Ramai usahawan yang memilih untuk tukar ke sdn bhd. Namun, adakah anda pernah terfikir sebab mengapa ramai lebih memilih Sdn Bhd daripada Enterprise? Dalam artikel ini, kami akan menceritakan indikator yang anda telah bersedia untuk tukar ke sdn bhd dari enterprise
6 SEBAB RAMAI PILIH UNTUK TUKAR KE SDN BHD DARI ENTERPRISE
1. Tukar Ke Sdn Bhd Bila Anda ada Konsisten Untung
Anda sesuai untuk upgrade enterprise ke sdn bhd jika bisnes anda telah berkembang maju dengan keuntungan minima RM10,000 sebulan.
Bacaan lanjut: Steps Upgrade ke Sdn Bhd
2. Tukar Ke Sdn Bhd Bila Anda ada Pengurusan Dokumen yang baik
Anda sesuai untuk upgrade enterprise ke sdn bhd jika anda sudah memiliki kekuatan dalam mengurus dokumen, mengurus operasi, mengurus jualan & perbelanjaan.
Bacaan Lanjut: Cara Daftar Sdn Bhd Online
3. Tukar Ke Sdn Bhd Bila Anda Inginkan Kadar Cukai Yang Lebih Rendah
Jika bisnes dah baik dan mempunyai untung yang tinggi, anda cuba semak berapa cukai yang dikenakan, kalau cukai anda melebihi kadar 15%, anda patut beralih kepada Sdn Bhd yang mempunyai kadar yang lebih rendah (2023: 15%)
4. Tukar Ke Sdn Bhd Bila Anda Inginkan kepercayaan dan kredibiliti
Anda sesuai untuk upgrade enterprise ke sdn bhd jika anda ingin mendapatkan peluang yang lebih besar dan ada kredibiliti bagi menyertai tender swasta atau kerajaan
Bacaan Lanjut: Pengalaman Daftar SSM
5. Tukar Ke Sdn Bhd Bila Anda Mempunyai Management Team Yang Bersedia
Anda sesuai untuk upgrade enterprise ke sdn bhd jika anda mempunyai rakan kongsi yang boleh bekerjasama, yang mempunyai peranan masing-masing & mengetahui peranan sebagai rakan kongsi.
6. Tukar Ke Sdn Bhd Bila Bisnes Anda Cashlow Positif
Anda sesuai untuk upgrade enterprise ke sdn bhd jika anda mempunyai casflow yang positif setelah tolak perbelanjaan penting syarikat seperti gaji, sewa, hire purchase dan lain-lain lagi.
Bacaan lanjut: Kelebihan Upgrade Enterprise Ke Sdn Bhd
6 PANDUAN LENGKAP TUKAR KE SDN BHD SSM
Langkah Tukar Enterprise Ke Sdn Bhd 1: Daftar Sdn Bhd SSM
Cari setiausaha syarikat untuk daftar sdn bhd anda. Proses pendaftaran sdn bhd biasanya mengambil masa 3-5 bekerja. Kami mencadangkan agar nama enterprise dan sdn bhd mempunyai kesinambungan. Jangan terlalu berbeza kerana ia boleh menyebabkan kekeliruan kepada klien anda.
Langkah Tukar Enterprise Ke Sdn Bhd 2: Buka Bank Sdn Bhd
Sdn Bhd baru anda memerlukan akaun bank syarikat untuk menjalankan semua transaksi perniagaan. Akaun bank syarikat sdn bhd ini amat penting untuk mengasingkan urusan kewangan bisnes enterprise dan sdn bhd.
Langkah Tukar Enterprise Ke Sdn Bhd 3: Pindahkan Aset & Liabiliti
Anda perlu memindahkan aset dan liabiliti dari enterprise ke sdn bhd. Pastikan semua aset dan liabiliti dikira secara tepat agar transaksi ‘jual beli’ antara Enterprise dan Sdn Bhd anda dilakukan secara tepat.
Langkah Tukar Enterprise Ke Sdn Bhd 4: Maklumkan Pada Klien
Anda perlu memberi tahu klien ada untuk berurusan dengan sdn bhd yang baru kerana anda telah upgrade enterprise ke sdn bhd. Jika perlu, anda hendaklah menandatangai kembali kontrak dengan para pembekal, klien, pekerja, dan sebagainya. Dengan ini, mereka sekarang akan berurusan dengan Sdn Bhd yang baharu diperbadankan, bukannya lagi dengan enterprise anda yang lama.
Bacaan Lanjut: Upgrade SSM Online
Langkah Tukar Enterprise Ke Sdn Bhd 5: Daftar Dengan Badan Berwajib
Anda perlu mendaftar syarikat sdn bhd anda kembali dgn semua badan berwajib seperti LHDN, KWSP, PERKESO dan lain-lain. Hal ini kerana syarikat sdn bhd yang anda tubuhkan telah mempunyai nombor pendaftaran yang berlainan. Jadi ianya perlu didaftarkan semula bagi memastikan pendaftaran badan berwajib adalah keatas nombor pendaftaran sdn bhd yang baru tersebut.
Langkah Tukar Enterprise Ke Sdn Bhd 6: Tutup Enterprise
Setelah selesai urusan di atas, anda bolehlah menutup enterprise anda. Tahniah, anda kini telah selesai upgrade enterprise ke sdn bhd
Bacaan lanjut: Kelebihan Syarikat Sdn Bhd