cara daftar sdn bhd

CARA DAFTAR ENTERPRISE ONLINE SSM (UPDATE 2020)

Enterprise atau milikan tunggal merupakan salah satu entiti perniagaan yang popular di malaysia. Setakat ini hampir 7 juta perniagaan telah didaftarkan dengan enterprise. Walaubagaimanapun, masih ada yang tidak tahu cara daftar enterprise online SSM. Entri ini akan menerangkan secara jelas mengenai cara daftar enterprise ssm secara online SSM.

KEPENTINGAN MENDAFTAR ENTERPRISE SSM

Secara amnya, ianya adalah satu kewajipan untuk anda mendaftar enterprise SSM sekiranya anda ingin berniaga di Malaysia. Berniaga ini termasuklah secara sampingan atau serius, online atau offline, berniaga produk atau servis dan segala jenis aktiviti yang mendatangkan keuntungan kepada anda.

Pendaftaran perlu dilakukan dalam masa 30 hari dari permulaan perniagaan. Kegagalan berbuat demikian, anda boleh dikenakan hukuman penalti tidak lebih dari RM50,000 atau penjara tidak lebih dari 2 tahun atau kedua-duanya. (SSM)

CARA DAFTAR ENTERPRISE ONLINE SSM

  • Penggunan baru dikehendaki membuat pendaftaran sebagai pengguna di Portal ezbiz online. Sila lawati SSM EZBIZ untuk mendaftar.
  • Gunakan e-mel yang aktif dan sah untuk mendaftar.
    Selepas mendaftar, sila pergi ke mana-mana kaunter SSM yang terdekat dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima daripada e-mel pengguna
  • Sila lakukan pengaktifan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat. Ianya bagi mengesahkan pemilik sebenar dalam mengelakkan sebarang penipuan dalam daftar pemilik perniagaan. Pengaktifan hanya perlu dibuat sekali seumur hidup
  • Setelah selesai segala urusan, anda boleh menggunakan ezbiz online untuk pendaftaran dan pembaharuan perniagaan secara online.

KOS PENDAFTARAN ENTERPRISE ONLINE SSM

Berikut adalah kos pendaftaran perniagaan enterprise ssm atau milikan tunggal selama setahun;

A .Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
B .perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
C. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
D. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00.

PEMBAHARUAN LESEN DAFTAR ENTERPRISE SSM

Pembaharuan daftar enterprise SSM hendaklah dilakukan sebelum dari tarikh enterprise SSM tamat atau 12 bulan dari tarikh lesen enterprise SSM tamat. Contohnya Abu menubuhkan Abu Enterprise pada 31/12/2019. Abu perlu memperbaharui enterprise itu pada tahun berikutnya selewat-lewatnya pada 31/12/2020.

Pembaharuan lesen enterprise SSM boleh dilakukan secara online di SSM EZBIZ atau di pejabat SSM

Pembaharuan lesen SSM boleh dilakukan dalam tempoh 1 tahun dari tarikh akhir enterpise SSM. Sekiranya ia tidak diperbaharui ianya akan ditamatkan secara automatik oleh SSM. Sambungan contoh Abu diatas, Abu tidak membayar yuran pembaharuan SSM pada 31/12/2020. Secara automatik pendaftaran SSM Abu enterprise dibatalkan pada 1/1/2021. (SSM)

KELEBIHAN DAFTAR ENTERPISE SSM

Sekiranya anda mendaftar entiti enterprise, anda akan mendapat kelebihan berikut:

  1. Mudah, murah dan cepat untuk ditubuhkan
    Ianya siap dalam masa 1 jam. Berbanding dengan syarikat, 5-7 hari diperlukan untuk penubuhan. Selain itu, kos enterprise juga lebih murah. Hanya RM 70 diperlukan berbanding kos penubuhan syarikat sdn bhd yang mencecah ribuan ringgit.
  2. Diyakini dan ada kredibiliti
    Sdn Bhd adalah entiti yang paling sesuai untuk memajukan bisnes. Pihak bank dan pembekal lebih suka berurusan dengan perniagaan berstatus sdn bhd.
  3. Boleh buka akaun bank semasa
    Satu akaun khas boleh dibuka bagi tujuan perniagaan. Ini memudahkan operasi dan pengurusan
  4. Kos pengurusan yang rendah
    Berbanding syarikat Sdn Bhd, enterprise tidak memerlukan annual submission dan audit. Jadi ini dapat menjimatkan kos pengurusan operasi.

Maklumat lanjut kelebihan daftar enterprise SSM boleh didapati pada artikel ini: Kelebihan Enterprise

KEKURANGAN DAFTAR ENTERPRISE SSM

Sekiranya anda mendaftar entiti enterprise, berikut adalah beberapa kekurangan entiti perniagaan enterprise SSM

  1. Liabiliti tidak terhad
    Anda boleh kehilangan kesemua harta yang didaftar dibawah nama anda. Hal ini termasuk rumah dan kereta anda.
  2. Tidak boleh diwarisi
    Enterprise tidak boleh diwarisi kerana pemilikan tidak boleh dipindah milik. Enterprise anda akan dibubar pada hari kematian anda.
  3. Kurang kredibiliti berbanding Sdn Bhd
    Enterprise hanyalah untuk permulaan. Entiti syarikat sdn bhd menunjukkan usahawan itu komited dan bersungguh-sungguh memajukan perniagaan
  4. Kadar cukai yang tinggi.
    Keuntungan enterprise boleh dikenakan sehingga 28% berbanding sdn bhd bermula serendah 18%.

Maklumat lanjut kelebihan daftar enterprise SSM boleh didapati pada artikel ini: Kelebihan Enterprise

Cara Daftar Enterprise online SSM