pendaftaran syarikat sdn bhd

Cara Tukar Nama TNB

Proses tukar nama tnb adalah satu aktiviti untuk ‘create’ akaun tnb khusus kepada pengguna atau penyewa yang sebenar. Dengan ini, orang yang menggunakan eletrik tersebut perlulah bertanggungjawab di atas pengunaan elektrik seperti membayar tepat pada waktunya dan kos-kos lain yang berkaitan dengan TNB.

Kelebihan Tukar Nama TNB

1.Pengguna/penyewa yang sebenar perlu bertanggungjawab terhadap bil eletrik
2.Pengguna/penyewa dapat akses secara terus terhadap caj bil eletrik
3.Memberikan keselamatan dan ketenangan kepada pemilik premis sekiranya penyewa tidak membayar kerana liabiliti adalah keatas pengguna selepas tukar nama TNB.

Dua Cara Tukar Nama TNB

Terdapat 2 cara untuk tukar nama TNB

1. ONLINE: Anda boleh memohon untuk tukar nama TNB melalui web atau mobile phone
2. MANUAL: Anda boleh walk-in ke cawangan TNB yang terdekat untuk proses tukar nama.

Tukar Nama TNB Online

Langkah Tukar Nama TNB Online 1: Pastikan anda mempunyai dokumen yang mencukupi. Dokumen tukar nama TNB adalah seperti berikut:
– Salinan perjanjian S&P atau Salinan perjanjian Sewaan
– Surat kebenaran untuk akaun TNB sendiri dari pemilik (sekiranya menyewa)
– Salinan IC penyewa
– Salinan IC pemilik
– Cop syarikat sekiranya menyewa atas nama syarikat

Langkah Tukar Nama TNB Online 2: Layari laman web www.mytnb.com.my untuk prosess tukar nama TNB online

tukar nama tnb online

Log in guna maklumat sedia ada. Sekiranya belum daftar, register dulu.

Pilih I am moving in untuk create account TNB baru.
Masukkan alamat premis.
Peringatan untuk penyediaan dokumen. Tekan ‘next’
Isi maklumat yang berkaitan
Upload dokumen yang berkaitan

Proses permohonan & penghantaran dokumen selesai.

Langkah Tukar Nama TNB Online 3: Pihak TNB akan menyemak permohonan tukar nama TNB anda. Sekiranya tiada masalah dan permohonan anda diluluskan, anda akan menerima ‘demand letter’ untuk proses pembayaran. Anda boleh membuat bayaran seperti yang dimaklumkan sama ada di Kedai TNB atau boleh buat secara online melalui FPX, Credit Card atau Debit Card.

Langkah Tukar Nama TNB Online 4 . Selepas pembayaran, anda akan menerima emel pengesahan dan kelulusan akaun anda. Selesai proses tukar nama TNB online. Anda boleh buat dirumah tanpa perlu hadir ke cawangan tnb.

Tukar Nama TNB Manual

Melalui kaedah ini, anda perlu hadir ke cawangan TNB yang berdekatan bagi proses tukar nama TNB.

Tukar Nama TNB Manual 1: Pastikan anda bawa dokumen tukar nama TNB berikut:
– Salinan perjanjian S&P atau Salinan perjanjian Sewaan
– Surat kebenaran untuk akaun TNB sendiri dari pemilik (sekiranya menyewa)
– Salinan IC penyewa
– Salinan IC pemilik
– Cop syarikat sekiranya menyewa atas nama syarikat

Tukar Nama TNB Manual 2: Di Kedai TNB, minta borang tukar nama. Isikan maklumat yang diperlukan

Tukar Nama TNB Manual 3: Buat pembayaran dan urusan tukar nama selesai.

Untuk maklumat lanjut mengenai proses tukar nama TNB anda boleh hubungi TNB careline 1-300-88-5454 atau layari laman web www.mytnb.com.my