Enterprise atau milikan tunggal merupakan salah satu entiti perniagaan yang popular di malaysia. Setakat ini hampir 7 juta perniagaan telah didaftarkan dengan enterprise. Walaubagaimanapun, masih ada yang tidak tahu cara daftar enterprise SSM. Entri ini akan menerangkan secara jelas mengenai cara daftar enterprise ssm offline di pejabat SSM.
KEPENTINGAN MENDAFTAR ENTERPRISE SSM
Secara amnya, ianya adalah satu kewajipan untuk anda mendaftar enterprise SSM sekiranya anda ingin berniaga di Malaysia. Berniaga ini termasuklah secara sampingan atau serius, online atau offline, berniaga produk atau servis dan segala jenis aktiviti yang mendatangkan keuntungan kepada anda.
Pendaftaran perlu dilakukan dalam masa 30 hari dari permulaan perniagaan. Kegagalan berbuat demikian, anda boleh dikenakan hukuman penalti tidak lebih dari RM50,000 atau penjara tidak lebih dari 2 tahun atau kedua-duanya. (SSM)
LANGKAH-LANGKAH DAFTAR ENTERPRISE SSM OFFLINE DI KAUNTER SSM
- Pertama sekali, cari pejabat SSM yang terdekat dekat dengan anda untuk daftar enterprise SSM.
- Pastikan anda membawa kad pengenalan dan wang yang secukupnya.
- Sebelum bertolak, anda boleh fikirkan nama perniagaan yang sesuai. Tak perlu buang masa untuk fikir nama perniagaan di kaunter SMM.
- Apabila sampai di kaunter SSM, anda perlu mendapatkan borang pendaftaran. Selepas isi, dapatkan nombor giliran untuk daftar enterprise SSM anda.
- Apabila tiba giliran anda, buat pembayaran bagi daftar enterprise SSM anda.
- Selepas itu adnda perlu tunggu dalam 45 minit untuk mendapatkan sijil penubuhan enterprise SSM. Proses daftar enterpise SSM dah pun selesai.
KOS PENDAFTARAN ENTERPRISE SSM
Berikut adalah kos pendaftaran perniagaan enterprise ssm atau milikan tunggal selama setahun
A .Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
B .perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
C. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
D. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.60 (Termasuk GST).
PEMBAHARUAN LESEN DAFTAR ENTERPRISE SSM
Pembaharuan daftar enterprise SSM hendaklah dilakukan sebelum dari tarikh enterprise SSM tamat atau 12 bulan dari tarikh lesen enterprise SSM tamat. Contohnya Abu menubuhkan Abu Enterprise pada 31/12/2019. Abu perlu memperbaharui enterprise itu pada tahun berikutnya selewat-lewatnya pada 31/12/2020.
Pembaharuan lesen enterprise SSM boleh dilakukan secara online di SSM EZBIZ atau di pejabat SSM
Pembaharuan lesen SSM boleh dilakukan dalam tempoh 1 tahun dari tarikh akhir enterpise SSM. Sekiranya ia tidak diperbaharui ianya akan ditamatkan secara automatik oleh SSM. Sambungan contoh Abu diatas, Abu tidak membayar yuran pembaharuan SSM pada 31/12/2020. Secara automatik pendaftaran SSM Abu enterprise dibatalkan pada 1/1/2021. (SSM)
KELEBIHAN DAFTAR ENTERPISE SSM
Sekiranya anda mendaftar entiti enterprise, anda akan mendapat kelebihan berikut:
- Mudah, murah dan cepat untuk ditubuhkan
Ianya siap dalam masa 1 jam. Berbanding dengan syarikat, 5-7 hari diperlukan untuk penubuhan. Selain itu, kos enterprise juga lebih murah. Hanya RM 70 diperlukan berbanding kos penubuhan syarikat sdn bhd yang mencecah ribuan ringgit. - Diyakini dan ada kredibiliti
Sdn Bhd adalah entiti yang paling sesuai untuk memajukan bisnes. Pihak bank dan pembekal lebih suka berurusan dengan perniagaan berstatus sdn bhd. - Boleh buka akaun bank semasa
Satu akaun khas boleh dibuka bagi tujuan perniagaan. Ini memudahkan operasi dan pengurusan
Maklumat lanjut kelebihan daftar enterprise SSM boleh didapati pada artikel ini: Kelebihan Enterprise
KEKURANGAN DAFTAR ENTERPRISE SSM
Sekiranya anda mendaftar entiti enterprise, berikut adalah beberapa kekurangan entiti perniagaan enterprise SSM
- Liabiliti tidak terhad
Anda boleh kehilangan kesemua harta yang didaftar dibawah nama anda. Hal ini termasuk rumah dan kereta anda. - Tidak boleh diwarisi
Enterprise tidak boleh diwarisi kerana pemilikan tidak boleh dipindah milik. Enterprise anda akan dibubar pada hari kematian anda. - Kurang kredibiliti berbanding Sdn Bhd
Enterprise hanyalah untuk permulaan. Entiti syarikat sdn bhd menunjukkan usahawan itu komited dan bersungguh-sungguh memajukan perniagaan - Kadar cukai yang tinggi.
Keuntungan enterprise boleh dikenakan sehingga 28% berbanding sdn bhd bermula serendah 18%.
Maklumat lanjut kelebihan daftar enterprise SSM boleh didapati pada artikel ini: Kelebihan Enterprise