4 CIRI-CIRI ENTERPRISE UTAMA

4 CIRI-CIRI ENTERPRISE

Enterprise atau milikan tunggal merupakan salah satu entiti perniagaan yang popular di malaysia. Setakat ini hampir 7 juta perniagaan telah didaftarkan dengan enterprise kerana kelebihan enterprise yang mesra bisnes di peringkat permulaan.

Antara ciri-ciri utama mendaftarkan perniagaan enterprise dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah:

1. CIRI-CIRI ENTERPRISE: MUDAH DITUBUHKAN

Untuk menubuhkan enterprise anda boleh lakukannnya sendiri. Anda tidak memerlukan bantuan pihak ketiga seperti setiausaha syarikat atau ejen pendaftaran.

Anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna di portal SSM EZBIZ. Isikan maklumat yang diperlukan dan buat pembayaran. Secara amnya permohonan anda akan diluluskan dalam 3-5 hari bekerja.

Penerangan lanjut mengenai pendaftaran SSM EZBIZ di entri berikut:DAFTAR SSM ONLINE.

2. CIRI-CIRI ENTERPRISE: MURAH DITUBUHKAN

Kelebihan enterprise berbanding enterprise adalah kos tahunan yang murah.Berikut adalah kos pendaftaran perniagaan enterprise ssm atau milikan tunggal selama setahun

A .Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
B .perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
C. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
D. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.60 (Termasuk GST).

3. CIRI-CIRI ENTERPRISE: DIYAKINI DAN ADA KREDIBILITI

Dengan nombor perniagaan SSM, anda akan lebih dipercayai kerana anda telah mendaftar perniagaan anda secara sah disisi undang-undang.

4. CIRI-CIRI ENTERPRISE: BOLEH BUKA AKAUN SEMASA

Dengan enterprise, anda sudah boleh membuka akaun perniagaan di bank. Jadi ada tidak perlu lagi menggunakan akaun personal anda. Transaksi yang terlalu banyak pada akaun personal boleh menyebabkan akaun personal anda dibekukan

ciri-ciri enterprise