Pastinya ramai yang ingat cara daftar persatuan NGO ini suatu proses yang sukar. Di Malaysia, persatuan juga dikenali sebagai Pertubuhan. Penubuhan Persatuan NGO dikawalselia oleh Registrar of Society Malaysia (ROS). Sebenarnya, cara daftar persatuan NGO tidaklah sesukar mana sekiranya anda tahu langkah-langkahnya. Berikut adalah 5 langkah mudah untuk daftar persatuan NGO.
CARA DAFTAR PERSATUAN NGO 1: LANTIK SETIAUSAHA
Untuk mulakan pendaftaran persatuan, anda mestilah mempunyai anggota dan melakukan mesyuarat di antara anggota persatuan NGO yang nak ditubuhkan. Bilangan minimum anggota persatuan NGO mestilah sekurang-kurangnya adalah 7 orang. 7 orang anggota persatuan NGO ini merangkumi pengerusi, S/U, bendahari dan AJK. Mesyuarat yang pertama ini dinamakan sebagai Mesyuarat Penubuhan. Dan jangan lupa catat minit mesyuarat ya. Nak bincang apa dalam mesyuarat ini?
- Bersetuju menubuhkan persatuan,
- Meluluskan nama persatuan yang akan didaftar,
- Menetapkan tempat urusan atau alamat yang akan didaftarkan,
- Melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan untuk uruskan pertubuhan (antara jawatan penting adalah setiausaha).
- Meluluskan undang-undang (atau perlembagaan) persatuan yang nak didaftarkan.
- Catat minit mesyuarat.
CARA DAFTAR PERSATUAN NGO 2: PILIH NAMA & ALAMAT PERSATUAN NGO ANDA
Antara tugas yang penting adalah memilih nama persatuan NGO yang bertepatan dengan garis panduan ROS. Ini merupakan antara tugas awal setiausaha. Setiausaha yang dilantik perlu melakukan semakan dalam sistem e-ROS. Nama mesti dalam Bahasa Melayu, kemudian diikuti oleh Bahasa Inggeris jika ada, dan mesti dalam kurungan. Contohnya, Pertubuhan Bulan Penuh (Full Moon Organisation).
Alamat pejabat pula akan menentukan ROS negeri mana yang akan proses permohonan anda. Cuma pada bahagian ini juga, ada dua item yang mesti diberikan perhatian khususnya oleh S/U. Iaitu :
- Negeri Persatuan : Ianya akan merujuk kepada negeri di mana alamat pejabat atau tempat urusan NGO anda.
- Taraf Persatuan : Ianya menentukan komposisi AJK. Kalau taraf pertubuhan/NGO adalah negeri, maksudnya semua AJK mestilah datang dari negeri yang sama dengan negeri pertubuhan/NGO. Contoh kalau negeri NGO adalah Selangor, maksudnya semua AJK mestilah mempunyai kad pengenalan Selangor. Kalau taraf NGO adalah kebangsaan, setiap 7 orang AJK mesti datang dari 7 negeri berbeza.
CARA DAFTAR PERSATUAN NGO 3: PILIH FORMAT PERLEMBAGAAN PERSATUAN NGO ANDA
Perlembagaan persatuan NGO adalah elemen paling penting didalam sesebuah pertubuhan NGO. Perlembagaan menentukan susun atur perjalanan sebuah NGO. Perlembagaan juga menetapkan matlamat, apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh sesebuah persatuan NGO.
Oleh itu, ROS telah memberikan 2 pilihan format perlembagaan persatuan NGO. Boleh pilih sama ada nak ikut format ROS ataupun format sendiri. Paling senang ikut sahaja format yang diberikan. Ianya boleh didapati secara secara percuma dalam laman web mereka. Kalau anda rasa format perlembagaan persatuan NGO yang diberikan oleh ROS tidak bersesuaian atau tidak menepati cita rasa persatuan NGO ada, anda boleh mencipta format persatuan NGO anda sendiri. Tetapi anda perlu ingat, cara ini lebih sukar dan panjang. ROS mungkin juga menolak perlembagaan pertubuhan NGO anda kerana tidak menepati kriteria perlembagaan persatuan NGO yang dikehendaki oleh ROS. Jadi, pilihlah format perlembagaan NGO yang bersesuaian dengan anda.
CARA DAFTAR PERSATUAN NGO 4: PILIH LENCANA PERSATUAN NGO ANDA
Anda telah pun tiba ke bahagian yang lebih mudah dan menarik iaitu lencana/logo persatuan NGO anda. Lencana/NGO ini penting kerana ia akan mewujudkan identiti persatuan NGO anda. Kami cadangkan untuk buat yang simple, tetapi bold. Maksudnya, bila orang tengok dah tahu apa tujuan persatuan NGO anda. Hal ini penting kerana nanti setiap warna, bentuk atau seumpamanya mestilah diberikan penjelasan atau perincian. Pastikan format lencana/logo anda ini didalam format yang dikehendaki kerana ia perlu diupload ke dalam e-ROS oleh Setiausaha.
CARA DAFTAR PERSATUAN NGO 5: SUBMIT INFO PERSATUAN NGO ONLINE MELALUI e-ROS
Ini adalah langkah terakhir dalam mendaftar persatuan NGO. Ketika anda sampai ke langkah ini, maksudnya kesemua maklumat yang diperlukan untuk mendaftar telah pun disiapkan. Untuk langkah terakhir ini, setiausaha persatuan NGO akan mengisi semua maklumat kedalam sistem online pendaftaran persatuan ROS iaitu e-ROS>>> https://www.eroses.gov.my/ros.php
Melalui e-ROS, setiausaha perlu key-in dalam sistem segala butiran yang diperlukan termasuk logo, bendera dan segala maklumat yang diperlukan. Pastikan anda semakan dua tiga kali bagi memastikan tiada sebarang kesilapan dibuat sebelum tekan butang HANTAR .
FEE PENDAFTARAN PERSATUAN NGO
Selepas submission online melaui e-ROS, setiausaha mesti buat pembayaran untuk proses permohonan sebanyak RM30.
TEMPOH MASA PENDAFTARAN PERSATUAN NGO
Tempoh masa kelulusan adalah diantara 5-10 hari bekerja
Anda ingin menjalankan bisnes, mungkin sdn bhd lebih sesuai untuk anda. Lawati artikel ini untuk maklumat lanjut mengenai promosi daftar sdn bhd >>>> DAFTAR SDN BHD