOF

    Berikut adalah beberapa kriteria yang membezakan sijil mof dan sijil digital MOF

    Sijil MOFSijil Digital MOF
    Merujuk kepada pendaftaran sebagai pembekal MOFMerujuk kepada pengesahan identiti sebagai pembekal MOF
    Digunakan untuk mengakses sistem ePerolehanDigunakan untuk menyertai tender didalam sistem ePerolehan
    Terdapat sijil secara fizikalTidak terdapat sijil fizikal. Ianya wujud sebagai nombor pin dan frasa keselamatan
    Tempoh sah 3 tahun dari tarikh pendaftaranTempoh sah 3 tahun dari tarikh pendaftaran

    KESIMPULAN

    Setiap pentadbir pembekal memang diwajibkan untuk mendaftar sijil digital eperolehan sebaik sahaja permohonan pendaftaran sijil kewangan diluluskan. Hal ini adalah kerana, sijil digital sangat penting untuk urusan pembayaran dengan pihak tender atau jabatan kerajaan. Hubungi kami untuk bantuan pendaftaran sijil digital MOF.

    MAKLUMAT LANJUT

    Anda boleh layari laman web ePerolehan untuk maklumat lanjut.

    Sijil Digital MOF